Penyakit Slipped Disc
Kesihatan

Penyakit Slipped Disc: Gejala dan Rawatan

Siapa pernah dengar mengenai penyakit slipped disc ini? Tahukah anda apa itu slipped disc? Slipped disc yang dikenali sebagai Prolapsed Interverterbral Disc (PID) berlaku pada tulang belakang apabila tulang belakang beralih daripada tempat asal. Hal inilah yang menyebabkan badan menjadi lemah dan kebas.

Tulang-tulang dalam anggota badan akan dilindungi oleh sejenis disc daripada kecederaan. Terdapat dua bahagian pada setiap disc, iaitu disc yang lembut pada bahagian dalam. Manakala, bahagian luar bersifat keras. Slipped disc berlaku apabila terjadinya sebarang kecederaan, ini menyebabkan bahagian dalam disc akan menonjol sehingga ke bahagian luar. Perkara inilah yang menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa kerana ianya boleh menghimpit saraf yang berhampiran sehingga pesakit berasa kebas pada bahagian yang cedera.

Semua maklumat berkaitan dengan penyakit slipped disc ini, Sis Min dapatkan daripada Telegram Dr. Samhan dan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta maklumat tambahan telah diambil daripada laman web lain.

Penyakit Slipped Disc
Sakit belakang

Sakit Belakang

Sakit belakang terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peringkat akut, kronik dan berulang (recurrent). Kebiasaannya sakit akut terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung terlalu lama atau mengangkat barang yang berat daripada lantai.

Pembahagian sakit belakang:

  • Sakit belakang akut – Sakit yang dialami dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
  • Sakit belakang kronik – Sakit yang dialami lebih daripada 3 bulan.
  • Sakit belakang berulang – Sakit yang dialami berulang dalam tempoh kurang daripada 3 bulan.

Faktor Terjadinya Penyakit Slipped Disc

Sebelum Sis Min masuk kepada gejala dan rawatan bagi slipped disc ini, Sis Min akan kongsikan beberapa faktor atau punca berlakunya slipped disc ini.

Obesiti

Berat badan yang melampau menyebabkan tulang belakang tidak dapat menampung berat badan tersebut. Hal inilah yang menyebabkan cakera intervertebra mudah koyak dan cedera.

Umur

Semakin meningkat usia, disc bahagian luaran akan semakin haus dan mengakibatkan disc mudah bergerak daripada tempat asal.

Genetik

Seseorang yang mempunyai keturunan yang mengalami masalah tersebut mudah mendapat penyakit slipped disc.

Pekerjaan

Pekerjaan yang memaksa seseorang untuk mengangkat bebanan yang berat dan memindahkan barang yang berat, boleh menyebabkan tekanan yang lebih tinggi pada tulang belakang. Oleh hal yang demikian, ini menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit pada pinggang.

Kurang Melakukan Aktiviti Regangan

Jika seseorang itu duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan, boleh memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang. Seseorang yang bekerja di pejabat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti regangan lebih cenderung untuk mengalami masalah slipped disc ini.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai faktor slipped disc ini di laman web ini dan ini.

Penyakit Slipped Disc
Buat aktiviti regangan apabila duduk terlalu lama.

Gejala | Penyakit Slipped Disc

Terdapat beberapa gejala awal yang perlu diberikan perhatian. Hal ini untuk mengetahui sama ada seseorang itu mengalami masalah slipped disc atau tidak. Gejala tersebut adalah seperti berikut:

  • Tulang belakang rasa sakit atau berdenyut-denyut.
  • Sakit dan kebas pada sebelah badan.
  • Sakit apabila duduk dan berdiri terlalu lama.
  • Tidak dapat mengawal pembuangan air besar atau air kecil.
  • Sakit apabila berjalan walaupun sekejap.
  • Sakit semakin merebak sehingga ke lengan dan kaki.
  • Tangan rasa kebas jika masalah ini berlaku pada tulang belakang leher.

Gejala tersebut mungkin berbeza pada setiap orang. Jika anda mengalami masalah seperti di atas, sila berjumpa dengan pakar untuk tindakan yang selanjutnya.

Penyakit Slipped Disc
Jumpa pakar jika mempunyai sebarang masalah.

Rawatan Penyakit Slipped Disc

Terdapat beberapa rawatan yang dicadangkan oleh KKM dan doktor yang bertauliah.

Rehabilitasi

Pengurusan Sakit

Jika seseorang mengalami sakit belakang akut, boleh gunakan ice pack selama 15 minit. Caranya ialah balut ice pack dengan kain basah dan letakkan pada bahagian yang sakit selama 15 minit.

Gunakan hot pack jika seseorang mengalami masalah sakit belakang kronik dan berulang. Caranya ialah balut hot pack dengan kain dan letakkan hot pack pada bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan balutan hot pack tidak terlalu panas. Jangan sapu minyak panas pada bahagian yang sakit sebelum hot pack diletakkan.

Senaman Sakit Belakang

  • Pelvic Tilt | Rawatan Penyakit Slipped Disc

Posisi: Baring di atas permukaan yang rata.
Cara: Otot abdominal dikeraskan, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa dan tahan dalam masa 5 saat. Ulang senaman ini minima 5 kali.

  • Hip Rolling

Posisi: Baring di atas permukaan yang rata dan bengkokkan kedua-dua lutut.
Cara: Letak tangan secara bersilang di atas dada, pusing kepala ke sebelah kanan dan kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian, luruskan lutut secara perlahan-lahan. Ulang senaman ini minima 5 kali.

Ada banyak lagi senaman sakit belakang yang boleh anda lakukan. Oleh hal yang demikian, anda boleh baca lebih lanjut mengenai senaman tersebut di link ini.

Kaedah Konservatif | Penyakit Slipped Disc

Kaedah ini melibatkan pengambilan ubat bagi mengurangkan gejala slipped disc ini.

  • Ubat tahan sakit untuk meredakan rasa sakit.
  • Muscle relaxants untuk melegakan kekejangan otot.
  • Ubat saraf untuk melegakan sakit saraf yang melampau.

Kaedah Surgikal/Pembedahan

Pembedahan dilakukan jika ubat-ubatan tidak membantu.

  • Microdiscectomy – Doktor akan membedah bahagian disc yang terkeluar daripada tempat asalnya.
  • Disc replacementDisc yang rosak akan dikeluarkan dan diganti dengan disc baru (tiruan).

Boleh baca selanjutnya mengenai kaedah pembedahan disc di sini.

Cukup sekadar itu sahaja perkongsian daripada Sis Min. Sis Min harapkan agar artikel Penyakit Slipped Disc: Gejala dan Rawatan ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.