Tempat makan sedap di Kulim
Masakan

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan vibes untuk grup besar seperti keluarga dan kawan sekerja, anda boleh mencuba menu yang Restoran Pegaga, tempat makan sedap di Kulim yang sedang trending!

Lokasi tempat makan sedap di Kulim yang Min rekomen ini terletak depan UniKL Kulim. Boleh Waze, Google Maps Restoran Pegaga Kulim, Restoran Pegaga depan UniKL Kulim atau cari sahaja UniKL dulu. Restoran ini ada di area Jalan Sepang.

Ada beberapa sebab Min rekomen Restoran Pegaga Kulim ini sebagai kedai makan sedap kalau singgah area sini. Min senaraikan dulu baru point out the kenapa ya:

6 Keistimewaan Restoran Pegaga, tempat makan sedap di Kulim

  1. Masakan melayu utara yang sedap

  2. Sesuai untuk yang datang dalam kumpulan besar seperti keluarga, rakan tauladan dan majlis tempat kerja

  3. Harga makanan yang berpatutan dan mudah

  4. Akses untuk perkhidmatan e-hailing delivery adalah mudah bagi yang tak dapat dine-in

  5. Sesuai sebagai tempat port melepak lama – lama

  6. Selain masakan melayu Utara, ada menu lain untuk memenuhi selera setiap individu yang berbeza dalam satu kumpulan

1# Restoran Pegaga tempat makan masakan melayu Utara yang sedap | Tempat makan sedap di Kulim

Kita sedang bercerita tentang Restoran Pegaga di Kulim, Kedah ya, bukan tempat selain ini. Bukan apa, Min google ‘Restoran Pegaga’ sahaja pun rupanya banyak juga guna nama sama di lokasi berlainan. KL, PJ pun ada, tapi kita tak cerita yang luar Kulim ya.

Bagi traveler luar daerah dan negeri mesti nak cari keistimewaan negeri sebelah Utara ni kan. So dekat sini, antara menu best seller dan popular adalah set cencaru terbang malam.

“Alah, ikan jaket je. Standard ikan makan di asrama”, “Takat ikan jaket, baik aku masak sendiri”, dan sebagainya…

Sekejap, pernah cuba makan atau masak ikan cencaru bakar tak? Bagi foodie dan kaki travel yang suka makan ni, kesedapan ikan cencaru bakar sumbat sambal ni terletak kepada kepandaian tukang bakar dan resepi ikan caru tukang buat sambalnya.

Dan disini memang kesedapan cencaru terbang malam ni yang terpaling sedap di area Kulim memandangkan kedai – kedai lain keliling area kedai ini lebih ke arah masakan siam. Masak dari dapur terus ke meja makan panas – panas. Datang sekali dengan nasi dan ulam serta sambal belacan dan sambal kicap hitam yang menyelerakan.

@nisamasy

📍Pegaga, Kulim. (Berhadapan UniKL Kulim). Port makan murah waktu malam, ada cencaru sumbat wey 😍🫶🏻 #nisamasy #fypシ #makanlokal #onthisday #pegagakulim #pegagacafekulim

♬ original sound – BepXua – BepXua
Review tempat makan sedap di Kulim oleh pempengaruh platform TikTok @nismasy

Kalau tak nak set ikan cencaru terbang malam, set ikan lain yang popular adalah bawal dan keli untuk direkomen.

2# Sesuai untuk makan malam dalam kumpulan besar keluarga bersama anak – anak, rakan – rakan dan teman sekerja

Tempat ini memang sesuai untuk keluarga family anak ramai dan dalam grup besar. Ramai yang puas hati dengan harga, kualiti makanan dan ambiance suasananya. Kalau bab makan, kedai Restoran Pegaga ni ada menu yang pelbagai, sesuai untuk semua jenis anak tekak. 

Kalau mak ayah sahaja yang makan set ikan atau mana -mana masakan laut, anak – anak ada opsyen lain yang sedap -sedap juga. Malah, kalau ada selera nak makan banyak yang ada ayam atau kambing golek, Restoran Pegaga sudah ada set talam!

Cumanya, set talam dia ni…tak arab sangatlah menu yang ada. Nasi mandy tu ada dan kambing golek, jenis lamb shank dia adalah asam pedas…sesuai bagi yang mencari kelainan.

Tempat Makan Sedap di Kulim

Kalau tak berkenan dengan set talam untuk grup besar, boleh juga order masakan panas standard kedai makan melayu yang lain seperti Kuey Teow Kungfu (kegemaran Min kalau makan masakan panas di luar). Cuma Min nak habaq yang Restoran Pegaga Kulim ni tak jual makanan ala Thai sangat ya.

Lagi satu Min rekomen kedai ni sebab tempat ini mesra keluarga. Ada surau yang bersih dan selesa untuk pengunjung kedai makan ini solat, sesuai kalau datang makan malam. Lokasi kedai ini pun tak tersorok sangat, so keselamatan terjamin. 

Senang mak ayah nak monitor anak kecil terutamanya bila sambil makan dan jaga solat. Nak tempah tempat untuk jamuan seperti  birthday party pun boleh, bisa diaturr katanya.

Anda boleh hubungi pihak restoran pada link ini sekiranya berminat untuk membuat tempahan di tempat makan sedap di Kulim ini ya!

Keistimewaan tempat makan sedap di Kulim Restoran Pegaga yang #3 adalah semestinya tentang harga set makanan yang murah dan berbaloi

Antara pengunjung Restoran Pegaga paling ramai adalah di kalangan pelajar universiti. Memang lokasi pun sangat strategik berhampiran UniKL Kulim, maka bab transport dah tak payah fikir sangat, semestinya ada perkhidmatan public transport lalu sini. Nak guna e-hailing servis macam Grab pun boleh lagi tong-tong dengan kawan – kawan kalau tak ada kereta atau motor nak tumpang.

Nak jalan kaki pun ok, dalam 12 minit sahaja dari depan (400 meter). Peluh sikit tak apa kan, bila lagi nak exercise hihi…dan penat kerah otak buat assignment memang sesuai lah kalau adik -adik student nak healing dan reward diri dengan makan sedap tapi harga madani haha.

Harga makanan di sini sangat berbaloi, dan ramai memuji portion makanan yang dihidangkan. Ada yang suka sebab bagi mereka dengan harga tersebut masih boleh menikmati big portion tak macam kat tempat lain, dan ada yang Min baca komen portion dia kenyang dan ngam – ngam kalau makan solo pun.

Kenapa Restoran Pegaga tempat makan sedap di Kulim no #4 pula adalah nak search dalam e-hailing delivery sangatlah mudah. Kalau tak dapat dine-in, search sahaja dalam FoodPanda Restoran Pegaga Kulim, mesti jumpa punya.

Set cencaru tebang malam ada dalam FoodPanda kalau tak dapat nak makan atau tapau atas kedai. Actually, kalau nak order comfort food macam set bubur berlauk pun dah very nice. Kangkung belacan dia memang penyedap rasa terbaik plus telur masin, kacang dan ikan bilis crunchy gituuu. Pakai sambal jawa so memang expect rasa dia umami lah; manis masin semua cukup.

tempat makan sedap di Kulim

5# Bagi yang mencari port lepak, tempat makan sedap di Kulim Restoran Pegaga memang popular untuk kumpulan besar selain keluarga

Lebih kurang point untuk mesra keluarga tadi je sebenarnya. Cuma Min nak tambah point tentang kapasiti maksimum semasa pelanggan, iaitu 150 orang. 

Tempat untuk buat meeting yang santai pun sesuai. Manalah tahu di celahan rimbunan pohon keliling dan ambiance kedai ini menjadikan inspirasi untuk strategy atau business meeting lebih rancak.

By the way, kalau time bulan puasa, Restoran Pegaga memang boleh cecah angka 150 ini. Dan setakat ini, pakej buka puasa adalah per table, belum ada perancangan untuk buffet buat masa ini ya. Kalau bukan bulan puasa, disebabkan lokasinya yang strategik memang jadi port lepak untuk group kerja pejabat berdekatan dan sebagainya.

6# Pelbagai set makanan selain masakan melayu juga boleh didapati disini

Set ayam kampung dia not bad. Texture dia crispy, sekali dengan gulai kari standard, nasi panas dan ulam – ulaman. 

Set talam tadi dah cerita sikit, so kalau nak mencuba, silakan.

Set bubur berlauk sangat sedap dan membuka selera, rugi tak cuba sambil – sambil tunggu makanan berat yang lain sampai ke meja hidangan.

Restoran Pegaga juga ada set asam pedas daging tetel. Cumanya, tekstur daging tetel asam pedas versi restoran ini tidak seperti versi asam pedas Utara yang biasanya cair kalau banding dengan versi asam podeh Melaka. Versi Restoran Pegaga adalah yang pekat, namun masih sedap dengan cara tersendiri. 

Tempat Makan Sedap di Kulim

Min dapat informasi tentang Restoran Pegaga sedikit info dari ownernya, Encik Naim serta sumber lain. Kepada anda semua yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang restoran ini boleh terus pergi ke akaun Tiktok @pegagarestoren ya!

Jom kita makan hidangan talam bersama Restoran Pegaga Kulim!

Selamat menjamu selera!

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *