Fungsi dan Kegunaan Telegram
Hiburan, Pendidikan

Fungsi dan Kegunaan Telegram yang Ramai Tak Tahu

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa aplikasi Telegram ini mempunyai fungsi yang lebih banyak berbanding WhatsApp. Jika anda tahu mengenai fungsi dan kegunaan Telegram, sudah pasti anda akan menggunakannya lebih banyak berbanding WhatsApp.

Kebiasaannya, pengguna Telegram mesti tahu fungsi Telegram seperti PandaiBot dan PDF Bot, kan? Tapi, tahukah anda bahawa Telegram ini mempunyai lebih daripada 10 fungsi yang dapat memudahkan penggunanya?

Anda nak tahu apa kegunaan yang terdapat dalam aplikasi Telegram? Mari teruskan membaca perkongsian di bawah. Segala maklumat berkaitan dengan Telegram ini, Sis Min dapatkan daripada Facebook I Love Pahang dan beberapa laman web lain.

Fungsi dan Kegunaan Telegram

Fungsi dan Kegunaan Telegram

Terdapat banyak fungsi dan kegunaan aplikasi ini. Di sini, Sis Min berikan 10 sahaja kegunaan Telegram. Anda boleh baca lebih lanjut di sini bagi fungsi yang tidak terdapat dalam artikel ini.

#1 Penggunaan Username

Telegram menggunakan username sebagai pengganti nombor telefon. Oleh hal yang demikian, nombor telefon tidak terdedah kepada pengguna Telegram yang lain. Jadi, untuk mencari dan menghantar mesej kepada seseorang, anda hanya perlu cari di carian dalam Telegram dengan menggunakan nama/username. Tetapi, jika menggunakan WhatsApp, anda perlu berdaftar menggunakan nombor telefon dan anda juga perlu menyimpan nombor telefon seseorang untuk berhubung melaluinya.

#2 TranslateBot

Telegram ini mempunyai fungsi yang sama seperti Google Translate atau mesin terjemah yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, di dalam aplikasi Telegram terdapatnya TranslateBot yang mampu menterjemahkan suatu mesej dalam suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain. Misalnya, terjemah sesuatu mesej dalam bahasa Korea ke bahasa Melayu. Bagi Sis Min, TranslateBot ini sememangnya dapat memberikan kemudahan kepada pengguna. Bukan sahaja pengguna awam, malahan kepada pelajar juga.

#3 SkeddyBot | Fungsi dan Kegunaan Telegram

Fungsi Telegram seterusnya ialah mengingatkan pengguna tentang perkara penting dengan menggunakan SkeddyBot. SkeddyBot dapat membantu pengguna sebagai reminder. Jadi, anda tidak perlulah nak setkan alarm untuk buat sesuatu tugasan. Anda hanya perlu send tugasan “Buat assignments every 10 minutes” kepada SkeddyBot dan dalam beberapa minit kemudian, SkeddyBot akan send text kepada anda sebagai reminder. SkeddyBot ini sangat sesuai digunakan oleh pengguna yang sibuk dan mudah terlupa seperti pelajar.

#4 Penghantaran Fail

Siapa yang selalu gunakan Telegram untuk menghantar fail seperti video, gambar, gif, dokumen dan rakaman? Sis Min antara pengguna yang paling gemar menggunakan Telegram untuk menghantar dan menerima gambar. Hal ini dikatakan demikian kerana, aplikasi Telegram tidak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar sepertimana aplikasi WhatsApp. Selain itu, kualiti video dan gambar yang dihantar dan diterima melalui Telegram juga amat terjaga.

Kebiasaannya, pengguna Android akan meminta gambar daripada pengguna iPhone untuk menghantarnya melalui Telegram. Hal ini kerana, kualiti gambar atau video yang diterima oleh pengguna Android akan sama dengan pengguna iPhone.

#5 Gamee/GameBot | Fungsi dan Kegunaan Telegram

Ada sesiapa yang kaki game? Jika anda bosan, anda hanya perlu taip Gamee atau GameBot di carian Telegram. Seterusnya, anda hanya perlu mengikut arahan yang diberikan oleh Gamee/GameBot. Mudah sahaja kan?

Fungsi dan Kegunaan Telegram

#6 Jawigram | Fungsi dan Kegunaan Telegram

Kepada anda yang minat untuk mempelajari jawi, anda boleh menggunakan Jawigram di dalam Telegram. Adakah sahih jawi yang diajar dalam Jawigram ini? Jangan risau! Sememangnya ejaan dalam Jawigram ini telah dirujuk terlebih dahulu daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).

Fungsi dan Kegunaan Telegram

#7 Channel Telegram

Fungsi dan kegunaan Telegram yang seterusnya ialah Channel Telegram. Channel Telegram merupakan medium menyiarkan sesuatu maklumat secara one way communication. Sebagai contoh, Channel Dr. Samhan (Official) yang hanya membenarkan admin channel ini sahaja untuk menghantar maklumat. Channel Telegram sememangnya berbeza dengan group chat. Hal ini dikatakan demikian kerana, Channel Telegram ini lebih kepada website kerana bertujuan menyampaikan maklumat. Tetapi, group chat digunakan untuk tujuan berkomunikasi secara beramai-ramai dalam kalangan ahli group itu.

Terdapat dua kategori bagi Channel Telegram, iaitu public dan private. Public digunakan untuk menyebarkan Channel Telegram secara meluas dan tidak ada had keahlian dalam channel tersebut. Tetapi, Channel Telegram yang private, ahli keahlian perlu mendapat jemputan daripada admin untuk menyertai channel tersebut.

#8 PhotosetterBot

Jika anda berasa malas untuk menulis dan membuat nota, anda hanya perlu mengambil gambar sesuatu nota dan hantar kepada PhotosetterBot. PhotosetterBot akan menaip nota dalam bentuk teks. Mudah sahaja kan?

#9 Fungsi Carian | Fungsi dan Kegunaan Telegram

Anda peminat drama atau movie? Jika anda ingin menonton drama atau movie, anda hanya perlu menaip apa-apa sahaja nama movie atau drama dan sertai channel tersebut. Anda tidak perlulah melanggan Netflix untuk menonton movie. Anda boleh menonton movie secara percuma melalui Telegram.

Sis Min sarankan anda sertai channel yang mempunyai subscriber yang ramai. Pasti movie yang terdapat dalam channel itu best!

#10 Quran-Bot | Fungsi dan Kegunaan Telegram

Jika anda terlupa untuk membawa al-Quran atau tidak mempunyai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit, anda tidak perlu risau. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat Quran-Bot yang mempunyai fungsi yang sama seperti aplikasi al-Quran. Anda hanya perlu menaip apa-apa surah yang dikehendaki dan boleh mula membaca. Jika anda inginkan al-Quran terjemahan, pilih sahaja bahasa yang diingini. Terdapat 5 bahasa yang disediakan dalam Quran-Bot ini. Antaranya, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Hindi, bahasa Turki, dan bahasa Parsi.

Sekarang anda sudah pun tahu fungsi dan kegunaan Telegram. Memang banyak manfaat yang boleh anda dapati dengan menggunakan Telegram ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda dalam menggunakan aplikasi Telegram.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *