Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai
Kecantikan

Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai Ikut Jenis Kulit

Pemakaian sunscreen sangat penting dalam rutin harian penjagaan kulit. Sunscreen perlu dipakai pada langkah yang terakhir sebelum anda keluar dari rumah. Duduk rumah pun wajib pakai sunscreen ya! Tapi, anda tahu tak sunscreen ada banyak jenis? Dah tahu cara pilih sunscreen yang sesuai untuk kulit anda? Belum tahu? Mari, teruskan membaca perkongsian ini.

Kenapa Perlu Pakai Sunscreen?

Fungsi utama pemakaian sunscreen ini untuk melindungi kulit daripada sinaran UV matahari apabila keluar dari rumah. Berikut merupakan kepentingan memakai sunscreen:

  • Mengelakkan kulit wajah menjadi sunburn/gelap
  • Mengurangkan garis halus/kedutan pada kulit wajah
  • Mengelakkan pertumbuhan jeragat
  • Menghindari kanser kulit

Wajib Pakai Sunscreen? – Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Sunscreen perlu pakai sewaktu hendak keluar dari rumah ke? Atau perlu pakai juga apabila berada di dalam rumah? Ya! Sunscreen WAJIB pakai walaupun anda berada di dalam rumah. Kenapa?

Sebelum anda baca mengenai cara pilih sunscreen yang sesuai, anda perlu tahu kenapa sunscreen wajib dipakai. Iman Abdul Rahim merupakan influencer media sosial dan penulis blog berkaitan dengan penjagaan kulit wajah. Beliau sering berkongsi segala produk penjagaan kulit wajah yang pernah digunakannya di media sosial. Beliau mengatakan bahawa terdapat 2 kategori yang wajib memakai sunscreen apabila duduk di rumah. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Jika anda duduk di rumah tetapi membuka tingkap, anda wajib memakai sunscreen. Hal ini kerana, cahaya matahari akan masuk melalui tingkap dan tingkap rumah tiada perlindungan daripada sinaran UV. Kalau tak mahu memakai sunscreen, Iman Abdul Rahim mencadangkan untuk memakai moisturizer dengan SPF 15-30.
  2. Anda perlu memakai sunscreen jika anda duduk di rumah, tetapi keluar dari rumah sekejap-sekejap. Misalnya, jemur kain, siram pokok, atau ambil barang daripada postman. Boleh pakai sunscreen yang ada SPF 30 (daily use).

Cara pilih sunscreen yang sesuai juga, anda perlu tahu SPF yang diperlukan untuk kulit. Tapi, SPF ni apa pula Sis Min? Sis Min nak terangkan, tapi nanti lambat pula nak masuk topik kita pada hari ini. Jadi, Sis Min bagi link untuk anda ketahui apa itu SPF, ya. Anda boleh baca di sini. Nanti kongsilah ilmu ni dengan rakan-rakan.

Tapi, anda tak perlu pakai sunscreen di rumah jika anda membiarkan rumah anda dalam keadaan yang gelap tanpa pancaran sinaran matahari. Misalnya, tidak membuka tingkap, pintu, dan langsir. Waktu malam pun anda tidak perlu memakai sunscreen ya!

Anda tahu tak bahawa sunscreen ni ada banyak jenis? Kalau ada banyak jenis, bermakna bukan semua jenis sunscreen sesuai dipakai, betul tak?

Jenis-jenis Sunscreen | Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Sunscreen ada dua jenis, iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen. Segala maklumat berkaitan dengan physical dan chemical sunscreen ini, Sis Min dapatkan daripada laman web ini.

Physical Sunscreen

Physical sunscreen tidak sama fungsinya dengan chemical sunscreen. Hal ini kerana, physical sunscreen tidak menyerap sinar UV, tetapi memantul sinar UV apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari. Physical sunscreen mengandungi bahan seperti zinc oxide dan titanium dioxide. Untuk pengetahuan anda, bahan ini akan meninggalkan kesan ‘white cast’ selepas disapu ke kulit.

Chemical Sunscreen | Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Jenis sunscreen seterusnya ialah Chemical sunscreen. Ia mengandungi bahan oxybenzone, octinoxate, octisalate dan avobenzone yang akan meresap ke dalam kulit dan juga menyerap sinar UV. Chemical sunscreen akan menukarkan sinar UV menjadi panas dan melepaskannya daripada badan. Chemical sunscreen mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan mudah diratakan keseluruhan kulit.

Tambahan pula, chemical sunscreen ini mengambil masa dalam 20 hingga 30 minit untuk meresap ke dalam kulit. Jadi, 30 minit sebelum keluar dari rumah, perlulah sapu terlebih dahulu sunscreen ini, ya.

Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit

Sis Min dapatkan maklumat berkaitan bagaimana nak pilih sunscreen bagi kulit berminyak, kering, kombinasi, dan sensitif daripada YouTube glowwe. Anda boleh membeli sunscreen di drugstore berdekatan. Anda boleh baca di sini untuk tahu jenis sunscreen yang ada di drugstore.

Sunscreen untuk Kulit Berminyak | Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Puan Mary mencadangkan untuk mencari sunscreen yang mempunyai perkataan matte. Hal ini kerana, ia tidak akan menjadikan kulit yang berminyak semakin berminyak selepas memakai sunscreen. Sunscreen yang dicadangkan ialah L’Oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh.

Jika anda mempunyai kulit yang berminyak tetapi, tidak tahu nak pilih sunscreen, anda perlu cari bahan kaolin clay pada sunscreen.

Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Sunscreen untuk Kulit Kering

Bahan yang sesuai dalam sunscreen bagi kulit kulit kering ialah hyaluronic acid. Puan Mary mencadangkan untuk menggunakan UV Perfect Super Aqua Essence SPF 50 dari L’Oreal Paris. Anda boleh mengambil SPF 30 atau SPF 50.

Jika tidak tahu nak pilih sunscreen yang sesuai untuk kulit yang kering, Puan Mary mencadangkan untuk mencari sunscreen yang ada menulis perkataan seperti aqua, hydrating, gel, dan hyaluronic acid.

Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai – Kulit Kombinasi

Puan Mary mencadangkan untuk menggunakan dua jenis sunscreen bagi kulit kombinasi. Sebagai contoh, sunscreen yang hydrating pada kawasan kulit kering. Manakala, sunscreen jenis matte dipakai pada bahagian yang berminyak. Anda boleh gunakan L’Oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh pada bahagian berminyak. Manakala, UV Perfect Super Aqua Essence di kawasan kulit kering.

Sunscreen untuk Kulit yang Sensitif

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda boleh mencari sunscreen yang mempunyai tulisan seperti soothes skin. Hal ini supaya sunscreen yang anda pakai itu dapat melegakan kulit wajah.

Kebiasaannya, sunscreen jenis ini mempunyai bahan seperti hyaluronic acid dan bersifat physical sunscreen. Cara pilih sunscreen yang sesuai untuk kulit sensitif adalah dengan memilih sunscreen jenis physical sunscreen. Physical sunscreen mengandungi bahan yang tidak menyebabkan iritasi pada kulit wajah.

Kalau sunscreen dah tersenarai dalam rutin harian penjagaan kulit wajah anda, Sis Min ucapkan tahniah! Jika belum, anda masih belum terlambat untuk menjadikan sunscreen sebagai rutin harian penjagaan kulit wajah setiap hari.

Tapi, cara pemakaian sunscreen pun perlu betul. Tak boleh main ‘belasah’ je! Anda perlu memakai sunscreen dalam jumlah yang tertentu, iaitu kuantiti mengikut dua jari anda. Tengok gambar di bawah, anda akan faham:

Cara Pilih Sunscreen yang Sesuai

Jika anda sudah memakai sunscreen dalam kuantiti yang betul, jangan lupa untuk reapply sunscreen ya! Anda perlu reapply sunscreen setiap 3 hingga 4 jam.

Sekarang anda sudah tahu kan cara nak pilih sunscreen yang sesuai untuk jenis kulit? Sis Min harap anda membuat pilihan yang tepat dalam memilih sunscreen.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada anda terutama yang sedang berusaha menjaga kulit wajah. Semoga kita semua bersama-sama mendapatkan kulit wajah yang diimpikan.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *