Ramai sungguh orang yang mencari ubat kurus viral dan berkesan zaman sekarang ini, kan? Tetapi, adakah anda pernah dengar tentang satu ubat kurus berjenama Saxenda?
Haa, sebenarnya Sis Min pun baru sahaja tahu tentang kewujudan produk jenama Saxenda ini. Apa yang paling membuatkan Sis Min terkejut adalah cara pengambilannya melalui suntikan ke dalam badan. Wow, menarik ke menyakitkan? Mari sini Sis Min ceritakan.
Betulkah Saxenda Ini Ubat Kurus Viral dan Berkesan?
Baru-baru ini seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai Pharmacist Janet telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya, di mana beliau ada mendedahkan info sebenar tentang ubat Saxenda ini. Mesti anda semua tertanya-tanya apa yang beliau ceritakan, kan? Jom kita tonton video di bawah.
Secara ringkasnya, beliau menerangkan bahawa Saxenda ini sebenarnya ubat untuk pesakit kencing manis. Walaupun Saxenda telah diluluskan untuk rawatan mengurangkan berat badan, namun ia mungkin boleh merisikokan kesihatan masyarakat sekiranya diambil secara berleluasa.
Tambahan pula, ubat ini hanya dibekalkan dan dipreskripsi oleh doktor yang berdaftar SAHAJA tau! Jadi, pastikan anda tidak mudah terpengaruh untuk mendapatkan ubat-ubat kurus ini tanpa sebarang saranan daripada Doktor ya.
Keupayaan Ubat Kurus Viral dan Berkesan | SAXENDA
Ramai orang yang sudah menggunakan produk ini, tetapi sejauh mana agaknya keupayaan ubat kurus viral dan berkesan ini?
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah merampas produk tersebut kerana disyaki mengandungi racun yang dikenali sebagai Liraglutide. Berita berkenaan juga telah disebarkan di Buletin Utama yang bersiaran di TV3 pada tarikh 19 Ogos 2023 yang lalu.
Fuh… Makin Sis Min memahami isu macam ni, makin seram rasanya nak mencuba sebarang ubat-ubatan di luar sana tanpa sebarang saranan daripada pakar!
Jom Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi!
Selepas Sis Min selidik tentang ubat kurus viral dan berkesan ini, Sis Min rasa lebih baik kita kurangkan risiko yang membahayakan kesihatan diri sendiri dengan diet secara sihat aje. Bak kata omputeh, slowly but surely gitu. Mari Sis Min sharekan tipsnya!
3 Tips Kurus Semulajadi yang Ramai Orang Tak Tahu
1. Senaman kardio
Apa itu senaman kardio? Senaman kardio ialah sebuah aktiviti pergerakan badan yang akan meningkatkan kadar degupan jantung seseorang. Antara pergerakan yang paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan berjalan kaki.
Antara contoh senaman kardio lain yang boleh anda cuba dan jadikan hobi adalah seperti:
- Berlari
- Berjoging
- Berbasikal
- Berenang
2. Makan makanan tinggi serat
Kalau nak hilangkan berat badan, mestilah kena kawal pemakanan kita dahulu betul tak? Sis Min cadangkan untuk anda makan makanan yang kaya dengan serat. Ya, betul! Inilah rahsianya untuk membantu perut untuk sentiasa kenyang dan tak cepat berasa lapar.
Sebenarnya, makanan yang berserat ini bergerak perlahan melalui saluran penghadaman kita tau. Sebab itulah kita boleh bertahan dalam jangka masa yang lama untuk hidangan yang seterusnya. Antara makanan yang tinggi serat adalah:
- Oat
- Epal
- Pisang
- Bijirin
- Sayur-sayuran
3. Tidur yang mencukupi
Wah, tidur pun boleh kurus ke Sis Min? Haaa, kalau anda nak tahu, terdapat sebuah kajian menunjukkan bahawa individu yang tidur kurang dari 7 jam setiap malam lebih berisiko mempunyai BMI tinggi dan obesiti berbanding mereka yang tidur secara cukup setiap hari.
Tak percaya? Anda boleh dapatkan info lanjut tentang kajian tersebut di sini.
Tambahan lagi, kurangnya masa tidur akan menyebabkan hormon dalam badan sesorang individu lebih terangsang dari segi selera makan dan menambahkan rasa lapar pada waktu yang tidak sepatutnya.
Jadi kalau anda nak kurus secara sihat, apa kata anda cuba untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari? Dengan cara ni, anda dapat rehat yang cukup dan misi kurus anda pun boleh tercapai.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk hilangkan berat badan. Namun, terpulanglah kepada anda untuk memilih yang terbaik untuk diri sendiri. Walau apa jua pilihan anda, KESIHATAN TETAP PERLU DIUTAMAKAN!
Sis Min doakan agar anda semua dapat capai target untuk hilangkan berat badan tidak lama lagi. Selamat Berjaya!
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘Ubat Kurus Viral dan Berkesan’. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.