Tabiat yang Merosakkan Gigi
Kesihatan

Tabiat yang Merosakkan Gigi

Ramai di luar sana mengamalkan tabiat buruk yang boleh merosakkan kesihatan gigi. Sering kali anda pasti mendengar bahawa pengambilan makanan manis boleh menjejaskan kesihatan gigi. Namun, bukan itu sahaja tabiat yang boleh menjejaskan gigi. Jadi, kali ini kami akan kongsikan beberapa tabiat yang merosakkan gigi yang perlu anda ketahui.

Jom ikuti perkongsian maklumat tentang tabiat yang merosakkan gigi dengan lebih lanjut di bawah.

Apa Tabiat yang Merosakkan Gigi?

Mungkin ada dalam kalangan anda tidak menyedari mengenai tabiat yang boleh merosakkan gigi. Tabiat merupakan perbuatan yang sering dilakukan dan ia menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Antara tabiat yang boleh memberi kerosakan kepada gigi adalah:

1. Merokok | Tabiat yang Merosakkan Gigi

Tabiat merokok sememangnya dapat memberikan kesan yang sangat buruk terhadap gigi. Hal ini dikatakan demikian kerana, merokok menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau busuk. Selain itu, tabiat ini juga dapat menjejaskan kesihatan gusi dan menyebabkan gigi berubah menjadi kuning.

Tabiat merokok juga mendatangkan risiko yang tinggi iaitu kanser mulut sekiranya diamalkan secara tanpa had. Merokok juga boleh memberi implikasi terhadap kesihatan jangka panjang, iaitu seseorang akan mengalami kanser paru-paru.

Tabiat yang Merosakkan Gigi

2. Memberus Gigi Terlalu Kuat

Tabiat memberus gigi terlalu kuat juga dapat merosakkan gigi dan gusi. Perbuatan ini dapat menghakis gigi dan menyebabkan lekuk di tengkuk gigi antara gusi. Memberus gigi terlalu kuat tidak mampu menghilangkan kekotoran atau memutihkan gigi dan ia hanya menyebabkan gigi semakin rosak.

Tabiat yang Merosakkan Gigi

3. Grinding Teeth | Tabiat yang Merosakkan Gigi

Grinding Teeth atau istilah lainnya ialah “bruxism” merupakan keadaan di mana seseorang kerap mengetap, menekan atau menggesekkan gigi ke atas dan ke bawah atau ke kanan dan ke kiri secara tidak sedar. Punca tabiat ini kebiasaannya disebabkan stres, susunan gigi yang tidak betul serta perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.

4. Clenching

Clenching merupakan salah satu tabiat mengetap gigi. Tabiat ini dapat memberikan masalah di kawasan temporomandibular joint (TMJ) dan menyebabkan rasa sakit dan lenguh di otot-otot gigi. Salah satu sebab clenching ini juga berpunca daripada stres.

5. Hisap Jari | Tabiat yang Merosakkan Gigi

Tabiat ini biasanya terjadi kepada bayi, hal ini dikatakan demikian kerana, semasa dalam kandungan bayi sudah mula menghisap jari dan perkara ini mungkin terjadi setelah bayi mencecah umur antara darjah 1 atau darjah 2. Tabiat menghisap jari dapat memberi masalah dari segi susunan gigi, bentuk rahang dan juga bentuk muka.

Sekiranya kanak-kanak sudah berumur 4 tahun, ibu bapa perlu memantau dan memastikan tabiat hisap jari dihentikan. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan mulut kanak-kanak menjadi senget sebelah.

Tabiat yang Merosakkan Gigi
Sumber: Public Health Malaysia

Tips Penjagaan Gigi | Tabiat yang Merosakkan Gigi

Bagi memastikan gigi anda sentiasa berada dalam keadaan cantik dan bersih, anda perlu mengamalkan beberapa tips penjagaan gigi. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebersihan mulut yang lemah amat berkait rapat dengan beberapa jenis penyakit antaranya penyakit kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya. Jadi, dengan penjagaan yang baik dapat membantu mengelakkan sebarang penyakit.

Selain itu, menjaga kebersihan gigi dan mulut juga boleh menambah keyakinan diri seseorang serta dapat menunjukkan senyuman yang manis, gigi yang bersih selain nafas yang segar. Namun, tahukah anda penjagaan gigi yang betul? Mari ikuti tabiat penting untuk kesihatan gigi yang baik.

1. Menjaga Berus Gigi

Antara tips penjagaan gigi adalah menjaga berus gigi. Menjaga berus gigi adalah sama pentingnya dengan memilih berus gigi yang paling selesa untuk anda gunakan. Anda diingatkan untuk tidak mengabaikan berus gigi kerana ia adalah persekitaran yang sempurna untuk bakteria untuk kekal dan berkembang. Selepas memberus gigi, anda perlu membilasnya dengan air, kemudian menyimpan berus gigi tersebut di ruang terbuka dalam kedudukan tegak. Dengan kedudukan berus gigi yang tegak, anda tidak perlu risau sekiranya terdapat mikroorganisma berbahaya kerana banyak aliran udara boleh memastikan berus anda kering sepanjang hari.

2. Menggunakan Fluorida

Penggunaan fluorida merupakan salah satu tips penjagaan gigi yang berkesan, ia bukan sahaja baik untuk kanak-kanak tetapi ia juga perlu untuk orang dewasa. Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh membuat enamel gigi anda lebih kuat dan lebih keras, serta mengurangkan risiko serangan gigi. Fluorida boleh didapati dalam ubat gigi anda, beberapa jenis ubat, air paip dan rawatan pergigian yang disediakan oleh doktor gigi anda.

3. Memberus Lidah dan Bahagian dalam Pipi

Antara tips penjagaan gigi yang lain adalah memberus lidah dan bahagian dalam pipi. Lidah dan pipi anda adalah dua tempat yang bersentuhan dengan makanan, selain gigi dan gusi, jadi gula dan asid boleh melekat pada permukaan. Memberus lidah dan pipi anda selepas pembersihan gigi baik dalam memerangi bakteria di dalam mulut anda. Selain itu, memberus lidah dan bahagian dalam pipi juga dapat membantu menjaga gigi yang sihat dan mengelakkan nafas berbau.

4. Elakkan Minuman Bergula | Tabiat yang Merosakkan Gigi

Umum mengetahui makanan dan minuman manis dan bergula boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mulut anda. Minuman seperti minuman ringan, minuman tenaga, dan jus bergula mengandungi banyak gula atau gula tiruan yang tidak baik untuk gigi anda. Sekiranya diambil melebihi had, anda boleh mengalami kerosakan gigi, sakit gigi dan kemudian kehilangan gigi jika anda terus lupa dan abaikan untuk berus atau bilas mulut anda selepas makan atau minum.

Tabiat yang Merosakkan Gigi

5. Jumpa Doktor Gigi Dengan Kerap

Bagi memastikan gigi sentiasa terjaga dan bersih, anda perlulah berjumpa doktor gigi dengan kerap. Doktor gigi dan pakar pergigian dapat membantu penjagaan gigi anda. Sebaiknya elakkan menunggu sehingga anda mengalami kerosakan gigi. Anda perlu berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala. Ingatlah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Anda juga harus bertanya doktor gigi cara yang betul untuk menjaga kawasan mulut dengan bersih dan sihat.

Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care | Tabiat yang Merosakkan Gigi

Antara tips penjagaan gigi yang patut diamalkan adalah berjumpa dengan doktor gigi secara kerap, di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care kami menawarkan pelbagai rawatan gigi khas untuk pelanggan antaranya:

  • Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi)
  • Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi)
  • Fillings (Rawatan tampalan gigi)
  • Extraction (Cabutan gigi)
  • Preventive (Sealant/Flouridetray)

Kelebihan Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC)

Sekiranya anda berkunjung ke klinik kami, anda boleh menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan antaranya:

1. Pakej braces yang berbaloi

Antara kelebihan yang disediakan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental ialah tiada deposit, bayaran bulanan yang rendah, tiada cas tambahan dikenakan jika bracket tercabut atau wayar tercucuk. Selain itu, Klinik Pergigian Verde Amani juga menyediakan pilihan pakej yang menarik dan sesuai bergantung pada keadaan gigi pelanggan.

Selain itu, di Klinik Pergigian Verde Amani juga menawarkan rawatan tanpa had untuk cuci gigi, tampalan dan cabut gigi.

2. Rawatan percuma untuk pemeriksaan selepas rawatan gigi

3. Jaminan perawatan gigi selama sebulan

4. Program referral

Para pelanggan atau pesakit akan mendapatkan RM10 potongan bagi harga rawatan.

5. Penolakan dan rebat rawatan

Testimoni Klinik Pergigian Verde Amani (VADC)

Antara testimoni daripada pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan di Klink Pergigian Verde Amani (VADC).

Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.