cara masak rendang paling mudah
Masakan

Cara Masak Rendang Paling Mudah | Resepi Khairul Aming

Setibanya di penghujung ramadhan ini, Sis Min pasti ramai suri rumah yang tercari-cari cara masak rendang paling mudah kan? Almaklumlah… bila kita dah semakin sibuk dengan persiapan hari raya ni, banyak benda yang difikirkan. Tambahan pula, nak melayankan kerenah anak yang kecil-kecil. Memang tak sempatlah nak duduk lama-lama di dapur.

Haa.. Mari sini Sis Min kongsikan 1 resepi mudah untuk masak rendang ayam menggunakan dengan 1 ekor ayam sahaja. Sis Min jamin, resepi kali ini memang akan menjilat jari!

Inilah Cara Masak Rendang Paling Mudah Untuk Suri Rumah

Anda semua pasti kenal Influencer terkenal di negara kita iaitu Khairul Aming kan? Haa.. resepi kali ini Sis Min kongsikan dari video masakan yang dimuat naik di media sosial beliau. Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepinya!

Cara Masak Rendang Paling Mudah

Bahan-bahan masakan:

Bahan A

  • 1 Ekor Ayam (Dipotong mengikut bahagian yang anda inginkan)

Bahan B (Dikisar menggunakan blender)

  • 4 Bawang merah
  • 4 Batang serai
  • 1 Ibu jari Halia
  • 1 Ibu jari Lengkuas
  • 4 Bawang putih
  • 1 Kunyit hidup
  • 1 Genggam kecil cili kering (Direbus)

Bahan C

  • 1 Kotak santan
  • 2 Asam keping
  • 1 Ketul Gula melaka
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air sedikit
  • 2 Sudu setengah kerisik
  • 4 Helai daun limau purut
  • 2 Helai daun kunyit
  • 1 Ekor ayam

Kalau dah siapkan semua bahan-bahan tadi, mari kita mulakan langkah-langkah untuk memasak.

Langkah-Langkah Memasak Rendang Ayam | Sangat Mudah dan Menyelerakan

Cara masak Rendang Paling Mudah

  1. Panaskan minyak secukupnya didalam kuali.

  2. Setelah minyak dipanaskan, masukkan Bahan B yang telah dikisar tadi.

  3. Masukkan sedikit air dan kacau bahan tadi. Tumis selama 10 minit dan sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan seekor ayam yang telah dicuci dan dipotong-potong.

  5. Masukkan 1 kotak kecil santan dan 2 ketul asam keping.

  6. Tambahkan 1 ketul gula melaka, garam dan serbuk perasa secukupnya.

  7. Tambahkan sedikit air, dan masak selama 40 hingga 45 minit dengan api perlahan sambil dikacau-kacau.

  8. Apabila air sudah mula kering, tambah 2 sudu kerisik dan 4 helai daun limau purut yang telah dicarik-carik. Kemudian, letak 1 helai daun kunyit yang telah dihiris nipis.

  9. Kacau sampai minyak timbul di atas dan sehingga ayam telah empuk.

  10. Akhir sekali, letakkan daun kunyit yang telah dihiris nipis sekali lagi,

  11. Siap untuk dihidang.

    Boleh dimakan dengan, nasi, ketupat, dan pulut kuning sesuai selera anda.

Semoga perkongsian resepi Sis Min kali ini bermanfaat buat anda semua. Dibawah ini, Sis Min sertakan video masakan dari Khairul Aming untuk rujukan anda pada masa akan datang ya. Selamat Mencuba!

@khairulaming

Puasa ke-27 : Rendang 1 Ekor Ayam. Korang boleh guna resepi ni untuk masak malam raya nanti. Masak lama sikit baru cantik rendang tu pecah minyak. Untuk resepi ni aku nak ajak @Hazwan Ramli @Iman Rashid @Mas Rio – CEO of Bro untuk cuba masak kat rumah raya nanti. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #inspirasiramadan #bukapuasa okeh! Selamat Hari Rayaa 😁

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Sumber: Video perkongsian Influencer terkenal Khairul Aming dalam akaun tiktok beliau @khairulaming.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Cara Masak Rendang Paling Mudah | Resepi Khairul Aming” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *