Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, ramai orang yang cuba mencari cara dan tips kekal bertenaga walaupun berpuasa kan? Almaklumlah.. Bila kita keluar bekerja, banyak tenaga yang digunakan sepanjang hari. Tambahan pula, cuaca yang sangat panas turut mempengaruhi tubuh badan dan ketahanan diri kita semasa berpuasa.
Tahukah anda, sebenarnya masih terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk memastikan kekuatan dan kesegaran badan kita terpelihara sepanjang hari. Tanpa melengahkan masa, mari Sis Min kongsikan tipsnya!
3 Tips Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa
Tanpa kita sedari, sebenarnya pemakanan seharian kita memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan tenaga dan keseimbangan nutrisi dalam tubuh. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita berikan perhatian kepada pemakanan seharian kita agar kita dapat memaksimumkan kekuatan dan kesihatan dalam menjalani ibadah puasa dengan selesa dan sejahtera.
Berikut merupakan tips-tips yang boleh diamalkan sepanjang bulan ramadhan ini.
#1 Elakkan Minuman Berkafien
Kafein akan menyebabkan dehidrasi dan meningkatkan rasa haus sepanjang kita berpuas puasa. Minuman yang lebih baik untuk diminum adalah minuman yang menghidrasi seperti air putih ataupun jus buah.
Antara minuman berkafien ialah:
- Kopi (Sumber kafein yang paling popular di seluruh dunia)
- Teh (Jumlah kafein lebih rendah dari Kopi)
- Minuman Bertenaga (Contoh: Red Bull, Monster)
- Minuman Berkarbonat (Contoh: Coca Cola, Mountain Dew)
- Minuman Coklat
#2 Elakkan Makanan Manis dan Berlemak
Makanan manis dan berlemak akan membuatkan anda merasa cepat lapar dan letih. Antara makanan yang manis dan berlemak ialah kuih muih, aiskrim, dan coklat. Oleh itu, Sis Min sangatlah sarankan untuk anda elakkan pengambilan makanan-makanan ini semasa bersahur.
#3 Pilih Makanan Berserat Tinggi |Tips Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa
Makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan bijirin. Kismis juga merupakan makanan yang berserat tinggi. Makanan berserat membantu supaya perut kenyang lebih lama dan memastikan kadar gula didalam darah sentiasa stabil. Sekaligus, memberikan tenaga yang bertahan lama.
Antara makanan berserat yang boleh anda amalkan ketika bersahur ialah bijiran seperti oat dan juga Chia Seed. Sis Min sarankan untuk membeli jenama yang berkualiti seperti jenama Captain Oat (Klik disini untuk membeli) dan Zens Organic Chia Seeds (Klik disini untuk membeli).
Semoga tips-tips Sis Min kali ini memberi manfaat kepada anda semua dalam menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan ini.
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Tips Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.