Celik Al Quran
Pendidikan

Celik Al Quran

Tuan-tuan nak tahu tak cara untuk anda sekeluarga celik Al Quran? Ya, pada masa sekarang ini ramai dalam kalangan ibu bapa yang sibuk belajar dan juga bekerja dari rumah kan? Jadi, anda sekeluarga tidak ada masa yang cukup untuk mendalami Al Quran.

Waktu sekarang bukan lah seperti dulu-dulu, ada pengajian Al Quran di surau dan masjid. Disebabkan pandemik ini, banyak jalan alternatif lain yang boleh anda lakukan terutama belajar Al Quran secara atas talian. Ia tentunya jalan yang mudah untuk anda menimba ilmu agama sebagai saham akhirat kelak.

Celik Al Quran

Apa Itu Celik Al Quran?

Sebagai umat Islam, kita perlu lebih memahami Al Quran dengan lebih baik supaya ianya menjadi bacaan amalan dalam kehidupan seharian kita. Sebelum bercerita lebih lanjut, celik Al Quran itu apa? Celik Al Quran ini boleh digambarkan sebagai seseorang itu lebih mengenali dan memahami tentang sesuatu perkara dengan benar dan betul. Misalnya, anda lebih mengetahui tentang kemahiran dan kelancaran bacaan Al Quran selain mengetahui hukum tajwid dan makraj yang betul. Sebagai muslim, kita tidak boleh biarkan diri kita mempelajari Al Quran tanpa ilmu dan teknik yang betul kan?

Masalah untuk Belajar Al Quran?

Sebagai orang dewasa, Sis Min juga menghadapi masalah untuk belajar Al Quran disebabkan masalah-masalah berikut antaranya:

  • Tidak belajar Al Quran secara berguru

Umum mengetahui, apabila mempelajari sesuatu ilmu, anda perlulah mempunyai bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang yang betul. Begitu juga ketika mempelajari Al Quran, anda perlu belajar dengan orang yang lebih pakar. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru dapat mengajar anda dengan sempurna dan membetulkan kesilapan yang ada semasa tempoh pembelajaran. Dengan berguru, anda boleh membaca dan menyemak bacaan secara terus. Jadi, mudah sekiranya ada sebarang kesalahan, ia dapat dibetulkan dan boleh diperbaiki.

  • Kurang faham dengan apa yang diajar oleh ustaz dan ustazah di dalam kelas

Dalam kelas mengaji, ada masanya anda kurang faham tentang sesuatu perkara. Anda juga ingin bertanya kepada ustaz atau ustazah yang mengajar namun, disebabkan rasa malu itu anda terus melupakan hasrat tersebut. Disebabkan itu, anda biarkan sahaja pertanyaan anda tersebut. Tapi, sebenarnya masalah tersebut boleh diatasi dengan berguru bersama Qutor menjadi pilihan yang membuatkan anda lebih selesa. Hal ini kerana, anda boleh mengajukan soalan kepada qutor pilihan tanpa berasa ragu-ragu. Mudah bukan?

Cara Berkesan untuk Celik Al Quran dengan Betul

Sis Min ingin berkongsi dengan anda semua antara cara untuk belajar Al Quran yang betul iaitu:

  1. Mengenali Huruf Hijaiyyah
  2. Memahami Tanda Baca (Harakat)
  3. Mengetahui Bunyi Bacaan Tajwid
  4. Mengenal Pasti Hukum Tajwid
  5. Sering Membuat Latihan dan Praktikal
  6. Menyediakan Jadual Belajar
  7. Istiqamah Ketika Belajar

Namun, sekiranya anda buntu untuk mempelajari Al Quran, anda boleh mencari guru mengaji yang bertauliah. Hal ini supaya anda dapat belajar Al Quran dengan lebih baik dan berilmu. Jom ikuti cara bagaimana untuk anda belajar Al Quran dengan mudah di bawah.

Beana Home Quran

Cara mudah untuk anda belajar dan lebih celik Al Quran adalah dengan berguru bersama pakar. Ya, Sis Min tahu sekarang memang banyak pusat pengajian yang menyediakan program tentang Al Quran. Jadi, anda boleh membuat pilihan dengan baik. Sebelum itu, Sis Min nak ceritakan satu pusat pengajian Al Quran iaitu Beana Home Quran.

Beana Home Quran ini menyediakan pengajian al quran secara online bagi memudahkan pelajar untuk mengikuti kelas mereka. Selain itu juga, Sis Min difahamkan team Beana Home Quran turut menyediakan kelas di rumah atau di pusat pengajian Beana Home Quran sendiri. Tetapi, kelas online banyak menjadi pilihan untuk peserta kerana mereka dapat memilih qutor sendiri mengikut masa dan slot yang telah dipilih.

Yang menariknya, semua peringkat umur dapat sertai kelas Beana Home Quran ini tau, ia juga terbuka kepada kanak-kanak dari seawal umur 3 tahun. Beena Home Quran juga sediakan platform online seperti Whatsapp Video Call, Zoom, Skype, Line dan banyak lagi.

Testimoni Beana Home Quran

Sumber: Beana Home Quran
Sumber: Beana Home Quran

Setelah tengok testimoni kelas mengaji Beana Home Quran ni, Sis Min pun rasa nak join juga. Banyak manfaat yang anda boleh dapat tau. Memang semua orang boleh belajar Al Quran dengan mudahlah lepas ni.

Jadi apa tunggu lagi? Mari daftar kelas dan slot mengaji di Beana Home Quran sekarang!

Dapatkan artikel menarik di sisrasa

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *