Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Masakan

Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Hai, semua! Semenjak kerajaan isytiharkan boleh merentas negeri ni, mesti masing-masing tak sabar nak buat kenduri, tahlil dan majlis sambut keluarga pulang, kan? Dah fikir nak masak apa nanti? Nak masak nasi tomato ayam masak merah tak? Mari Sis Min kongsi resipi paling mudah.

Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Sis Min rasa nasi tomato lah yang paling mudah nak masak. Bahan yang digunakan pun simple je. Kenapa Sis Min cakap macam tu? Mari baca resipi di bawah.

Bahan-bahan untuk Nasi

Bahan untuk nasi ni, nak guna beras apa-apa pun boleh. Tapi kalau nak lagi sedap guna beras yang panjang seperti beras basmati. Lebih berkhasiat. Kanji pun kurang. Sesuai untuk orang yang ada diabetes.

  • 4 pot beras basmati (5-6 orang makan)
  • 4 pot air (untuk masak nasi)
  • Setengah tin susu cair
  • 2 sudu makan tomato puree
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 3 biji bawang merah dan bawang putih (dihiris halus)
  • 4 beradik (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih)
  • Segenggam kismis
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah

Bahan nasi dah sedia, jom sediakan bahan ayam masak merah pula.

  • 1 ekor ayam (potong lapan dan goreng)
  • Cili giling
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan tomato puree
  • 3 biji bawang merah dan 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 keping kulit kayu manis
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk Jelatah

  • 2 biji timun (dihiris kasar)
  • 1 biji nanas (dihiris kasar)
  • 1 lobak merah (dihiris halus)
  • 3 biji bawang merah (dihiris halus)
  • Segenggam udang kering
  • 5 cili hidup merah dan hijau
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Mari Sis Min ajar cara-cara nak masak nasi tomato ayam masak merah. Kecur air liur Sis Min. Rasa lapar pula!

Nasi Tomato

  • 4 beras basmati perlu direndam 15 minit dan ditoskan.
  • Panaskan minyak sapi.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan 4 beradik sehingga naik bau dan masukkan tomato puree.
  • Masukkan setengah tin susu cair ke dalam bahan tumisan.
  • Masukkan beras yang sudah direndam ke dalam tumisan dan tambahkan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.
  • Beras dan bahan tumisan dimasukkan dalam periuk nasi dan tambahkan 4 pot air serta tambahkan segenggam kismis. Gaul lagi sehingga sebati.
  • Biarkan nasi masak sehingga lembut.

Ayam Masak Merah

  • Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sekeping kulit kayu manis sehingga naik bau.
  • Masukkan cili giling dan tumis bersama-sama bahan tadi sehingga pecah minyak. Cili giling boleh masukkan sebanyak mana ikut cita rasa anda nak letak berapa pun. Lagi banyak lagi sedap.
  • Masukkan tomato puree.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak. *Rahsia Sis Min supaya nasi tomato ayam masak merah tahan lebih lama.
  • Setelah sambal tersebut agak kering dan pecah minyak, masukkan sedikit air.
  • Letak sedikit gula dan garam.
  • Masukkan ayam yang dah siap digoreng ke dalam sambal tersebut. Gaul sebati.
  • Tutup api dan hidangkan.

Nasi tomato ayam masak merah resipi Sis Min dah siap! Tapi tak lengkaplah kalau tiada sayur kan? Mari buat jelatah. Sedap dimakan dengan ayam masak merah.

Jelatah

  • Masukkan timun, nanas, lobak merah, bawang, cili hidup, udang kering, garam dan gula ke dalam satu bekas.
  • Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati. Jika rasanya ada yang kurang, tambah sahaja garam dan bawang.
  • Siap dihidangkan.

Lengkap pun resipi nasi tomato. Jangan lupa kongsikan resipi ini dengan keluarga dan rakan ya. Kalau masak lebih nasi tomato ni, jangan lupa hantar kepada orang yang tersayang yang tidak dapat datang ke rumah.

Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Nasi Tomato untuk Orang Tersayang

Ni nasi tomato yang Sis Min masak. Guna Lalamove je untuk hantar dari Klang ke Serdang. Hihihi.

Siapa minat tentang perniagaan? Boleh layari laman web ini. Mana tahu boleh jual nasi tomato ayam masak merah guna resipi yang Sis Min beri ni. Selamat berjaya semua!

Simpan Bekalan Masakan Nasi Tomato Anda di Dalam Bekas Aesthetic Ini

Kepada yang bercadang nak masak-masak hujung minggu ni, make sure anda dapatkan bekas-bekas aesthetic terlebih dahulu melalui link ini ya >> https://shope.ee/4fVxvSLsWp.

Macam-macam bahan dapur kering boleh disimpan seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam, cengkih, serbuk kunyit dan banyak lagi. Semuanya atas daya kreativiti anda! Apa yang pasti, Sis Min memang approve.✅

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *