Setiap kali potong atau tumbuk cili, tangan mesti rasa pijar. Ada sesiapa pernah mengalami pijar di tangan tak? Mari Sis Min kongsikan petua hilangkan rasa pijar di tangan selepas memotong cili.
Mungkin bagi mereka yang mahir memasak dan tahu segala tips di dapur semestinya tahu cara nak hilangkan rasa pijar cili. Namun, bagi mereka yang baru berjinak-jinak masuk ke dapur, mungkin belum tahu petua hilangkan pijar cili ini.
Petua Hilangkan Rasa Pijar di Tangan
Segala petua ini Sis Min dapatkan daripada Keluarga dan beberapa laman web lainnya. Berikut merupakan tips mudah untuk hilangkan rasa pijar sebaik sahaja tangan bersentuhan dengan cili. Terutama jika anda menggunakan cili yang lebih pedas.
#1 Garam
Sebaik sahaja anda memotong atau menumbuk atau menggunting cili, anda perlu melumurkan garam di keseluruhan tapak tangan. Hal ini supaya anda tidak rasa pijar cili di tangan. Selepas melumurkan garam ke atas tapak tangan, biarkan ia dalam beberapa minit. Kemudian, basuh garam yang melekat di tangan anda sehingga bersih.
#2 Hampas Kelapa
Petua hilangkan rasa pijar di tangan yang seterusnya ialah menggunakan hampas kelapa. Ramas hampas kelapa dengan tangan sehingga rasa pijar cili hilang.
#3 Minyak Masak
Sapukan minyak masak pada tangan dan biarkan dalam beberapa minit. Rasa pijar akan hilang dengan menggunakan minyak masak. Minyak masak antara petua orang dulu-dulu gunakan apabila tangan rasa pijar.
#4 Pencuci Pinggan | Petua Hilangkan Rasa Pijar di Tangan
Anda biasa tak menggunakan pencuci pinggan untuk hilangkan rasa pijar? Tapi, rasa pijar masih tidak kurang? Sebenarnya, ada cara yang betul untuk gunakan pencuci pinggan ini bagi menghilangkan rasa pijar.
Caranya, campurkan sabun pencuci pinggan ke dalam air suam dalam satu bekas. Kemudian, rendamkan tangan di dalam air suam bercampur sabun dan gosok di celah-celah jari sehingga rasa pijar hilang. Basuh sehingga bersih.
#5 Susu
Susu dapat menghilangkan rasa pedas dalam masakan sebagaimana yang Sis Min kongsikan dalam artikel lepas. Jadi, anda boleh gunakan susu untuk menghilangkan rasa pijar. Caranya, siram atau rendamkan tangan ke dalam air susu. Kemudian, bilas seperti biasa.
#6 Air Asam Jawa
Masukkan air asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan yang terkena pijar cili dalam beberapa minit. Kemudian, bilas seperti biasa. Rasa pijar akan hilang dengan menggunakan air asam jawa.
#7 Beras | Petua Hilangkan Rasa Pijar di Tangan
Petua yang paling mudah yang boleh dilakukan untuk hilangkan rasa pijar ialah genggam beras. Sebaiknya masukkan tangan dalam bekas yang berisi beras. Caranya, basuh dan keringkan tangan sehingga bersih. Kemudian, masukkan tangan ke dalam bekas berisi beras dan genggam beras. Biarkan ia dalam beberapa minit dan anda akan mendapati tangan tidak lagi berasa pijar.
#8 Gula | Petua Hilangkan Rasa Pijar di Tangan
Selain daripada garam, anda juga boleh gunakan gula untuk dilumurkan ke keseluruhan tapak tangan. Jika anda mendapati tangan anda luka, sebaiknya anda gunakan gula berbanding garam agar tangan anda tidak berasa pedih. Cara gunakan gula ini sama seperti garam, iaitu lumurkan pada tapak tangan dan bilas dengan air sehingga bersih.
Mudah sahaja kan tips mudah untuk hilangkan rasa pijar cili? Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi untuk memotong cili yang pedas kerana petua yang Sis Min kongsikan ini pasti mujarab untuk hilangkan rasa pijar. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.
Kepada yang Minat Memasak Tapi Malas Nak Basuh Periuk Kuali Besar-besar, Dapatkan Sahaja Mini Multicooker Pot Ini!
Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh dapatkan sahaja Mini Multicooker Pot ini di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita