Perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin
Hiburan

Perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin Menelan Belanja Sebanyak 100 juta KRW

Peminat drama Crash Landing on You pasti teruja dengan berita perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin baru baru ini! Pasangan ini telah pun mengesahkan hubungan mereka pada Januari 2021 dan mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari lalu.

Pada 31 Mac, agensi pelakon VAST Entertainment dan MSTeam menyatakan bahawa majlis perkahwinan pasangan ini merupakan langkah pertama mereka sebagai pasangan suami isteri. Majlis tersebut akan diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi COVID-19. Namun, agensi tersebut menyatakan mereka akan berkongsi berita gembira itu dengan gambar perkahwinan pasangan sejoli ini.

Belanja perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin melebihi 100 juta KRW

Menurut laporan media pada 2 April, perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin telah menelan belanja lebih 100 juta KRW (South Korea Won). Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan pada 31 Mac, jam 11 pagi KST (Korean Standard Time) di Aston House di Hotel Grand Walkerhill, Gwangjang-dong, Gwangjin-gu, Seoul, secara tertutup.

Aston House merupakan lokasi majlis perkahwinan hotel yang terbaik dan kos untuk menyewa tempat tersebut ialah sekitar 40 juta KRW. Untuk hiasan bunga pula berbelanja sebanyak 25 juta KRW dan sekurang-kurangnya 10 juta KRW untuk keselamatan. Lapan hidangan untuk setiap tetamu sahaja sudah menelan kos sebanyak 280 ribu KRW, termasuklah tiga hidangan mewah utama, iaitu grilled beef tenderloin, grilled lobster dan seafood noodles.

Perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin
Sumber: Soompi
Perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin
Sumber: Soompi

Pakaian perkahwinan Son Ye Jin merupakan gaun tanpa lengan dari jenama Elie Saab dan gaun off-the-shoulder jenama Vera Wang yang bernilai kira-kira 90 juta KRW.

Kira-kira 200 rakan dan ahli keluarga telah dijemput ke majlis perkahwinan mewah pasangan ini di Aston House, Hotel Grand Walkerhill, Seoul. Majlis perkahwinan mereka turut dihadiri oleh ramai selebriti terkenal, seperti Gong Hyo Jin, Lee Min Jung, Uhm Ji Won, Jang Dong Gun, dan ramai lagi.

Menurut laman sesawang KBizoom, pasangan sejoli ini tidak akan pergi berbulan madu selepas perkahwinan mereka. Mereka merancang untuk menghabiskan masa bersama pada hujung minggu pertama mereka sebagai pengantin baru di penthouse mereka di bandar Guri, Wilayah Gyeonggi.

Tahniah dan selamat pengantin baru, Hyun Bin dan Son Ye Jin!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.