Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan
Pendidikan

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan

Bulan Ramadan merupakan sebuah bulan yang penuh kebaikan. Selain digelar sebagai bulan keampunan dan keberkatan, ia turut disempurnakan dengan kehadiran malam Lailatul Qadar, iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada 1000 bulan. Jadi, anda dah mula membuat persiapan sebelum bulan Ramadan menjelang dari aspek rohani dan jasmani diri ke belum?

Sesungguhnya bulan Ramadan ini merupakan waktu di mana Allah SWT membuka kesemua pintu syurga dan menutup kesemua pintu neraka. Tidak lupa juga kejahatan syaitan yang turut diikat sepanjang bulan ini demi membantu anak Adam beribadah. Subhanallah!

Hal seperti inilah yang membantu memberi peluang kepada para muslim untuk membersihkan diri dan beribadah dengan lebih baik dalam memperoleh keampunan daripadaNya sepanjang Ramadan. Jadi, marilah kita selami beberapa persiapan yang boleh dilakukan sebelum bermulanya Ramadan tahun ini.

Kelebihan Bulan Ramadan Mubarak

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan
Sumber: Thirdman

Selain menjadi bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam, bulan Ramadan juga mempunyai pelbagai kelebihan tambahan yang lain tau! Antaranya ialah:

  • Ia dapat membantu mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam.
  • Di bulan Ramadan, ramai umat Islam akan berpusu-pusu ingin mengerjakan ibadah solat sunat tarawih secara berjemaah yang kita tidak dapat dilihat atau bahkan dilakukan pada bulan lain.
  • Amal ibadah dan kebajikan juga digandakan oleh Allah SWT, di mana ibadag sunat diberikan pahala seperti ibadah fardhu; dan segala ibadah fardhu diberikan pahala sebanyak 70x fardhu di bulan-bulan yang lain.

Persiapan yang Boleh Dilakukan Sebelum Menjelang Ramadan

Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan yang bakal Allah kurniakan sepanjang Ramadan, jadi marilah kita lihat pula satu persatu antara persiapan sebelum menjelang Ramadan ini yang boleh anda lakukan.

1. Perbanyakkan Zikir

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan
Sumber: RODNAE Productions

ZIkir membantu kita mengingati Allah, serta mudah untuk dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Setiap penghayatan Zikir ini mampu membantu memberi anda ketenangan di samping memperoleh pahala.

Sebelum menjelang Ramadan ini, jom kita latih diri dengan memperbanyakkan Zikir harian sama ada ketika sedang memandu, bekerja, sebelum tidur dan dalam apa-apa juga keadaan sekali pun. Hal ini membantu kita untuk sentiasa mengisi masa terluang dengan hal-hal yang berfaedah.

2. Menyemak Semula Hukum-hakam Berkaitan Ibadah Puasa

Berpuasa merupakan sebuah ibadah utama selepas solat fardhu, di bulan Ramadan. Oleh itu, sebagai persiapan sebelum menjelang Ramadan ini, kita perlu mengambil tahu beberapa perkara yang melibatkan hukum berpuasa, hikmah berpuasa, rukun berpuasa, pengertian berpuasa, serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

3. Meringankan Langkah ke Masjid

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan
Sumber: Pavlo Luchkovski

Pada bulan Ramadan nanti, kita juga boleh meluangkan masa lebih banyak di rumah Allah SWT, sama ada di masjid ataupun surau. Kadang kita ke surau ini bukan untuk solat semata, tetapi kita juga boleh menuntut ilmu jika terdapat sebarang majlis keagamaan yang dilakukan.

4. Membaca Al-Quran | Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan
Sumber: Thirdman

Sebelum bulan Ramadan tiba, kita juga boleh mula melatih diri untuk membaca dan menghayati terjemahan ayat-ayat al-Quran. Dengan menghadiri kelas-kelas tadarus, mengaji atau kelas tafsir, ia boleh membantu meningkatkan bacaan al-Quran, sekali gus membantu kita lebih menghargai amanat Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Jika anda kurang berkemampuan untuk menghadiri sebarang kelas, anda juga boleh menonton sebarang rancangan tadarus yang disiarkan di TV mahupun di laman media sosial secara percuma. InshaAllah, setiap usaha kita ini pasti akan membawa hasil yang baik di sisiNya dan juga di akhirat kelak.

Jangan Sia-siakan Bulan yang Penuh Keberkatan Ini. Jom Buat Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan Sekarang Juga!

Kita sebagai umat Islam sebenarnya sangat bertuah kerana dapat menyambut bulan Ramadan ini tau! Jadi, pastikan bulan Ramadan kita tidak berlalu dengan sia-sia. Didiklah diri supaya membuat persiapan dengan baik dan secara menyeluruh sebelum Ramadan tiba, supaya kita dapat menikmati bulan tersebut dengan lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Untuk dapatkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak Malaysia, 2023, 1444 H, anda boleh lihat di sini. Selamat beribadah Sis Min ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Persiapan Sebelum Menjelang Ramadan”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *