Menu Keto Diet Seminggu
Kesihatan, Masakan

Menu Keto Diet Seminggu | Simple Tapi Sedap!

Menu diet Keto untuk seminggu? Simple tapi sedap? Boleh percaya ke? Bukan selalunya makanan untuk diet ni sayur je ke? Eh… Siapa kata makanan untuk orang diet cuma sayur je? Tapi itulah kan… Selalunya orang akan faham macam tu. Diet cuma makan sayur, makan buah je…

Ramai juga fikir yang diet ni, hanya sekadar jaga apa yang dimakan, bukannya melihat apa yang dimakan. Sebab itu juga, ramai orang yang diet akan mengalami beberapa masalah kesihatan lain. Puncanya adalah, salah amalkan pemakanan diet!

Ish, ish, ish… Takut pula Sis Min bila terfikir tentang salah amalkan pemakanan diet ni tau! Jadi hari ni, Sis Min nak kongsikan tentang menu diet Keto selama seminggu yang boleh anda cuba. Menarik atau tidak? Haaa, kalau nak tahu, jom baca!

Kenapa Perlu Ada Menu Keto Diet Seminggu Ni?

Jika anda mengamalkan diet Keto, anda digalakkan mengambil keseluruhan jenis makanan dalam satu hari. Jadi, menu diet Keto seminggu ini pasti dapat membantu anda menyeimbangkan pengambilan makanan ketika berdiet.

Jenis Makanan Apa yang Boleh Dimakan?

Menu Keto Diet Seminggu
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Sebahagian besar makanan anda untuk satu hari, perlu berdasarkan pengambilan jenis makanan seperti di bawah:

  • Daging: daging merah, stik, ham, sosej, bacon, ayam, dan ayam belanda
  • Ikan berlemak: salmon, trout, tuna, dan makarel
  • Telur: telur keseluruhan yang dipastur atau Omega-3
  • Mentega dan krim: mentega yang diberi makan rumput dan krim berat
  • Keju: keju yang tidak diproses seperti cheddar, kambing, krim, biru atau mozzarella
  • Kacang dan biji: badam, walnut, biji rami, biji labu, biji chia, dsb.
  • Minyak sihat: minyak zaitun dara tambahan, dan minyak alpukat
  • Avokado: avokado keseluruhan atau guacamole yang baru dibuat
  • Sayuran rendah karbohidrat: sayuran hijau, tomato, bawang, lada, dll.
  • Perasa: garam, lada, herba, dan rempah ratus

Jenis Makanan yang Perlu Dielakkan | Menu Keto Diet Seminggu

Menu Keto Diet Seminggu
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Walaupun tadi Sis Min cakap, anda digalakkan untuk mengambil keseluruhan makanan, tetapi terdapat juga makanan yang perlu anda elakkan dan hadkan makanan yang tinggi karbohidrat ya!

Makanan macam mana tu, Sis Min? Okay… sini Sis Min senaraikan makanan yang perlu dielakkan dan juga dihadkan dalam menu Keto diet seminggu ni:

  • Makanan manis: soda, jus buah, smoothie, kek, ais krim, gula-gula, dll.
  • Bijirin atau kanji: produk berasaskan gandum, beras, pasta, bijirin, dsb.
  • Buah: semua buah, kecuali bahagian kecil beri seperti strawberi
  • Kekacang: kacang polong, kacang ginjal, lentil, kacang ayam, dsb.
  • Sayuran akar dan ubi: kentang, ubi keledek, lobak merah, parsnip, dll.
  • Produk rendah lemak atau diet: mayonis rendah lemak, sos salad dan perasa
  • Beberapa perasa atau sos: sos barbeku, mustard madu, sos teriyaki, sos tomato, dll.
  • Lemak tidak sihat: minyak sayuran yang diproses, mayonis, dll.
  • Alkohol: bir, wain, minuman keras, minuman campuran
  • Makanan diet tanpa gula: gula-gula tanpa gula, sirap, puding, pemanis, pencuci mulut, dsb.

Jadual Makanan Diet Keto

Tertanya-tanya juga, macam mana nak amalkan pengambilan keseluruhan makanan ketika berdiet? Pening kepala kan, memikirkannya?

Sabar… sabar… Sis Min bantu anda! Cadangan jadual pengambilan makanan untuk menu Keto diet seminggu adalah seperti berikut:

Isnin

  • Sarapan pagi: muffin sayuran dan telur dengan tomato
  • Makan tengah hari: salad ayam dengan minyak zaitun, keju feta, buah zaitun dan salad sampingan
  • Makan malam: salmon dengan asparagus yang dimasak bersama mentega

Selasa

  • Sarapan pagi: telur, tomato, selasih, dan telur dadar bayam
  • Makan tengah hari: susu badam, mentega kacang, bayam, serbuk koko dan susu kocak stevia (lebih banyak smoothie keto di sini) dengan bahagian strawberi yang dihiris
  • Makan malam: taco kulit keju dengan salsa

Rabu

  • Sarapan pagi: puding chia susu kacang di atasnya dengan kelapa dan beri hitam
  • Makan tengah hari: salad udang alpukat
  • Makan malam: daging ayam dengan keju parmesan, brokoli, dan salad

Khamis

  • Sarapan pagi: telur dadar dengan alpukat, salsa, lada, bawang, dan rempah ratus
  • Makan tengah hari: segenggam kacang dan batang saderi dengan guacamole dan salsa
  • Makan malam: ayam disumbat dengan pesto dan keju krim, dan sebelah zucchini panggang

Jumaat

  • Sarapan pagi: yogurt greek tanpa gula, yogurt susu penuh dengan mentega kacang, serbuk koko dan beri
  • Makan tengah hari: daun salad daging kisar bungkus taco dengan hirisan lada benggala
  • Makan malam: kubis bunga yang ditumis bersama sayur-sayuran campuran

Sabtu

  • Sarapan pagi: pancake keju krim dengan beri biru dan sebelah cendawan panggang
  • Makan tengah hari: zucchini dan salad “mi” bit
  • Makan malam: ikan putih dimasak dalam minyak zaitun dengan kangkung dan kacang pain panggang

Ahad

  • Sarapan pagi: telur goreng dengan dan cendawan
  • Makan tengah hari: ayam bijan rendah karbohidrat dan brokoli
  • Makan malam: spageti skuasy bolognese

Contoh Menu Diet Keto

Menu Keto Diet Seminggu
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Sis Min, kenapa jadual cadangan pengambilan makanan diet Keto untuk seminggu tu macam makanan orang luar negara je? Macam makanan barat je tu. Hmm, tak kena dengan selera saya lah Sis Min… Saya selera memang tekan Melayu gitu.

Iya, faham… Sis Min pun makan ikut selera Malaysia juga tau! Tapi anda jangan risau, ni Sis Min kongsikan contoh menu diet Keto ikut selera orang Malaysia:

Contoh menu:

1) Mee rebus udang

2) Nasi Lemak Ayam Masak Merah

3) Tauhu Bergedil Special Kicap

…dan banyak lagi! Menarik, kan? Sebiji ikut selera Malaysia kan?

Macam Mana Nak Tahu Menu Diet Keto Selera Malaysia Tu Boleh Dimakan?

Kalau anda nak tahu, contoh menu yang Sis Min bagi tu daripada EATSLIM LIFESTYLE tau! Menu diet Keto yang originally ikut selera orang luar negara tu dah diubah mengikut selera orang Malaysia! Menarik, kan?…

Kalau anda nak tahu lebih lagi tentang menu Keto diet seminggu, anda boleh ke Website EATSLIM LIFESTYLE sekarang juga. Atau mungkin anda perlukan lebih info menarik, boleh klik Linktr.ee ini.

Apa yang pasti, EATSLIM LIFESTYLE sememangnya sesuai untuk orang yang amalkan diet Keto dan pemakanan sihat! Jadi, kandungan dalam makanan mereka sediakan tu sememangnya mengikut saranan dan rujukan pakar atau doktor. Sis Min jamin, makanan yang mereka hasilkan adalah SEDAP, SELAMAT, dan SIHAT!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘menu Keto diet seminggu’ kali ini! Jika anda nak baca lebih banyak artikel menarik, boleh baca di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.