Print sticker design sendiri? Wajib tahu ke? Dekat mana boleh buat tempahan sticker macam ni? Ada beza ke, guna design sendiri dengan design kedai? Ishh… banyak betul pertanyaan yang bermain di kepala ni.
Tapi, tenang dulu bos… Jangan pening-pening fikir sendiri, sebab perkongsian Sis Min kali ini akan bantu anda selesaikan teka-teki yang bermain di fikiran tu. Jadi, kalau anda berminat untuk ketahui kedai print sticker mana yang terima design sendiri ni, pastikan anda baca sampai habis ya. Selamat membaca!
Kedai Mana yang Menawarkan Print Design Sticker Sendiri Ni?
Psst, psst… Iya, Sis Min nak reveal la ni! Kalau nak tahu, anda boleh print sticker menggunakan design sendiri di FLEXISPRINT tauuu.
“Hah? FLEXISPRINT?”
Ya, betul! FLEXISPRINT merupakan sebuah kedai printing dengan pelbagai jenis servis khas untuk perniagaan para usahawan di luar sana. Bukan itu je, FLEXISPRINT juga mempunyai designer tersendiri ya… Power kan? Walau bagaimanapun, mereka tetap menerima design sticker daripada anda! Jadi, jangan risaulah.
FLEXISPRINT menawarkan perkhidmatan utama dan khas untuk para usahawan SME kerana berhasrat ingin memudahkan perkembangan perniagaan mereka. Best kan? Dalam FLEXISPRINT berniaga pun, mereka tetap nak bantu orang lain juga. Memang terbaik!
Keistimewaan yang Bakal Diperoleh | Print Sticker Design Sendiri
“Sis Min, apa bezanya dan ada keistimewaan ke kalau print sticker guna design sendiri ni?”
Eh, mestilah ada… Cuma, tidaklah banyak beza atau keistimewaannya. Mari Sis Min bagitahu anda sesuatu:
1. Untuk servis print sticker menggunakan design sendiri ni, kelebihannya ialah, tiada caj tambahan lain akan dikenakan.
2. Namun, jika anda menggunakan design yang disediakan oleh FLEXISPRINT, mengubah design yang telah dipersetujui, atau design anda memerlukan sebarang proses ubah suai, baru ada charge adjustment lain.
Itu aje bezanya…
Cadangan Aplikasi Untuk Buat Design Sticker Sendiri
“Sis Min, aplikasi apa yang bagus untuk buat design sticker sendiri ni? Saya risau kualiti tak bagus bila print nanti”
Biasa sangat dah macam tu kan? Kalau buat design apa-apa pun, time nak print mesti ada part yang tak okay. Gambar pecahlah, design larilah, dan macam-macam lagi…
Tapi, Sis Min ada suggestion aplikasi yang sesuai untuk anda gunakan bagi buat rekaan sticker nanti! Anda boleh cuba salah satu aplikasi di bawah ni:
Sekarang anda dah tahu kan? Nanti bolehlah cuba design sticker sendiri tau… Ehhh, Sis Min belum habis borak lagi ni! Sambung baca perkongsian Sis Min sampai habis dulu ya. Rugi kalau baca sampai sini je…
Nak Tips Untuk Design Sticker?
Cik Min kongsi sedikit tips mudah untuk anda design sticker. Apa yang penting untuk buat design adalah…
- Anda mesti mempunyai idea
- Tahu cara mengukur
- Mesti ada software atau aplikasi design
- Tahu menggunakannya software atau aplikasi yang Cik Min bagitahu tadi
Untuk lebih mudah, anda boleh dapatkan info lanjut di sini dan juga artikel ini. Semoga membantu!
Limit Saiz | Print Sticker Design Sendiri
Anda risau bila buat design, tapi saiz tak menepati syarat atau ciri seperti yang kedai printing inginkan? Tenang, tenang… Ni Sis Min nak bagitahu sesiap. Pastikan anda ALERT tauuu!
FLEXISPRINT turut menetapkan limit saiz walaupun untuk print design sticker sendiri iaitu:
✅ Paling kecil : 20mm x 20mm
✅ Paling besar : 310mm x 460mm
So, anda boleh berikan design sticker mengikut limit saiz di atas, supaya saiz sticker adalah tepat dan terletak cantik apabila dicetak nanti.
Ada Limit Ke Kalau Nak Buat Tempahan Sticker Ni?
Haa… mesti anda nak tahu kan? Ada limit ke tempahan sticker ni? Sebab selalunya, kedai akan tetapkan limit bagi setiap tempahan kan?
Anda tak perlu risau sebab, FLEXISPRINT tidak meletakkan sebarang limit untuk tempahan sticker! Anda boleh tempah sebanyak mana yang anda perlu.
“Walaupun 1 piece je, Sis Min? Boleh tempah juga ke?”
Ya… Anda boleh tempah sebanyak mana yang anda nak, walaupun hanya 1 piece je… Menarik kan? Jadi, kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang FLEXISPRINT, boleh hubungi mereka melalui cara-cara di bawah:
1) Melalui website FLEXISPRINT;
2) Klik Linktr.ee untuk option yang lebih banyak.
Lokasi Outlet FLEXISPRINT
Untuk pengetahuan anda, FLEXISPRINT ada 2 outlet tau! Jadi, anda juga boleh terjah mana-mana outlet yang berdekatan dengan anda.
FLEXISPRINT Outlet Seksyen 13
No 12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
FLEXISPRINT Outlet Seksyen 2
No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16,
Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi
Buka: Isnin – Sabtu (9:30 a.m. – 6:30 p.m.)
Tutup: Ahad & Cuti Umum
Menarikkan perkongsian Sis Min kali ni? Rasa teruja kan kalau boleh reka sendiri sticker untuk produk anda? Kalau teruja, sematkanlah FLEXISPRINT di hati tuuu. Sebab apa? Sebab anda confirm takkan rasa rugi kalau print sticker di FLEXISPRINT!
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.