Dalam agama Islam, Syawal adalah bulan yang sangat istimewa! Ia merupakan bulan ketujuh di dalam kalendar Hijrah dan merujuk kepada bulan di mana Hari Raya Aidilfitri diraikan. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa persiapan sebelum Syawal menjelang yang dikategorikan sebagai wajib untuk dilakukan oleh seluruh mukmin di seluruh dunia.
Jadi, jom kita ketahui antara persiapan-persiapan yang boleh dilakukan tersebut. Sebelum itu, jom kita ketahui terlebih dahulu tentang keistimewaan bulan Syawal ini!
Keistimewaan Bulan Syawal yang Mulia
Terdapat beberapa keistimewaan bulan Syawal yang perlu diketahui oleh umat Islam, antaranya ialah:
- Hari Raya Aidilfitri merupakan hari di mana umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan setelah menjalankan ibadah puasa selama sebulan penuh.
- Puasa enam hari di bulan Syawal memiliki keutamaan yang sangat besar, kerana pahalanya setara dengan pahala puasa selama setahun.
- Dalam Islam, sedekah mempunyai keutamaan yang sangat besar terutama pada bulan Syawal. Dengan memperbanyakkan sedekah, seseorang dapat memperoleh keberkahan dan rahmat Allah SWT.
- Mengeratkan silaturahim atau hubungan baik sesama keluarga, kerabat, dan tetangga. Keistimewaan bulan Syawal dijelaskan melalui aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara, baik yang jauh mahupun yang dekat, serta saling memaafkan antara keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan.
Panduan Persiapan Sebelum Syawal Menjelang
Berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan sebagai persiapan sebelum Syawal menjelang.
1. Baju Raya
Baju raya yang baru adalah perkara sunat. Jika tidak ada baju yang baru, maka disunatkan untuk memakai pakaian yang hampir sama dengan baju yang baru. Dalam erti kata lain, ia perlu kelihatan bersih dan masih cantik.
Pembelian baju raya baharu juga adalah simbolik untuk menyambut perayaan, baik itu Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Raya Aidiladha. Hal ini selaras dengan menghidupkan sunnah berhias dengan pakaian yang cantik.
2. Kuih Raya
Kedua ialah, kuih raya. Ia merupakan tradisi melayu dengan menghidangkan kuih tradisional atau moden semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kuih raya ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu tau!
Terdapat pelbagai jenis dan varian dari kuih raya seperti kuih tart, kuih makmur, kuih bangkit, kuih semperit, dan banyak lagi. Jadi, anda dah bersedia ke dengan persiapan sebelum syawal menjelang yang kedua ni? Kalau belum, pergi cari kuih raya hujung minggu nanti ya!
3. Duit Raya | Persiapan Sebelum Syawal Menjelang
Kemampuan individu bakal memainkan peranan dalam perkara ketiga ini. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, anda mungkin boleh membuat bajet siap-siap untuk diberikan kepada para tetamu cilik yang datang ke rumah nanti. Namun jika anda kurang berkemampuan, janganlah pula memaksa diri untuk memberi ya…
4. Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam yang mampu, pada bulan Ramadan, sebagai salah satu persiapan sebelum Syawal menjelang.
Pembayaran adalah sekitar RM7 hingga RM10 sahaja setahun, bagi setiap individu mengikut kawasan di Malaysia. Anda boleh lihat di sini untuk mengetahui kadar zakat fitrah mengikut negeri pada tahun 2023 ini.
5. Balik Kampung
Seperti yang kita tahu, perbelanjaan untuk perjalanan pulang ke kampung semasa musim raya juga sudah tidak lagi murah. Ini disebabkan oleh kenaikan kos tambang bas, kereta api, dan tol, yang memerlukan peningkatan bajet untuk kembali ke kampung seperti dahulu.
Jika anda memilih untuk memandu, anda disarankan untuk tidak pulang seorang diri kerana ia akan memakan modal yang lebih banyak. Sebaiknya, anda berkongsilah perjalanan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain agar kos minyak dan tol terutamanya dapat dikurangkan.
Jom Segera Buat Persiapan Sebelum Syawal Menjelang!
Setiap sambutan perayaan tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar. Apa yang penting di hari raya ini, semangat kekeluargaan tetaplah harus dipupuk dengan lebih kukuh agar kemeriahan raya dapat dirasai oleh semua. Jom kita tumpukan kepada pengeratan hubungan silaturahim semasa musim perayaan ini.
Semoga sambutan hari raya anda pada tahun ini membawa kebahagiaan dan kemakmuran buat semua, dan hubungan kekeluargaan serta persaudaraan dapat dieratkan sepanjang masa!
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Persiapan Sebelum Syawal Menjelang”. Jika anda ada cadangan lain untuk persiapan sebelum Syawal menjelang boleh kongsikan di ruang komen ya! Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa dapatkan lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.