Petua Elakkan Kaki Melecet
Fesyen, Pendidikan

Petua Elakkan Kaki Melecet | Tak Perlu Gigit Kasut Lagi!

Pernahkah anda berasa teruja untuk memakai kasut baru, tapi pada masa yang sama, rasa takut kaki akan melecet? Jangan risau, Sis Min akan kongsikan petua elakkan kaki melecet pada hari pertama menggunakan kasut baru. Lepas ini, tak perlu gigit kasut lagi dah!

1. Plaster | Petua Elakkan Kaki Melecet

Petua Elakkan Kaki Melecet

Sis Min yakin ramai sudah gunakan petua ini. Lekatkan plaster pada bahagian belakang tumit kaki untuk mengelakkan kaki melecet dengan teruk.

2. Bedak

Petua Elakkan Kaki Melecet

Siapa sangka bedak juga boleh digunakan untuk mengelakkan kaki daripada melecet? Taburkan bedak ke dalam kasut untuk kurangkan geseran antara kulit dan kasut. Untuk lebih berkesan, anda boleh memakai stoking yang telah diletakkan bedak sebelum memakai kasut.

3. Stoking & pengering rambut

Pakai stoking tebal dan halakan pengering rambut di bahagian kasut yang ketat untuk beberapa minit. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga bahagian belakang kasut anda longgar.

4. Deodoran | Petua Elakkan Kaki Melecet

Petua Elakkan Kaki Melecet

Deodoran juga boleh digunakan untuk mengelakkan kaki melecet. Caranya ialah sapukan deodoran roll on pada permukaan kaki untuk melicinkan bahagian tersebut.

5. Tampal pelekat/tape

Petua Elakkan Kaki Melecet
Sumber: BABE

Tampalkan pelekat pada jari kaki ketiga dan keempat anda yang selalu menjadi tempat untuk melecet.

6. Plastik beg berisi air

Sumber: Remaja.my

Letakkan plastik beg berisi air ke dalam kasut. Kemudian, biarkan semalaman dalam peti ais. Langkah ini bertujuan untuk mengembangkan bahagian kasut yang ketat.

7. Silikon | Petua Elakkan Kaki Melecet

Petua Elakkan Kaki Melecet
Sumber: Shopee

Cara paling mudah elakkan kaki melecet ialah membeli silikon kasut yang ada dijual di pasaran.

Mudah kan? Jadi, lepas ini tidak perlu risau kaki melecet lagi. Bolehlah anda bergaya dengan kasut baru pada hari pertama. Tiada istilah beauty is pain, pain is beauty! Sis Min berharap petua yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Remaja.my

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.