Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung
Kecantikan, Pendidikan

Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Topik penjagaan rambut bagi hijabista amat jarang dibincangkan, sedangkan, rambut di sebalik tudung itu sangat memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik. Wanita bertudung seharusnya menjaga rambut dengan baik, kerana rambut merupakan mahkota bagi setiap individu. Jangan pula gunakan tudung sebagai ‘alat’ untuk menutup kerosakan pada rambut! Jadi, jom Sis Min kongsikan cara penjagaan rambut untuk wanita bertudung.

1. Cuci Rambut | Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Mencuci rambut merupakan perkara paling asas dan penting dalam penjagaan rambut. Anda perlu cuci rambut sekurangnya selang sehari, atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Namun, jangan pula mencuci setiap hari kerana rambut yang basah hanya akan meningkatkan risiko keguguran rambut.

2. Sikat Rambut

Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Sebelum mencuci, anda digalakkan untuk menyikat rambut terlebih dahulu. Dengan cara ini, rambut anda akan lebih mudah untuk dicuci dan tidak kusut lagi. Selepas mencuci pula, anda boleh keringkan rambut dan sikat menggunakan jari dengan lembut.

3. Guna Syampu dan Perapi yang Sesuai

Jika anda tidak pasti syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut, anda boleh dapatkan nasihat daripada pakar. Kulit kepala kita sangat sensitif, jadi, syampu dan perapi yang tidak sesuai boleh menyebabkan kesan negatif pada rambut.

4. Elakkan Mencuci Rambut dengan Air Panas | Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Hentikan perbuatan mencuci rambut dengan air panas kerana ia boleh menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang. Seeloknya, gunakan air bersuhu sederhana atau sejuk untuk dapatkan kesan yang baik.

5. Gunakan Serum atau Tonik

Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Selepas seharian melakukan aktiviti, kulit kepala dan rambut yang terperap di dalam tudung akan menjadi tidak bermaya. Oleh itu, anda boleh cuba menggunakan serum atau tonik setiap kali sebelum tidur. Penggunaan serum atau tonik dapat membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien, agar rambut tetap sihat dan kuat walaupun seharian bertudung.

6. Dandan Rambut Sebelum Tidur

Pernahkah anda mengalami situasi rambut menggerbang selepas bangun tidur? Mungkin serum atau tonik yang digunakan juga tidak mencukupi untuk menjaga rambut anda semasa tidur. Oleh itu, anda boleh cuba mendandan rambut secara tocang lipan longgar, agar rambut kekal rapi.

7. Getah Rambut Sesuai | Penjagaan Rambut untuk Wanita Bertudung

Getah rambut juga akan memberi kesan kepada rambut ya. Anda digalakkan untuk menggunakan getah rambut yang diperbuat daripada material lembut, seperti satin atau baldu.

Elakkan daripada sanggul atau ikat rambut terlalu ketat! Seeloknya, anda biarkan rambut untuk bebas sebelum memakai tudung.

8. Anak Tudung Sesuai

Selain getah rambut, anak tudung juga memainkan peranan penting dalam penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Pastikan anda memakai anak tudung berasaskan fabrik kapas serap peluh.

Berpeluh merupakan perkara biasa bagi wanita bertudung, terutamanya dalam cuaca panas. Anda juga perlu menukar anak tudung setiap hari untuk mengelakkan rambut berbau kepam dan secara tidak langsung, akan merosakkan rambut.

Jadi, sudahkah anda mencuba semua cara penjagaan rambut untuk wanita bertudung ini? Jika belum, anda boleh cuba mengamalkannya, agar mahkota ini tetap terjaga walaupun bertudung seharian! Sis Min berharap, perkongsian ini dapat membantu wanita bertudung di luar sana.

Sumber: Hello Doktor

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *