Cara Kurangkan Masin dalam Masakan
Masakan

Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

Masakan anda masin kerana terlebih garam? Jangan risau! Sis Min akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini. Dalam artikel yang lepas, Sis Min ada berkongsi mengenai petua kurangkan rasa pedas dalam masakan. Jadi, artikel kali ini, Sis Min nak berkongsi pula cara kurangkan masin dalam masakan.

Terdapat banyak teknik yang boleh anda lakukan untuk menyeimbangkan rasa masin dalam masakan. Masakan yang masin tidak perlu dibuang, tetapi perlulah ditambah dengan sesuatu bahan agar rasa masin dalam masakan dapat diseimbangkan. Mari teruskan membaca perkongsian ini untuk info lebih lanjut.

Bahan untuk Kurangkan Rasa Masin

Segala maklumat berkenaan dengan cara mengurangkan rasa masin ini, Sis Min dapatkan daripada laman web SirapLimau dan beberapa laman web lain. Berikut merupakan cara kurangkan rasa masin dalam masakan yang boleh anda lakukan:

#1 Tambah Air

Sekiranya masakan yang anda masak adalah jenis lauk yang berkuah seperti sup atau kari, anda boleh tambahkan sedikit air untuk kurangkan masin. Caranya, masukkan satu atau dua cawan air ke dalam masakan dan biarkan ia mendidih.

Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

#2 Pelepah Pisang | Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

Pelepah pisang juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masin dalam masakan. Caranya, potong pelepah pisang setebal satu inci, dalam beberapa batang. Kemudian, masukkan ke dalam masakan dan biarkan ia masak. Pelepah pisang boleh dibuang sebelum makanan dihidangkan.

#3 Kentang

Tidak semestinya semua jenis masakan sesuai ditambah air untuk mengurangkan rasa masin. Oleh itu, bagi masakan yang kurang berkuah seperti sambal, kicap, atau rendang, anda boleh tambahkan kentang untuk mengurangkan rasa masinnya. Caranya, potong kentang dalam beberapa bahagian dan masukkan ke dalam masakan. Masak kentang tersebut sehingga empuk. Kentang dapat membantu menyerap rasa masin yang berlebihan dalam masakan.

Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

#4 Gula

Cara kurangkan masin dalam masakan yang seterusnya ialah perasa makanan. Perasa makanan seperti gula boleh mengurangkan rasa masin dalam masakan seperti sambal. Caranya, tambahkan sedikit gula dalam masakan dan kacau sebati. Gula memberi rasa yang seimbang dalam makanan. Tapi, jangan masukkan gula terlalu banyak, nanti masakan terlebih manis pula!

Anda juga boleh tambahkan perasa makanan yang lain seperti cuka atau perahan limau bagi meneutralkan rasa makanan.

#5 Beras

Beras juga berupaya mengurangkan rasa masin dalam masakan. Caranya, masukkan sedikit beras yang telah dibasuh ke dalam kain kasa atau kain jarang. Ikat seperti sup bunjut. Kemudian, masukkan ke dalam masakan. Anda boleh keluarkan beras tadi sekiranya rasa makanan yang dimasak sudah seimbang.

Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

#6 Hampas Kelapa | Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

Anda boleh gunakan hampas kelapa bagi mengurangkan rasa masin dalam lauk masakan. Caranya, ambil sedikit hampas kelapa dan masukkan ke dalam kain kasa atau kain jarang. Ikat kain kasa yang telah dimasukkan hampas kelapa tadi seperti sup bunjut. Kemudian, masukkan ke dalam masakan dan biarkan sehingga mendidih.

Hampas kelapa bukan sahaja mengurangkan rasa masin, malahan memberikan rasa lemak dalam masakan. Anda boleh gunakan hampas kelapa ini dalam masakan bergulai.

#7 Cebisan Roti | Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

Anda boleh gunakan roti untuk mengurangkan rasa masin dalam makanan yang pekat seperti sup cendawan, kuah spageti, dan stew. Caranya, ambil roti dan koyakkan dalam beberapa cebisan kecil dan masukkan ke dalam masakan. Setelah roti kembang, anda boleh keluarkannya. Cebisan roti dapat menyerap rasa masin dan menjadikan masakan lebih pekat.

Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

#8 Tutup Periuk

Sekiranya anda ingin gunakan cara yang lebih mudah untuk kurangkan masin, anda boleh gunakan teknik tutup periuk. Caranya, ambil tudung periuk dan tutupkan lauk di dalam periuk tersebut menggunakannya. Biarkan tudung periuk itu berwap selama 10 minit. Kemudian, angkat tudung periuk dan basuh dengan air. Biarkan tudung periuk tersebut basah dan tutup semula periuk tadi sehingga lauk masakan anda tidak begitu masin. Ulang teknik ini sekiranya rasa masin masakan anda belum seimbang.

Cara Kurangkan Masin dalam Masakan

Sekarang anda sudah pun tahu cara mengurangkan rasa masin dalam makanan. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya masakan anda terlebih garam. Apa yang anda perlu lakukan cuma ikut sahaja cara kurangkan masin dalam masakan yang telah Sis Min kongsikan di atas. Mudah sahaja kan?

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.