Petua Elak Nasi Cepat Basi
Masakan

Petua Elak Nasi Cepat Basi dengan Mudah!

Nasi yang anda masak kerap basi dan berkulat? Mungkin ramai dalam kalangan anda yang mengalami masalah sebegini. Oleh itu, kali ini Sis Min ingin berkongsi petua elak nasi cepat basi agar nasi yang anda masak selepas ini tidak mudah basi lagi.

Terdapat 11 petua yang mudah untuk mengelakkan nasi cepat basi, malahan menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama. Segala maklumat berkenaan petua ini, Sis Min dapatkan daripada laman web SirapLimau, Mingguan Wanita dan beberapa laman web lain.

11 Petua Elak Nasi Cepat Basi

1. Cuci Beras sehingga Bersih

Beras perlulah dicuci lebih daripada sekali. Sekurang-kurangnya beras perlu dicuci dua kali dan pastikan anda mencucinya dengan betul. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya beras hanya dicuci sekali sahaja, kebersihan beras tersebut tidak terjamin dan mudah basi setelah dimasak. Anda juga boleh mencuci beras dengan menggunakan air bertapis untuk bilasan terakhir.

Petua Elak Nasi Cepat Basi

2. Periuk Bersih

Punca nasi cepat basi juga adalah disebabkan adanya kotoran, kerak atau nasi yang melekat pada rice cooker. Oleh itu, anda perlu pastikan bahagian dalam periuk nasi bersih daripada sebarang kekotoran agar tidak menjejaskan kualiti nasi yang dimasak. Pastikan tudung periuk nasi bersih dan bebas daripada kesan wap nasi yang melekat.

3. Limau Nipis

Petua elak nasi cepat basi yang seterusnya ialah menggunakan perahan limau nipis. Caranya, perahkan limau nipis ke dalam beras yang telah disukat dengan air. Tambahan air perahan limau nipis akan menjadikan nasi tahan lebih lama, sekali gus menjadikan nasi berbau harum.

4. Hilangkan Wap Nasi Selepas Memasak | Petua Elak Nasi Cepat Basi

Sebaik sahaja nasi dimasak, buka tudung periuk nasi dan lap dengan kain bersih. Hal ini supaya wap yang terkumpul pada tudung periuk tersebut tidak terjatuh ke dalam nasi dan menyebabkan nasi basi.

Petua Elak Nasi Cepat Basi

5. Gunakan Garam

Petua elak nasi cepat basi yang seterusnya ialah garam. Sebaik sahaja beras dicuci dan disukat airnya, masukkan sedikit garam. Hal ini menjadikan nasi tahan lebih lama dan lebih sedap.

6. Panaskan Periuk Nasi di atas Dapur

Selain daripada memasukkan pelbagai bahan ke dalam beras, anda boleh cuba teknik panaskan periuk nasi di atas dapur. Hal ini dikatakan demikian kerana, mungkin periuk nasi yang digunakan mengandungi bakteria yang masih aktif dan menyebabkan nasi cepat basi. Oleh itu, teknik ini amat berkesan untuk membunuh bakteria dan menjadikan nasi yang dimasak akan tahan lebih lama.

Cara untuk menggunakan teknik ini mudah sahaja. Caranya, telangkupkan periuk nasi di atas dapur. Kemudian, nyalakan api agar bahagian dalam periuk nasi panas dan dapat membunuh bakteria.

7. Masak Air dalam Periuk Nasi | Petua Elak Nasi Cepat Basi

Anda juga boleh gunakan teknik memasak air di dalam periuk nasi. Teknik ini mempunyai fungsi yang sama seperti teknik panaskan periuk di atas dapur, iaitu untuk membunuh bakteria. Caranya, masukkan beberapa cawan air ke dalam periuk nasi. Kemudian, masak air tersebut sehingga mendidih di atas dapur.

Petua Elak Nasi Cepat Basi

8. Menggembur Nasi

Selain daripada menghilangkan wap nasi pada tudung periuk, anda juga boleh menggembur nasi sebaik sahaja nasi masak bagi melepaskan wap yang terkurung agar nasi tahan lebih lama.

9. Kawal Kuantiti Air | Petua Elak Nasi Cepat Basi

Nasi juga boleh menjadi cepat basi sekiranya tidak menggunakan paras kuantiti air yang sepatutnya. Sekiranya air digunakan secara berlebihan, nasi akan menjadi lembik dan cepat basi. Oleh itu, anda perlu mengawal kuantiti air mengikut kuantiti beras yang digunakan.

10. Cuci Periuk Gunakan Garam dan Asam Keping

Garam dan asam keping dapat membunuh bakteria yang melekat pada periuk nasi. Caranya, cuci terlebih dahulu periuk nasi dengan air. Kemudian, masukkan sedikit air, segenggam garam, beberapa keping asam keping dan gaul sebati dengan menggunakan tangan. Biarkan ia selama 15 minit. Ulang cara ini sehingga anda berpuas hati.

Lakukan cara yang sama untuk bersihkan tudung periuk. Cuci periuk nasi dan tudung periuk dengan menggunakan sabun dan bilas dengan air bersih. Kemudian, masukkan beberapa cawan air dan didihkan di atas dapur selama 15 minit.

11. Masak Air, Garam, dan Asam Keping

Masukkan beberapa cawan air, segenggam garam, dan beberapa keping asam keping. Kemudian, masak sehingga mendidih di atas dapur selama 15 minit. Seterusnya, cuci periuk sehingga bersih.

Sekarang anda sudah pun tahu petua elak nasi cepat basi. Jadi, lakukan sahaja cara yang telah Sis Min kongsikan agar nasi yang dimasak lambat basi. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.