Kenapa Celah Paha Hitam
Kecantikan, Kesihatan

Kenapa Celah Paha Hitam? – Semak Puncanya!

Pernahkah anda mengalami kesulitan apabila warna celahan paha menjadi semakin gelap atau kehitaman? Masa mula-mula nampak biasa je, tapi lama-lama jadi makin teruk pula. Sis Min pasti ramai yang tertanya-tanya punca kenapa celah paha hitam, baik lelaki mahupun perempuan.

Kalau kita tanya pakcik Google, memang banyak aje cara yang dikongsikan. Tetapi kebanyakan sharing tersebut lebih menjurus ke arah yang tidak logik ataupun tidak berkesan langsung! Malahan, ada juga yang akhirnya membuatkan kehitaman menjadi lebih teruk sehingga jangkitan lain pula yang muncul…

Pada Sis Min, untuk kita selesaikan masalah ni, kita harus cari puncanya terlebih dahulu. Bila kita tahu akar umbi permasalahannnya, barulah kita boleh cabut dan buang ia sejauh yang mungkin. Tak gitu?

Jadi, jom kita ambil tahu beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku supaya kita boleh mengambil langkah yang terbaik untuk mengatasinya.

Punca Kenapa Celah Paha Hitam yang Mungkin Anda Tidak Pernah Sedar

1. Geseran pada kulit di celah paha

Kenapa Celah Paha Hitam
Kenapa Celah Paha Hitam? – Semak Puncanya! | Sisrasa.com
  • Celah paha sering mengalami geseran apabila kita melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berlari dan sebagainya.
  • Selain itu, apabila kita memakai pakaian yang ketat dengan material yang kasar, geseran yang berlaku juga akan semakin kuat.
  • Geseran inilah yang menyebabkan iritasi dan hiperpigmentasi pada kulit, dan akhirnya membuat kulit menjadi semakin gelap kehitaman.

2. Kelembapan pada bahagian celah paha

  • Bahagian celah paha selalunya berada dalam keadaan yang lembap dan agak sukar untuk mendapatkan ventilasi udara yang cukup.
  • Kelembapan inilah yang menyebabkan pertumbuhan kulat atau bakteria di kawasan tersebut yang akhirnya mengakibatkan iritasi dan perubahan pada warna kulit.

3. Penjagaan kulit yang kurang baik

  • Kebiasaan harian seperti mencukur bulu atau menggunakan bahan kimia tertentu pada bahagian celah paha sebenarnya turut menyumbang kepada perubahan warna kulit.
  • Produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ataupun yang tidak sesuai dengan jenis kulit tertentu juga dapat mempengaruhi perubahan warna kulit.

3. Obesiti | Penyebab Kenapa Celah Paha Hitam

  • Orang yang mengalami obesiti mungkin lebih terdedah terhadap perubahan warna kulit pada bahagian celah paha. Terkadang bukan pada bahagian paha sahaja, bahkan pada celahan leher, ketiak, lutut dan siku juga pasti agak kegelapan.
  • Hal ini terjadi kerana adanya geseran yang lebih banyak dan kasar, serta faktor kelembaban yang lebih tinggi pada kawasan tersebut.

Cara Hilangkan Daki di Celah Paha Dengan Mudah

Haaa, sekarang pasti anda semua dah tahu punca kenapa celah paha hitam kan? Jom kita ketahui pula cara terbaik untuk menangani masalah ini.

Di bawah ini turut Sis Min kongsikan sebuah video yang boleh dijadikan sebagai rujukan anda dalam mengatasi masalah celah paha kehitaman ini ya. Semoga bermanfaat!

@zuriaty_musa

Reply to @asraftukiar Kadang terasa rendah diri bila leher hitam berkerakkan. Ini tipsnya #daki #kesihatanlelaki #LearnOnTiktok #kaktysukashare

♬ bunyi asal – 🦇Byrell🦇 – 🦇Byrell🦇
Perkongsian Video di akaun tiktok @zuriaty_musa | Cara hilangkan daki celah paha

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Kenapa Celah Paha Hitam? – Semak Puncanya!.” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *