Siapa suka makan ikan siakap? Samalah dengan Sis Min. Tapi, Sis Min lebih suka kalau ikan siakap ini dimasak secara stim sebabnya makanan ni lebih berkhasiat dan tiada minyak pun. Bagi sesiapa yang nak amalkan makanan sihat dan berkhasiat boleh baca resipi ikan siakap stim yang akan Sis Min kongsikan ini.
Bahan-bahan Ikan Siakap Stim | Resipi Ikan Siakap Stim
Bahan-bahan untuk resipi ini mudah saja. Mari tengok bahan apa yang diperlukan untuk masak ikan siakap ni.
Bahan-bahan Ikan Siakap:
Bahan untuk sediakan ikan siakap stim ni simple saja. Kuantiti bahan-bahan bagi resipi ini sesuai dimakan dalam 4 hingga 5 orang makan. Kalau nak masak untuk 10 orang makan, hanya tambah saja kuantiti bahan.
- Seekor ikan siakap (siap disiang)
- 1 batang serai (hiris halus/diketuk)
- 1 inci halia (hiris halus)
Bahan-bahan Kuah Stim:
Tak enaklah kalau makan ikan siakap stim tanpa kuah, kan? Mari tengok bahan-bahan untuk kuah stim.
- 2 inci buah nanas (potong dadu)
- 1 biji bawang merah (hiris halus)
- 2 ulas biji bawang putih (hiris halus)
- 3 biji cili padi (hiris halus)
- ½ sudu besar sos tiram
- ½ sudu besar sos ikan
- Sedikit gula
- Sedikit garam
Bahan-bahan Hiasan:
Hiasan yang Sis Min gunakan ini ada tujuannya, iaitu untuk jadikan makanan tu lebih sedap, menarik dan mempunyai aroma yang memukau. Jadi, anda boleh gunakan dua jenis bahan ini sebagai hiasan.
- 1 biji buah lemon (hiris halus)
- Daun ketumbar (hiris halus)
Senang saja kan bahan-bahan untuk resipi ikan siakap stim ini? Lepas sediakan bahan-bahan, mari tengok cara memasaknya pula.
Cara Memasak Ikan Siakap Stim:
Inilah cara memasak ikan siakap stim.
- Mula-mula, masukkan ikan siakap yang dah siap disiang dan dibersihkan ke dalam pengukus bersama-sama serai dan halia yang dah dihiris halus. Kukus ikan sehingga masak dalam masa 20 minit.
- Kemudian, tuangkan bahan-bahan kuah ke atas ikan. Kukus dalam 5 minit sehingga kuah masak dan tutup api.
- Tambahkan hiasan ke atas ikan dengan hirisan lemon dan daun ketumbar.
Kecur air liur tak baca resipi Sis Min ni? Kalau tak percaya, boleh guna resipi ikan siakap stim yang Sis Min beri ini. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan dan keluarga. Selamat mencuba!
Ada tak siapa-siapa yang nak cuba resipi ikan siakap masak tiga rasa? Boleh baca di sini. Siapa yang berminat nak jadi usahawan tapi tak tahu nak mula dari mana? Anda boleh baca di sini, mana tahu boleh berniaga ikan masak tiga rasa dan masak stim yang Sis Min kongsikan ini. Apa-apa pun, Sis Min ucapkan selamat berjaya!
Jom Simpan Bekalan Bahan Dapur Anda di Dalam Bekas Aesthetic Ini | Resipi Ikan Siakap Stim
Kepada yang bercadang nak masak-masak hujung minggu ni, make sure anda dapatkan bekas-bekas aesthetic terlebih dahulu melalui link ini ya >> https://shope.ee/4fVxvSLsWp.
Macam-macam bahan dapur kering boleh disimpan seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam, cengkih, serbuk kunyit dan banyak lagi. Semuanya atas daya kreativiti anda! Apa yang pasti, Sis Min memang approve.✅
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita