Drama Twenty-Five, Twenty-One
Hiburan

Drama Twenty-Five Twenty-One | Drama Korea Terbaharu

Drama Twenty-Five, Twenty-One merupakan drama Korea terbaharu dalam bulan Februari. Hal ini dikatakan demikian kerana, drama ini telah ditayangkan pada 12 Februari 2022 dan dipercayai akan tamat pada 3 April 2022. Ada sesiapa yang dah tengok drama ini?

Jika ada sesiapa yang belum tengok drama ini, Sis Min nak kongsikan beberapa perihal menarik mengenai drama ini. Drama ini dilakonkan oleh pelakon Korea terkenal, iaitu Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk. Nak tahu lebih lanjut mengenai drama ini? Mari teruskan membaca.

Sinopsis Drama Twenty-Five, Twenty-One

Drama Twenty-Five, Twenty-One ini mengisahkan tentang pertemuan dua orang anak muda yang berlaku secara kebetulan. Beberapa tahun kemudian, mereka akhirnya bertemu semula dan lahirlah bibit-bibit cinta.

Kim Tae Ri sebagai Na Hee Do yang merupakan seorang atlet lawan pedang di sekolahnya, turut bercita-cita untuk menjadi seorang atlet lawan pedang (fencing) yang handal. Namun, pasukan atlet lawan pedang Na Hee Do terpaksa dibubarkan ekoran krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1998.

Manakala Nam Joo Hyuk pula, memegang watak sebagai Baek Yi Jin yang bekerja sebagai wartawan sukan, penjaga kedai buku, dan penghantar surat khabar. Pada awalnya, Baek Yi Jin berasal dari keluarga yang berada. Namun, kehidupannya berubah tiga ratus enam puluh darjah apabila bapanya diisytihar muflis akibat krisis ekonomi tersebut.

Fakta Menarik Tentang Drama Twenty-Five, Twenty-One

#1 Berlatarkan Tahun 1998

Drama ini menggambarkan keadaan pada tahun 1998, di mana dunia mengalami krisis ekonomi yang teruk. Malah, Korea Selatan juga tidak terkecuali mengalami krisis ini. Oleh itu, drama ini menggunakan latar yang menggambarkan tahun 1998 seperti pakaian pelakon, lokasi penggambaran, dan suasana tahun 90-an.

Drama Twenty-Five, Twenty-One
Sumber: Soompi

#2 Comeback daripada Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri

Drama ini merupakan drama pertama bagi Nam Joo Hyuk seusai drama Start-Up, selepas hampir 2 tahun tidak berlakon.

Manakala Kim Tae Ri pula, ini merupakan dramanya yang kedua selepas 4 tahun tidak berlakon. Drama terakhirnya adalah pada tahun 2018, iaitu Mr. Sunshine. Kemudian, beliau berlakon sebagai Captain Jang dalam Space Sweepers pada tahun 2021. Kini, membuat comeback dengan lakonannya dalam drama Twenty-Five, Twenty-One bersama-sama Nam Joo Hyuk.

#3 Kim Tae Ri Berlatih Selama 6 Bulan

Berdasarkan laman web Soompi, Kim Tae Ri mengatakan beliau berlatih lawan pedang selama 5 hingga 6 bulan. Beliau telah mendapatkan pembelajaran ini daripada pemenang pingat emas. Beliau mengatakan sukan lawan pedang ini merupakan sukan yang hebat dan agak sukar. Kim Tae Ri berlatih bersungguh-sungguh memandangkan beliau memegang watak sebagai Na Hee Do yang handal dalam sukan ini. Justeru itu, beliau berlatih dengan sepenuh jiwanya sama seperti Na Hee Do.

Drama Twenty-Five, Twenty-One

Pujian daripada Pengarah Drama Twenty-Five, Twenty-One

“Saya sangat suka emosi yang ditunjukkan oleh mereka berdua. Segala tafsiran terhadap skrip dan emosi yang diberikan, mereka berdua berjaya menjiwainya dengan baik.” Ini adalah pujian daripada Jung Ji Hyun, pengarah drama ini.

Pengarah juga mengatakan bahawa mereka berdua membantunya dengan memberi idea tentang drama ini dan semasa penggambaran berlangsung.

Berdasarkan laman web GEMPAK, walaupun drama ini baru ditayang beberapa hari, namun telah mendapat respon yang positif daripada penonton. Oleh hal yang demikian, anda boleh tonton drama ini di Netflix atau di DramaCool.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.