Tadika Terbaik Masjid Tanah
Pendidikan

Tadika Terbaik Masjid Tanah | Aulad Musleh

Setibanya penghujung tahun, ramai ibu bapa di sekitar Melaka akan mulai mencari tadika terbaik Masjid Tanah untuk pendidikan awal anak-anak mereka. Tidak dinafikan, pencarian tadika terbaik dan berkualiti buat anak-anak boleh dikategorikan sebagai mencabar tau di zaman ini! Almaklumlah, saban tahun juga semakin banyak kes-kes yang kurang baik didengari berlaku terhadap kanak-kanak tadika di seluruh negara…

Bukan itu sahaja, dari segi pembelajaran juga terbukti bahawa ramai kanak-kanak gagal mendapatkan pendidikan awal yang selengkapnya sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam pemilihan ciri kurikulum atau sukatan pembelajaran terbaik sesebuah tadika tersebut, supaya perkara tidak diingini seperti ini dapat dielakkan ya!

Mari Sis Min kongsikan beberapa tips pemilihan tadika terbaik buat anda semua. Tetapi sebelum itu, kepada ibu bapa yang ingin menebus E-book secara percuma, jangan lepaskan peluang untuk klik link di bawah ini.

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Ciri Sukatan Pembelajaran untuk kanak-kanak Yang perlu ada Pada sesebuah tadika | Tadika terbaik masjid tanah

1. Mempunyai aktiviti pembangunan Bahasa & literasi

  • Aktiviti yang sesuai bagi pembangunan bahasa dan literasi kanak-kanak ialah, latihan mengenal huruf, menulis, dan membaca.
  • Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak diajar untuk mengenal abjad dan cara penyebutan yang tepat. Selain itu, mereka juga diberi latihan untuk memegang pensel dengan cara yang betul dan menulis pelbagai huruf atau perkataan yang ringkas dengan sempurna.
  • Latihan secara berperingkat ini boleh membantu perkembangan bahasa dan penulisan anak-anak, di samping melatih membaca dengan baik.

2. Modul Sains & matematik yang menarik | Tadika Terbaik Masjid Tanah

  • Sains dan Matematik sangat penting dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Oleh itu, mereka sewajarnya mendapat pendedahan awal supaya tidak ketinggalan.
  • Aktiviti subjek Sains seperti penerokaan alam secara outdoor boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengamati dan menghargai alam semula jadi, tumbuhan, haiwan, dan persekitaran. Hal ini dapat menimbulkan minat dan semangat ingin tahu yang tinggi dalam diri kanak-kanak.
  • Bagi subjek Matematik pula, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan nombor, latihan pengiraan, dan konsep penambahan atau penolakan yang asas. Mereka juga dapat mengenal pasti bentuk, warna, dan corak melalui permainan dan aktiviti yang disediakan.

3. Mempunyai aktiviti seni & kreativiti

  • Aktiviti seni sangat penting buat kanak-kanak bagi mencungkil bakat yang tersembunyi dalam diri mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari bakat anak-anak terlebih dahulu, sekali gus memberikan sokongan yang padu dari mula.
  • Antara aktiviti tersebut adalah seperti melukis dan mewarna. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan kepada muzik dan gerakan anggota badan.
  • Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, anak-anak dapat mencuba pelbagai instrumen muzik yang belum pernah mereka temui, mengenal irama, dan mempelajari gerakan tarian asas ketika belajar di tadika.

Tapi, wujud ke tadika yang boleh sediakan kesemua ciri kurikulum atau sukatan pembelajaran hebat macam ni?

Haaa kalau anda nak tahu, sebenarnya terdapat satu tadika terbaik Masjid Tanah di Melaka yang mempunyai ciri kurikulum atau sukatan pembelajaran hebat seperti ini tau! Tadika tersebut dikenali sebagai, Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) Masjid Tanah.

Tanpa membuang masa, mari Sis Min kongsikan kelebihan yang ada pada tadika ini yang menjadikannya sebagai pilihan nombor satu para ibu bapa di sekitar Melaka!

kelebihan Berdaftar Bersama aulad musleh (little Caliphs), Tadika terbaik Masjid Tanah Melaka

Untuk pengetahuan ibu bapa, Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) ini terletak di Masjid Tanah, Melaka. Di bawah ini turut Sis Min kongsikan maklumat lengkap tentang tadika tersebut.

  • Alamat Tadika: SU 1456, Jalan Masjid Tanah Ria 4, Taman Masjid Tanah Ria, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
  • Waktu operasi: 7:30 Pagi hingga 6:30 Petang
  • Had Umur: Kanak-kanak berumur 4 Tahun hingga 6 Tahun
Tadika terbaik Masjid Tanah

1. Pakej Pembelajaran Yang Fleksibel

Tadika ini menawarkan 3 pakej pembelajaran yang boleh dipilih oleh ibu bapa mengikut kesesuaiannya. Antara pakej yang ditawarkan adalah:

  • Pakej A: Dari jam 7:00 pagi hingga 12:30 Tengahari (Kanak-kanak 4 tahun hingga 5 tahun sahaja)
  • Pakej B: Dari jam 7:00 pagi hingga 3:00 petang (Kanak-kanak 4 tahun hingga 6 tahun)
  • Pakej C: Dari jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang (Kanak-kanak 4 tahun hingga 6 tahun)
Tadika terbaik masjid tanah

2. Memiliki Sukatan Pembelajaran Yang Komprehensif dan Relevan

  • Kurikulum di tadika ini adalah berpandukan The Little Caliphs Program (TLCP) Framework.
  • Untuk pengetahuan anda, TLCP framework ini dirangka untuk kanak-kanak supaya mendapat pembelajaran yang menyeluruh dan lengkap merangkumi segala aspek sama ada Spiritual, Fizikal, Intelektual, dan Sosio-emosional.
  • Melalui framework ini juga, terdapat 12 modul yang menerapkan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan 8 kaedah atau metodologi pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat kanak-kanak dan mengembangkan potensi mereka.
  • Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TLCP Framework ini, anda boleh klik di sini ya.
Tadika terbaik masjid tanah

3. Mempunyai 4 pendekatan pembelajaran yang inovatif

  • 4 pendekatan pembelajaran di tadika terbaik Masjid Tanah ini ialah Play-Based Learning, Project-Based Learning, Contextual-Based Learning, dan Inquiry-Based Learning. Mari Sis Min terangkan manfaatnya kepada kanak-kanak.
  1. Play-Based Learning : Membangunkan pelbagai kemahiran seperti penyelesaian masalah, interaksi sosial, perkembangan bahasa dan kemahiran motor.
  2. Project-Based Learning: Menjadikan kanak-kanak lebih aktif dalam menyelesaikan projek kecil melalui pemikiran kiritis, penerokaan, dan lebih kreatif untuk mencipta sesuatu produk akhir yang menunjukkan kefahaman mereka.
  3. Contextual-Based Learning: Membolehkan pelajar untuk melihat dan menerapkan apa yang telah dipelajari oleh mereka di dalam kelas ke dalam situasi sebenar di luar bilik darjah.
  4. Inquiry-Based Learning: Menggalakkan pemikiran kritis, rasa ingin tahu, dan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara semasa dan selepas melakukan aktiviti seperti eksperimen.

4. Fasiliti yang Lengkap & selesa

  • Bukan sahaja mempunyai sistem kawalan keselamatan seperti kamera CCTV yang terkini, tadika terbaik masjid tanah ini juga mempunyai persekitaran pembelajaran yang selesa untuk kanak-kanak.
  • Open classroom di tadika ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati proses pembelajaran yang lebih efisien dan menyeronokkan sekaligus membantu mengembangkan minda mereka.
  • Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) turut mempunyai indoor dan outdoor playhouse untuk sesi pembelajaran sambil meneroka.
  • Indoor playhouse dapat membantu kanak-kanak untuk lebih kreatif dan imaginatif semasa bermain di dalam bilik darjah.
  • Outdoor playhouse pula menjadikan mereka lebih aktif apabila berpeluang melakukan aktiviti yang melibatkan alam.

Jom kita tonton testimoni ibu bapa hebat tentang tadika terbaik Masjid Tanah, Aulad Musleh (Little Caliphs) ini!

Berminat untuk Mendaftarkan Si Kecil Anda Bersama Tadika Terbaik Masjid Tanah, Aulad Musleh (Little Caliphs)?

  • tadika terbaik alor gajah

Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) Masjid Tanah, anda boleh hubungi pegawai khidmat pelanggan mereka secara terus melalui talian di bawah:

Bukan itu sahaja, Aulad Musleh (Little Caliphs) juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Aulad Musleh Little Caliphs, tadika terbaik Masjid Tanah ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website | Youtube | Facebook | Instagram | TikTok

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Tadika Terbaik Masjid Tanah” ini. Jumpa lagi di lain posting dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *