Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala
Kecantikan, Kesihatan

Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala

Siapa yang sering mengalami masalah rambut? Sering kali mengalami rambut gugur, bercabang, berkelemumur dan kulit kepala berbau? Samalah seperti Sis Min. Sis Min pun pernah mengalami keguguran rambut, tapi tak lama selepas itu, Sis Min tahu cara penjagaan rambut dan kulit kepala yang betul.

Rambut ini merupakan anugerah dari Allah, seharusnya manusia sebagai makhluk perlulah menjaganya. Namun bagi wanita Muslim, rambut tidak boleh ditunjukkan kepada golongan ajnabi.

Walaupun sebagai seorang wanita bertudung, anda tidak seharusnya membiarkan rambut dan kulit kepala tidak dijaga. Sangat tak selesa! Mari Sis Min kongsi sesuatu yang berguna untuk rambut.

Cuci Rambut | Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala

Nak rambut yang sihat, perlulah mencuci rambut selang sehari atau cuci sahaja rambut jika anda rasa kulit kepala berminyak dan gatal. Elakkan mencuci rambut setiap hari kerana rambut yang basah boleh menyebabkan rambut gugur. Tips bonus untuk semua, Sis Min nak pesan sebelum basahkan rambut, sikat dulu rambut, ya. Hal ini supaya rambut yang dicuci nanti tak bergumpal.

Penggunaan Syampu

Cara penjagaan rambut dan kulit kepala yang seterusnya ialah, anda perlu memilih syampu yang sesuai mengikut masalah rambut. Jangan pakai syampu bagi rambut yang berminyak jika anda mengalami keguguran rambut. Tidak sesuai!

Pastikan syampu yang anda pilih tidak mengandungi paraben, alkohol, SLS dan Methylisothiazolinone (MIT). Bahan inilah yang boleh menyebabkan kerosakan rambut.

Syampu untuk Rambut Gugur

Dulu Sis Min selalu tukar-tukar produk rambut. Macam-macam syampu yang Sis Min dah cuba untuk kurangkan keguguran rambut. Tapi selalu tak jadi, malah jadi makin teruk. Jadi, Sis Min pun cuba belajar bahan yang sesuai digunakan dalam syampu bagi rambut gugur. Akhirnya, Sis Min temukan satu syampu yang berjaya menarik hati Sis Min.

Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala
Rambut Gugur

Inilah cara penjagaan rambut dan kulit kepala yang Sis Min buat, dengan menggunakan Alpecin Caffein Shampoo. Baunya agak kuat, bau seperti minyak wangi lelaki. Kalau anda tidak suka baunya, boleh juga gunakan Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Shampoo. Bau yang sesuai untuk wanita.

Alpecin Caffeine Shampoo

Anda boleh beli di drugstore berdekatan atau beli sahaja di link ini dan ini untuk Moist Diane.

Syampu untuk Rambut Berminyak dan Berkelemumur

Anda perlu mencari syampu yang mengandungi salicylic acid, selenium sulfide, pyrinthione zinc, ketoconazole, dan tars untuk rawatan rambut yang berminyak dan berkelemumur. Tak tahu nak pilih syampu yang mana satu untuk rambut berkelemumur? Boleh baca selanjutnya di link ini.

Berminat nak memakai Selsun Blue dari Watsons? Boleh beli di link ini.

Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala
Rambut Berkelemumur

Syampu untuk Rambut Bercabang | Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala

Rambut yang bercabang biasanya keadaan rambut kering. Jadi cara penjagaan rambut dan kulit kepala yang betul bagi rambut bercabang ini, anda perlu menambahkan kelembapan pada rambut. Gunakan syampu yang mengandungi Organic Argan Oil seperti syampu dari Moist Diane. Anda masih tak tahu nak pilih syampu Moist Diane yang mana satu? Anda boleh baca di sini.

Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala
Rambut Bercabang

Tips tambahan untuk penjagaan rambut dan kulit kepala, sewaktu anda menggunakan syampu, jangan gunakan terlalu banyak. Tak perlu syampu di keseluruhan rambut. Hanya syampu pada kulit kepala. Gosok kulit kepala gunakan jari hujung, jangan gunakan kuku. Hal ini dikatakan demikian kerana, menggosok dengan kuku boleh mencederakan kulit kepala dan menghasilkan minyak.

Hair Conditioner/Hair Wax | Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala

Selepas mencuci rambut dengan syampu, gunakan hair conditioner atau hair wax. Hal ini bertujuan melembutkan dan menjaga rambut untuk kekal sihat. Gunakan perapi rambut sewaktu rambut masih basah tapi bukan basah yang berair. Lap terlebih dahulu rambut sebelum memakai hair conditioner. Anda boleh menggunakan perapi rambut selepas mencuci rambut.

Gunakan perapi rambut di hujung-hujung rambut, bukannya pada kulit kepala. Manakala untuk penggunaan hair wax, anda hanya perlu menggunakannya sekali seminggu. Cara nak guna sama sahaja seperti perapi rambut. Apa-apa pun baca dulu bahan dan arahan hair wax sebelum guna, ya.

Cara Memakai Perapi Rambut

Sis Min beli perapi rambut dan hair wax di drugstore saja. Murah, sesuai dan yang paling penting inilah cara penjagaan rambut dan kulit kepala yang betul.

Hair Tonic/Hair Serum

Gunakan hair tonic atau hair serum selepas menggunakan perapi rambut. Hal ini dapat melindungi rambut dari rosak, terutama bagi anda yang sering menggunakan alat pengering rambut. Sebelum menggunakan hair dryer, sapukan hair serum supaya rambut kekal sihat dan rambut tidak dehidrasi.

Hair tonic adalah salah satu cara penjagaan rambut dan kulit kepala yang penting bagi Sis Min. Sis Min suka pakai hair tonic dari HEADS Professional Paris. Baunya segar dan sesuai untuk semua rambut. Boleh tengok di sini untuk semua produk HEADS Professional Paris.

Hair Oil

Minyak rambut paling wajib bagi Sis Min, hal ini kerana selepas memakai minyak rambut, rambut Sis Min akan jadi glowing dan lembut sangat. Sikat pakai jari pun rambut tak gugur. Sis Min gunakan Naturals dari Watsons yang mengandungi minyak argan. Boleh baca di link ini mengenai kebaikan minyak argan.

Cara Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala
Minyak Argan

Semua tips yang Sis Min kongsikan ini Sis Min sendiri gunakan dan ianya menjadi. Apa-apa pun anda perlulah istiqamah dan sabar. Hal ini kerana, dengan istiqamah dan sabar inilah yang akan membuahkan hasil.

Sis Min harapkan agar perkongsian mengenai penjagaan rambut ini dapat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat. Selamat berjaya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *