Packing amatlah penting apabila anda ingin pulang ke kampung atau bercuti. Terlupa satu barang penting? Anda pasti akan kecewa dan terpaksa mencari yang baru di kedai-kedai berdekatan destinasi anda. Packing terlalu banyak? Anda akan dibebani dengan beg yang banyak dan berat, serta pengeluaran wang berlebihan untuk membayar caj bagasi syarikat penerbangan yang mahal. Jadi, jom Sis Min kongsikan tips packing paling asas dan berguna bagi para ibu, pelancong atau pengembara.
Tips Packing
1. Tips packing penting: Sediakan packing list
Mulakan proses packing anda beberapa hari atau minggu lebih awal daripada tarikh percutian. Cara ini dapat memberi anda masa untuk membuat senarai lengkap, serta membeli sebarang barang tambahan yang mungkin diperlukan semasa percutian. Menyediakan packing list merupakan cara selamat untuk memastikan anda tidak terlupa untuk membawa barang yang penting.
2. Gulung, jangan lipat!
Pakaian yang digulung mengambil lebih sedikit ruang berbanding pakaian yang dilipat. Pakaian anda juga akan kurang terdedah kepada kedutan daripada lipatan tersebut.
3. Beg dalam beg
Asingkan barang ke dalam beg kecil atau beg travel kit mengikut kategori masing-masing seperti toiletries, skincare, charger, cable, dan sebagainya. Anda boleh dapatkan beg ini di mana-mana kedai seperti Mr DIY atau Daiso. Fungsi beg ini adalah untuk menyimpan barang dan mengelakkan beg anda daripada bersepah.
4. Tips packing penting: Bawa barang penting
Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Ini merupakan tips packing yang utama. Bawa barang penting SAHAJA!
Anda tak perlu membawa pakaian yang terlalu banyak untuk berseronok semasa bercuti. Beberapa contoh utama barang yang anda tidak perlu bawa lebih daripada satu termasuklah topi, kasut tumit tinggi, jaket, dan cermin mata hitam. Jangan terlupa untuk membawa ubat-ubatan anda. Elakkan overpacking atau underpacking.
5. Bawa pakaian dalam yang mencukupi
Anda boleh memakai pakaian yang sama dua hari berturut-turut, tetapi A BIG NO untuk pakaian dalam dan kebersihan diri. Pakaian dalam tidak mengambil ruang yang banyak dan sangat ringan. Jadi, anda tidak ada alasan untuk tidak membawa pakaian dalam lebih.
6. Bawa laundry bag
Letakkan pakaian kotor ke dalam laundry bag agar tidak bercampur dengan pakaian bersih. Penggunaan laundry bag juga memudahkan anda membawa pakaian kotor untuk dicuci di dobi atau setelah pulang ke rumah nanti.
Itu sahaja perkongsian Sis Min kali ini. Sis Min berharap tips packing yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat pulang ke kampung dan selamat bercuti!
Sumber: USA Today
Lengkapkap Barangan Packing Anda Dengan Blouse Ala-ala Korean Style Panda Eyes
Kalau anda seorang yang sangat meminati Korean style, anda wajib dapatkan blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.
Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya sewaktu travel atau pulang ke kampung. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
•••
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita