Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan penyakit kronik yang menjejaskan sistem badan dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Menurut Dr Noor Hisham (2021), sebanyak 8.1% atau 1.7 juta orang dewasa di Malaysia, dianggarkan hidup dengan tiga gabungan penyakit iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Anggaran ini menunjukkan betapa beratnya isu ini. Lazimnya, pesakit diabetes akan mengalami kompilasi diabetes, iaitu kebas-kebas, mata kabur, kulit kering dan kolesterol tinggi. Jadi, Sis Min ingin kongsikan supplement yang mungkin diperlukan oleh pesakit diabetes yang mengalami kompilasi ini, di luar sana!
Maklumat ini Sis Min peroleh daripada Facebook RPh Hendrawati Mohd Sapuan.
Supplement untuk pesakit diabetes
Untuk masalah kebas-kebas saraf, lazimnya, Neurotropics, iaitu gabungan vitamin B1, B6 dan B12 akan dicadangkan oleh pihak farmasi. Terdapat banyak jenama yang ada di pasaran, seperti Neurobion. Jika anda ingin mengambil supplement Neurotropics, sebaiknya diambil awal bagi mengelakkan komplikasi ke atas saraf dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
Supplement seperti ALA dan Chromium dapat membantu untuk meningkatkan sensitiviti insulin reseptor. Secara tidak langsung, pengambilan supplement ini dapat membantu meregulasi paras gula dalam darah.
Herbal supplement juga boleh diambil pada beberapa peringkat, seperti prediabetik atau setelah anda disahkan sebagai pesakit diabetes. Antara herba yang ada dalam kajian ialah, Gymnema Sylvester, peria, kunyit, dan kulit kayu manis. Jika ingin mengambil kulit kayu manis, anda perlu berhati-hati, terutamanya jika anda mengambil ubat pencair darah. Hal ini kerana kulit kayu manis mengandungi coumarin.
Pesakit diabetes diingatkan agar, sekiranya anda mengalami tanda-tanda hypoglycemia, jangan sewenang-wenangnya berhenti mengambil ubat hospital atau insulin dan bertukar kepada herbal supplement untuk mengawal paras gula. Walaupun terdapat kajian yang menyatakan herba tersebut dapat menurunkan kandungan gula, pengambilan herba secara sendiri masih tidak disarankan, terutamanya jika anda mempunyai paras gula tidak terkawal.
Oleh itu, anda perlu mengenal dan tahu cara supplement bertindak, serta kesan yang terjadi pada pesakit Diabetes. Jika anda sudah ada komplikasi buah pinggang, anda perlu lebih berhati-hati untuk mengambil supplement tambahan, kerana boleh membebankan buah pinggang di kemudian hari. Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh merujuk dan dapatkan nasihat doktor yang merawat anda.
Ssemoga perkongsian kali ini bermanfaat!
•••
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita