eUsahawan MDEC 2023
Pendidikan

eUsahawan MDEC 2023 – Coach Suraya Ali

eUsahawan MDEC 2023 kini kembali lagi! Terdapat ramai barisan coach bertauliah yang ditampilkan, dan Coach Suraya Ali merupakan salah seorang daripadanya.

Untuk pengetahuan anda semua, program eUsahawan MDEC 2023 ini merupakan sebuah program atau kursus yang dianjurkan khas buat para usahawan di seluruh Malaysia yang ingin mempelajari tentang pemasaran digital secara PERCUMA.

Antara Strategi Pemasaran Digital Trending yang Bakal Diajar Jika Anda Menyertai eUsahawan MDEC 2023

  • Asas Perniagaan dan Kewangan
  • Search Engine Optimization (SEO)
  • Facebook untuk Pemasaran
  • Instagram Untuk Perniagaan
  • Tik Tok untuk Pemasaran
  • Teknik Whatsapp Business

Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan.

Apa yang paling menarik ialah, sijil akan turut disediakan buat kesemua para peserta yang hadir dari permulaan sehingga kelas tamat!

Jom Kenali Sedikit Sebanyak Tentang Coach Suraya Ali

Rasanya, ramai usahawan lebih mengenali Coach Suraya Ali dengan nama pentasnya iaitu Cik Sue. Almaklumlah, Cik Sue ni memang mudah mesra dengan semua orang … Jadinya, semua orang pun selesa memanggil beliau sebagai Cik Sue ajerrr.

Untuk pengetahuan semua, Cik Sue merupakan seorang Business Coach, Trainer dan juga penulis beberapa buah portal blog di bawah kendalian perniagaan sendiri. Lunaworks Alliance PLT nama diberi.

Beliau pernah bekerja dalam bidang IT selama 5 tahun sebelum memulakan perniagaan dalam bidang runcit barangan bayi ‘Lunatots‘. Senang cerita, beliau sudah memiliki pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan selama lebih 13 tahun.

Walaupun begitu, kini Cik Sue lebih fokus ke arah bidang kerjaya sebagai seorang Jurulatih (Coach/Trainer) dalam bidang Keusahawanan Digital. Bukan itu sahaja, beliau juga telah berjaya bekerjasama bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk Program eUsahawan sejak tahun 2016, bagi membantu para usahawan di Malaysia.

Selain itu, Cik Sue ni selalu mengadakan sesi training pemasaran digital terutama dalam bidang konten untuk pelbagai jenis agensi, universiti dan organisasi.

Apa Antara Kelayakan & Anugerah yang Cik Sue Ada?

– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
– SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Lead Trainer Malaysia
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology
– Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)
– Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
– Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
– Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
– Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
– Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
– Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3

Ini baru sedikit sahaja yang dapat Sis Min kongsikan. Tapi sebenarnya, terdapat banyak lagi title yang telah beliau peroleh, cuma tidak semua dapat dikongsikan atas tujuan privasi.

Feedback Para Peserta Coach Suraya Ali

Memang rugi sangat kalau anda tak dapat join kelas bersama Coach Suraya Ali untuk program eUsahawan 2023 kali ini. Beliau seorang pakar dalam bidang pemasaran digital, lebih-lebih lagi dalam bidang Search Engine Optimisation (SEO) tau!

Kalau tak percaya, anda bolehlah baca review-review para peserta kelas-kelas beliau sebelum ini, di sini. Kalau malas nak tekan link, mari Cik Min screenshot beberapa hasil review yang terdapat di laman Google tersebut.

Peserta Iliey Rashid
Peserta M Zulqarnain Zainuddin
Peserta Ros Wati

Nampak tak betapa hebatnya pengangan kelas bersama Cik Sue ni? Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu dengan baik, malahan sesi kelasnya juga adalah santai, seronok dan digemari ramai.

Syarat Menyertai eUsahawan MDEC 2023

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai perniagaan sendiri.
  • Boleh rekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking.
  • Berminat menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach Suraya Ali.
  • Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Kalau dah cukup syarat, tunggu apa lagi? Cepat sertai kelas eUsahawan MDEC 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.

Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!

Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan MDEC 2023.

Sekian sahaja perkongsian Sis Min tentang “eUsahawan MDEC 2023 – Coach Suraya Ali.” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *