Sinopsis All of Us Are Dead
Hiburan

Sinopsis All of Us Are Dead | Adaptasi Webtoon

Annyeonghaseyo! Ada sesiapa peminat drama Korea yang dah tengok cerita All of Us Are Dead? Seronok dan mengujakan apabila menonton drama ini! Mana tidaknya, setiap kali zombie muncul dan mengejar, Sis Min pun turut terjerit kerana takut, teruja, dan marah! Pelbagai ekspresi ditunjukkan sewaktu menonton drama ini. Bagi yang belum tengok drama ini, mari layan dulu sinopsis All of Us Are Dead yang akan Sis Min kongsikan di bawah ini.

Untuk pengetahuan semua, drama ini merupakan rekaan yang telah diadaptasikan daripada siri Naver Webtoon, iaitu Now at Our School oleh Joo Dong Geun.

Sinopsis All of Us Are Dead

Drama ini mengisahkan tentang pelajar Sekolah Menengah Hyosan di bandar Hyosan, Korea Selatan yang berjuang habis-habisan untuk meneruskan kehidupan daripada wabak virus zombie. Secara umumnya, virus ini telah dicipta oleh Lee Byeong Chan yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Hyosan. Tujuan beliau mencipta virus ini untuk membantu anaknya yang sentiasa menjadi mangsa buli agar menjadi lebih kuat untuk melawan.

Namun begitu, virus yang dicipta untuk anaknya itu telah berjangkit kepada isterinya. Lee Byeong Chan terpaksa mengurung dengan mengikat isteri dan anaknya di rumah agar virus tersebut tidak merebak. Beliau nekad untuk mencari penawar bagi mengubati virus tersebut.

Lee Byeong Chan juga menggunakan tikus makmal untuk menguji virus yang diciptanya di makmal sekolah. Tikus makmal tersebut menjadi lebih agresif apabila virus tersebut mengalir dalam badannya. Akibatnya, seorang pelajar telah digigit oleh tikus makmal tersebut dan telah menjangkiti orang lain melalui gigitan mangsa. Virus yang masuk ke dalam badan manusia akan menyebabkan mereka berubah kepada zombie yang dahagakan darah manusia. Akhirnya virus ini tersebar dengan begitu cepat sehingga satu bandar Hyosan dipercayai telah dijangkiti dan telah berlakunya mutasi.

Sinopsis All of Us Are Dead

Ada beberapa pelajar Sekolah Menengah Hyosan yang terperangkap di dalam bangunan sekolah yang memaksa mereka untuk melawan dan melarikan diri daripada zombie untuk menyelamatkan nyawa masing-masing. Adakah pelajar-pelajar tersebut terselamat daripada dijangkiti virus zombie? Adakah Lee Byeong Chan berjaya menemukan penawar untuk mengubati virus tersebut?

Anda nak tahu lebih lanjut apa yang akan berlaku dalam drama All of Us Are Dead? Anda boleh tonton drama ini di Netflix atau di sini.

Fakta Menarik | Sinopsis All of Us Are Dead

Wajah Baharu

Pengarah All of Us Are Dead mengatakan para pelakon terdiri daripada pelakon baharu seperti Chan Young Yoon (Lee Cheong San), Park Ji Hoo (Nam On Jo), Yoo In Soo (Gwi Nam), dan ramai lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengarah menginginkan wajah-wajah yang baharu untuk melakonkan drama ini supaya penonton dapat merasai seolah-olah drama ini berlaku secara realiti. Hal inilah yang menjadikan drama ini lebih menarik untuk ditonton.

Sinopsis All of Us Are Dead

Uniform Warna hijau | Sinopsis All of Us Are Dead

Uniform pelajar bagi Sekolah Menengah Hyosan adalah berwarna hijau. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa pakaian yang dipakai oleh barisan pelakon hanyalah uniform sekolah semata-mata. Namun, warna uniform ini ada maksud yang tersendiri. Pengarah drama ini, Lee Jae Kyu mengatakan bahawa mereka memilih uniform berwarna hijau untuk memperlihatkan warna kontras antara darah merah dengan uniform berwarna hijau.

Latihan Selama 3 Bulan

Selain daripada membaca sinopsis All of Us Are Dead, anda juga perlu tahu bahawa barisan pelakon drama ini perlu melakukan beberapa latihan. Para pelakon akan berlatih seni pertahanan diri selama 3 bulan, misalnya cara untuk bertahan daripada diserang. Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak adengan melawan zombie yang dilakukan oleh barisan pelakon. Justeru, pelakon perlu berlatih untuk pertahanan diri bagi menentang zombie.

Selain itu, sesiapa yang menjadi zombie juga akan berlatih cara pergerakan yang sama, iaitu choreography. Hal ini bagi menghasikan keseragaman gerak tari zombie.

One Take | Sinopsis All of Us Are Dead

Bagi memperlihatkan drama ini seolah-olah berlaku dalam realiti, pengarah memberitahu bahawa drama ini telah dilakukan secara sekali pengambilan (one take). Drama ini telah dijalankan secara one take sejak daripada permulaan. Misalnya, scene di mana sebanyak 200 zombie datang menyerbu di kafeteria sekolah sebaik sahaja virus tersebar telah dilakukan secara one take.

Berikut merupakan video disebalik tabir dan penerangan daripada pengarah drama All of Us Are Dead:

All of Us Are Dead akan ada siri yang kedua? Betul ke? Anda boleh baca lebih lanjut di sini untuk ketahui sama ada drama ini akan menayangkan drama siri kedua atau tidak. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel sinopsis All of Us Are Dead ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *