Hey ladies! Mesti ada yang tercari-cari tips pemilihan baju untuk temu duga, kan? Selalu baca blog mesti ada kriteria temu duga untuk lelaki, tapi kurang untuk perempuan. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan beberapa tips temu duga perempuan.
Sewaktu temu duga berlangsung, bukan sahaja dilihat pada communication skill tetapi dilihat juga pada cara pemakaian anda. Ini adalah first impression penemu duga kepada calon temu duga sebelum sesi temu duga dilakukan. Pemilihan pakaian yang betul adalah wajib mengikut situasi dan tempat. Pemakaian yang kurang bersesuaian boleh menjejaskan first impression penemu duga terhadap si pemakai. Lebih-lebih lagi jika pakaian yang dipakai agak singkat dan ketat, anda akan kelihatan kurang beradab dan tidak mematuhi formaliti majlis.
Tips temu duga perempuan dalam pemilihan pakaian juga bergantung kepada industri atau tempat kerja. Tidak semua pakaian formal untuk temu duga itu sesuai dalam semua industri. Terdapat tiga jenis industri yang ada di Malaysia, iaitu tradisional, semi-tradisional, dan kreatif. Nak tahu selanjutnya mengenai industri tersebut? Boleh tonton di sini.
Kriteria Pakaian – Tips Temu Duga Perempuan
Sebagai calon temu duga, anda perlu memastikan pakaian yang anda gayakan menunjukkan ciri profesional, matang dan dihormati. Baju yang dipakai tidak boleh ketat, jarang atau selekeh. Cukup sekadar menampakkan keanggunan seorang wanita dan yang paling penting mematuhi syariat bagi yang Muslim. Jadi, baju apa yang sesuai?
- Baju Kurung
Tips temu duga perempuan bagi jenis pakaian pertama yang paling sesuai dipakai ialah baju kurung. Baju kurung merupakan baju yang sememangnya amat sesuai dipakai di mana-mana kerana akan memperlihatkan sifat kesopanan dan keanggunan bagi si pemakai. Baju kurung juga ada banyak jenisnya. Ada yang jenis kebarung, kebaya, baju kurung kedah, moden dan sebagainya. Tapi yang lebih sesuai dipakai untuk temuduga adalah baju kebarung, baju kurung biasa dan moden.
Pemilihan baju kurung yang tidak melekap dan jarang juga penting bagi memastikan si pemakai kelihatan lebih selesa, sopan dan kemas. Baju kurung bukan sahaja sesuai untuk wanita bertudung, malahan tampak lebih cantik bagi wanita tidak bertudung jika menggayakannya.
- Kemeja dan Seluar Slack
Pemakaian baju kemeja perlulah dipadankan dengan seluar slack bagi menampakkan ciri yang formal sewaktu temu duga berlangsung. Ini adalah tips temu duga perempuan yang paling sesuai untuk wanita yang tidak bertudung. Anda juga boleh memakai baju kemeja berwarna putih atau hitam dan dipadankan dengan seluar slack berwarna gelap seperti navy blue, atau hitam. Anda juga boleh sesuaikannya dengan blazer berwarna gelap bagi menampakkan ciri profesional dan elegant.
- Blouse, Kain, dan Blazer
Wanita yang tidak bertudung akan kelihatan manis dan berkaliber jika memakai blouse, kain dan dipadankan dengan blazer. Sis Min pernah mengikuti beberapa kursus mengenai tips temu duga perempuan sewaktu belajar, yang mengatakan semasa menghadiri sesi temu duga, anda diwajibkan memakai pakaian secara 2 pieces. Ini bermakna perlu memakai baju dan kain/seluar.
Jenis Blazer Formal – Tips Temu Duga Perempuan
Anda mesti pernah terfikir yang blazer ini hanya ada satu jenis sahaja dan bentuknya juga sama seperti blazer lelaki kan? Salah tu. Blazer ada banyak jenis. Ada yang boleh dipakai semasa acara formal, semi-formal dan santai. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai blazer yang lainnya di sini. Tapi Sis Min nak kongsikan jenis blazer formal untuk anda hadiri temu duga nanti.
- Fitted Blazer
Fitted blazer adalah sejenis blazer yang sesuai dipakai oleh wanita untuk acara yang formal. Tips temu duga perempuan yang seterusnya sesuai memakai fitted blazer kerana membuatkan si pemakai akan kelihatan lebih kemas dengan fitted blazer ini.
- Single Breasted Blazer
Blazer ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak kira bertubuh gempal, sederhana atau kurus. Si pemakai akan kelihatan lebih anggun dengan single breasted blazer ini. Blazer ini hanya mempunyai satu baris butang sahaja.
- Double Breasted Blazer
Blazer ini mempunyai dua bahagian butang dan sesuai di pakai sewaktu acara formal seperti temu duga. Tetapi blazer ini tidak sesuai untuk semua bentuk tubuh wanita.
- One Button Blazer
Sis Min paling suka blazer ini kerana sesuai dipakai di mana-mana sama ada majlis formal atau tidak. Sesiapa yang memakai juga akan kelihatan lebih sopan, selesa dan kemas. Sesuai juga untuk wanita yang bertubuh gempal dan rendah. Ini adalah tips temu duga perempuan yang sesuai digayakan.
Pemilihan Kombinasi Warna Pakaian
Warna pakaian sewaktu temu duga juga memainkan peranan penting. Anda digalakan memakai pakaian berwarna lembut atau pastel bagi menunjukkan peribadi yang matang. Misalnya, memakai warna pink lembut, biru lembut, dan coklat cair. Anda tidak digalakkan menggunakan warna yang shocking atau striking seperti merah menyala, kuning terang, shocking pink dan oren terang. Hal ini dikatakan demikian kerana, warna-warna tersebut menunjukkan ciri-ciri yang panas dan mungkin penemu duga pun boleh berpinar biji mata. Nak tahu cara kombinasi warna yang sesuai sewaktu temu duga? Mari tonton video ini.
Pemakaian Alat Solek
Tips temu duga perempuan yang seterusnya ialah anda perlulah memastikan wajah anda tidak kusam ketika sesi temu duga. Sis Min cadangkan kepada semua wanita untuk memakai makeup secara light atau sederhana agar wajah tampak lebih berseri dan natural. Jika tidak suka memakai lipstick, anda boleh memakai pelembap bibir yang menghasilkan warna natural pink mengikut warna kulit. Anda dilarang menggunakan heavy makeup kerana kemungkinan besar boleh menyebabkan penemu duga salah faham niat anda untuk bekerja!
Pemilihan Kasut dan Handbag – Tips Temu Duga Perempuan
Tips temu duga perempuan yang seterusnya, anda digalakkan memakai kasut yang bertutup dan berwarna gelap. Kasut yang dipakai wajib bertumit sekurang-kurangnya satu inci. Tidak boleh memakai sandal, kasut tanpa tumit, kasut bertali, kasut boot dan wedges kerana akan kelihatan anda lebih santai dan tidak serius untuk bekerja.
Handbag perlu dipakai di bahu kanan dan tidak boleh disilangkan. Pemilihan beg perlulah formal dan anda tidak boleh membawa beg belakang kerana kelihatan tidak formal.
Satu lagi tips yang Sis Min nak pesan. Sewaktu sesi temu duga nanti, anda perlu mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik temu duga. Jangan duduk selagi penemu duga tidak meminta anda untuk duduk.
Selepas habis sesi temu duga, jangan terus keluar membelakangi penemu duga. Tetapi anda haruslah mengucapkan terima kasih dan keluar menghadap penemu duga sebelum membelakanginya. Ini bertujuan untuk menghormati penemu duga itu.
Sis Min harapkan agar artikel Tips Temu Duga Perempuan ini dapat membantu anda untuk menghadiri sesi temu duga. Apa-apa pun Sis Min ucapkan Selamat Berjaya!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita