Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat
Pendidikan

Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat – Hargai OKU

Anda pernah tak melihat jurubahasa di kaca televisyen yang memperagakan bahasa isyarat sewaktu berita berlangsung? Tahukah anda bahawa bahasa isyarat ini bukan sahaja untuk Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran, malahan ia juga berguna kepada orang awam yang normal. Banyak kepentingan mempelajari bahasa isyarat kepada OKU dan masyarakat.

Secara umumnya, bahasa isyarat merupakan medium komunikasi yang dilakukan melalui pergerakan badan, tangan, dan bibir bagi menyampaikan sesuatu maklumat. Namun, bahasa isyarat tidak ada penekanan yang sewajarnya kepada masyarakat normal berbanding bahasa lain seperti bahasa Inggeris.

Kini, segelintir masyarakat telah menyedari dan peka bahawa bahasa isyarat ini adalah satu keperluan bagi membantu warga OKU, sekali gus menghargai mereka.

Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat

Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa rasmi bagi orang pekak di Malaysia. Bahasa ini juga telah termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). Terdapat banyak manfaat belajar bahasa isyarat yang Sis Min dapatkan daripada laman web Hellodoktor dan beberapa laman web lain.

#1 Meningkatkan Kemahiran Mengeja | Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat

Bagi mereka yang mempelajari bahasa isyarat, termasuk kanak-kanak, dapat meningkatkan kemahiran mengeja dengan pergerakan tangan. Tambahan pula, bahasa isyarat ini juga dapat membantu mengingati ejaan perkataan dalam bahasa isyarat. Misalnya, huruf perkataan.

Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat

#2 Mengatasi Isu Kekurangan Jurubahasa

Bahasa isyarat memudahkan komunikasi dengan golongan OKU pendengaran. Oleh hal yang demikian, sekiranya ramai masyarakat yang mempelajari bahasa isyarat, ia dapat dilihat sebagai satu peluang pekerjaan sebagai jurubahasa untuk bahasa isyarat bagi menjana pendapatan. Tambahan pula, golongan OKU tidak merasakan diri mereka terpinggir oleh masyarakat kerana ramai yang telah mempunyai kesedaran untuk mempelajari bahasa isyarat.

#3 Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi Secara Menyeluruh | Kepentingan Mempelajari Bahasa Isyarat

Mempelajari bahasa isyarat akan membina kemahiran berkomunikasi secara keseluruhan yang melibatkan aspek bahasa ibunda, bahasa badan, dan bahasa emosi. Selain itu, bahasa isyarat dapat membantu menyampaikan sesuatu emosi, terutama bagi individu yang sukar menonjolkan emosi melalui pertuturan.

Bahasa Isyarat Ada Perbezaan Jantina?

Bahasa isyarat juga ada mengekspresikan jantina bagi lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, jika anda seorang lelaki, anda perlulah melakukan pergerakan tangan dari mata ke atas pada bahagian kepala. Manakala untuk perempuan pula, anda perlu melakukan pergerakan tangan dari mata ke bawah pada bahagian kepala. Nak tahu lebih lanjut tentang penerangan ini? Jom tonton video di bawah:

Anda pernah tonton movie Korea yang berjudul Midnight? Movie ini mengisahkan tentang dua beranak, iaitu seorang ibu dan anak perempuan yang cacat pendengaran yang sedang diburu oleh pembunuh bersiri. Hal ini kerana, mereka secara tidak sengaja telah mengganggu pembunuh tersebut semasa melakukan jenayah pembunuhan.

Dalam movie ini, dapat dilihat bahawa segelintir masyarakat tidak tahu mengenai bahasa isyarat yang diekspresikan oleh dua beranak itu sewaktu meminta pertolongan. Anda boleh tonton movie ini di sini.

Berdasarkan movie ini, Sis Min terdetik untuk mempelajari bahasa isyarat walaupun sekadar yang asas. Kini, banyak video, gambar, dan kelas bahasa isyarat telah diadakan secara dalam talian dan bersemuka. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari bahasa isyarat, anda boleh mempelajarinya daripada Malaysian Sign Language Bahasa Isyarat Malaysia di sini.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel mengenai kepentingan mempelajari bahasa isyarat ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *