Kasut kesihatan untuk lelaki
Fesyen, Kesihatan

Kasut Kesihatan untuk Lelaki

Ramai tak ‘Kaum Adam’ di sini yang kakinya selalu melecet? Nak bekerja, tetapi kaki sentiasa berasa sakit dan tidak selesa? Pasti perkara tersebut amat menganggu kerja harian anda kan? Haaa, itu bermakna, anda perlu mendapatkan kasut kesihatan terbaik untuk para lelaki yang Sis Min akan kongsikan pada hari ini.

Al-maklumlah, kasut juga merupakan perkara yang penting, selain daripada makanan dan pakaian tau! Memandangkan kaum lelaki lebih cenderung untuk menghabiskan masa harian dengan memakai kasut di tempat kerja, maka keselesaan kasut tersebut perlulah dititikberatkan dengan sebaiknya. Hal ini kerana, kesilapan dalam pemilihan kasut juga boleh mengundang pelbagai kesakitan dan ketidakselesaan pada kemudian hari.

Terutama sekali buat para lelaki yang sudah bergelar sebagai ketua keluarga, maka penjagaan kesihatan adalah amat penting untuk anda. Oleh itu, jom selami perkongsian Sis Min pada hari ini tentang ‘Kasut Kesihatan untuk Lelaki‘ daripada Eimanazz Medic yang wajib anda ketahui. Perkongsian ini khas buat para lelaki yang ingin membuat pilihan bijak sahaja ya!

Aspek untuk Dititikberatkan Dalam Pemilihan Kasut

kasut kesihatan untuk lelaki
quick helpful tips and tricks background design

Baiklah para lelaki hebat di luar sana, jom Sis Min kongsikan beberapa aspek yang boleh anda titikberatkan untuk memilih kasut yang sesuai dengan diri, kesihatan dan keselesaan tubuh badan.

Faktor yang pertama adalah “Kesesuaian Material”. Ini adalah aspek yang paling penting dalam pemilihan sesuatu perkara, seperti kasut. Terdapat pelbagai jenis material yang digunakan untuk penghasilan sesebuah kasut seperti kulit, kanvas, polyurethane, thermoplastic polyurethane dan banyak lagi. Pemilihan jenis material ini adalah bergantung kepada pemilihan anda, terhadap fungsi penggunaannya. Jadi, pastikan anda tahu sama ada kasut yang ingin dipilih itu sesuai dengan aktivitinya ataupun tidak.

Selain itu, faktor “Pengudaraan” juga merupakan perkara kedua terpenting dalam pemilihan kasut. Seperti anggota badan yang lain, kaki juga merupakan salah satu anggota yang mengeluarkan peluh. Apabila kaki terlalu berpeluh, maka kasut akan mulai lembap dan berbau. Hal ini akan mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada si pemakai dan mungkin juga kepada orang sekeliling. Oleh itu, anda perlulah mencari kasut dengan pengudaraan yang baik.

Terakhir sekali ialah faktor “Sokongan“. Sokongan pada kasut akan memberikan keselesaan pada kaki si pemakai. Hal ini kerana, sistem sokongan ini akan memastikan kaki anda berada dalam postur yang betul. Jadi, jika anda perlu berdiri lama atau berjalan jauh, maka penggunaan kasut yang sama tidak akan menjadi satu masalah, bahkan anda juga akan sentiasa berasa selesa.

Itulah sedikit sebanyak berkaitan aspek pemilihan kasut untuk kesihatan dan keselesaan kaum lelaki. Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang aspek-aspek tersebut, anda boleh baca di sini.

Kasut MediFeet, Kasut Kesihatan Untuk Lelaki

Sekiranya anda sedang mencari sepasang kasut yang dilengkapi ciri-ciri kesihatan dan keselesaan, Sis Min amat mengesyorkan kasut MediFeet terbaik daripada Eimanazz Medic, untuk kesihatan para lelaki ini. Untuk pengetahuan anda, kasut MediFeet ini bukan sekadar kasut biasa-biasa tau! Ia merupakan kasut kesihatan yang berfungsi dalam perawatan dan pencegahan masalah kaki.

Antara ciri-ciri terbaik kasut MediFeet.

Kasut kesihatan MediFeet ini juga direka khas menggunakan teknologi terbaik seperti, Coolmax Lining Insole.

Ia berfungsi untuk memastikan kaki anda sentiasa kering sepanjang melakukan aktiviti harian. Buat para lelaki yang sentiasa berpeluh pada bahagian kaki, kasut kesihatan ini sememangnya khas untuk anda. InshaAllah, dengan teknologi Coolmax Lining Insole ini, kaki anda akan sentiasa berasa kering, selesa, nyaman dan tidak berbau.

Penggunaan teknologi ‘Poron‘.


Selain itu, kasut MediFeet ini juga menggunakan lapisan material ‘Poron‘ bagi memastikan keselesaan yang berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, ‘Poron‘ ini berfungsi untuk meresap beban tubuh badan semasa berdiri atau berjalan. Jadi, jika anda perlu menggunakan kasut ini untuk tujuan berdiri dan berjalan dalam tempoh yang lama, maka ia akan membantu memberikan anda keselesaan tanpa sebarang kesakitan.

Bukan itu sahaja, Rebounce Cushion Insole juga merupakan salah satu teknologi special yang turut diterapkan ke dalam kasut MediFeet ini. Jadi, apa itu Rebounce Cushion Insole?

Ia merupakan material yang direka khas dengan lapisan ‘PORON‘. Dengan cushion ini, kaki anda akan berasa lebih selesa tanpa berlakunya sebarang geseran yang membuatkan kaki anda melecet. Tak cukup dengan itu, ia juga boleh membantu anda untuk memposturkan kaki dengan betul. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami sebarang kesakitan pada bahagian bawah tapak kaki, disebabkan oleh kedudukan kaki yang tidak selesa.

Lokasi Kedai Kasut Kesihatan untuk Lelaki | Eimanazz Medic

Warga Shah Alam ataupun Lembah Klang yang berminat untuk mendapatkan kasut MediFeet ini, anda boleh kunjungi kedai kasut MediFeet Shah Alam yang beralamat di, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Jangan risau kalau tak jumpa, sebab anda boleh tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Eimanazz Medic juga mempunyai cawangan kedai kasut MediFeet di Teluk Intan, Perak tau! Kedai kasut Medifeet di Teluk Intan ini pula berlokasi di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Anda tidak biasa dengan kawasan Teluk Intan? Jom tekan sahaja peta di bawah ini untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Jika anda tidak pasti apa yang perlu dicari di kedai nanti, anda boleh terus bertanya kepada staf mereka. InshaAllah, mereka telah dilatih sebaiknya untuk membantu para wanita dalam pencarian kasut kesihatan yang selesa dan terbaik. MediFeet, pilihan yang lebih sihat untuk kasut yang lebih trendy!

Hubungi Eimanazz | Kasut Kesihatan untuk Lelaki

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet untuk lelaki ini, anda boleh hubungi Team Eimanazz di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook Eimanazz Medic untuk sebarang update terkini.

Untuk membuat pembelian secara terus, anda boleh layari laman web Eimanazz Medic di https://eimanazzmedic.com/.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini tentang, “Kasut Kesihatan Untuk Lelaki”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih artikel yang menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *