menu wajib Hari Raya
Hiasan Rumah

Menu Wajib Hari Raya: Lauk Pauk & Kuih Raya yang Mesti Ada!

Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk menikmati hidangan enak bersama keluarga dan sahabat handai. Bau rendang yang sedang mereneh, ketupat yang masih panas, serta deretan kuih raya di atas meja adalah menu wajib Hari Raya pasti menghidupkan suasana Aidilfitri.

Setiap rumah pasti mempunyai menu wajib Hari Raya untuk memeriahkan suasana. Jom kita lihat beberapa lauk pauk dan kuih raya yang menjadi kegemaran ramai serta peralatan yang boleh membantu memudahkan persiapan anda!

Lauk Pauk Wajib Hari Raya

  • Rendang Daging Menu wajib Hari Raya yang pertama ialah Rendang Daging, Tiada yang lebih klasik dan sedap daripada rendang daging yang dimasak dengan rempah ratus, santan, dan dibiarkan mereneh hingga pekat. Kesabaran memasak rendang ini memang berbaloi kerana hasilnya sangat menyelerakan! Nak jimat masa? Gunakan periuk tekanan elektrik untuk memastikan daging empuk dengan lebih cepat.
Menu Wajib Hari Raya
  • Ayam Masak Merah Lauk berwarna merah menyala ini memang memikat selera. Gabungan ayam yang digoreng garing dan dimasak dalam kuah tomato pedas manis menjadikannya hidangan kegemaran ramai. Ditambah pula dengan taburan bawang goreng di atasnya, fuhh… memang padu!
menu wajib Hari Raya
  • Lemang & Ketupat Kalau tak ada lemang dan ketupat, memang tak lengkap suasana Hari Raya! Lemang yang dibakar dalam buluh dan ketupat yang direbus dalam anyaman daun kelapa memang sinonim dengan perayaan ini. Lagi sedap bila dimakan bersama rendang atau serunding.
  • Kuah Kacang & Satay Satay bukan sahaja hidangan popular di gerai makanan, tetapi juga menjadi menu Hari Raya yang dinantikan. Kuah kacang yang pekat dan berlemak menambahkan lagi keenakan satay. Nak lagi mantap? Letak sedikit perahan limau kasturi dalam kuah kacang untuk rasa lebih segar!

Kuih Raya yang Mesti Ada!

  • Tart Nanas Kuih klasik yang mempunyai rasa manis dan masam daripada jem nanas serta doh yang rapuh ini memang tak boleh tinggal. Ada yang suka bentuk bunga, ada yang suka bentuk gulung – tak kisahlah macam mana rupanya, asalkan rasanya sedap!
  • Almond London Gabungan kacang badam yang rangup disalut dengan coklat cair dan ditabur sedikit hiasan di atasnya memang menjadi kegemaran ramai. Biskut ini memang bahaya – bila makan satu, tangan automatik nak capai lagi! Sebab itu lah ianya menjadi menu wajib Hari Raya.
  • Semperit Tekstur yang lembut dan rasa mentega yang enak menjadikan semperit salah satu kuih raya yang paling popular setiap tahun. Tambah sedikit jem strawberry di tengah-tengah? Memang jadi!
  • Biskut Suji Biskut yang cair di mulut ini sangat sesuai untuk pencinta manisan yang mencari rasa lemak berkrim dengan aroma semula jadi. Walaupun nampak ringkas, tapi rasanya memang premium!

Peralatan Dapur yang Memudahkan Persiapan

Setiap tahun, pasti ada yang pening kepala memikirkan persiapan Hari Raya. Tapi jangan risau, dengan peralatan dapur moden, semuanya jadi lebih mudah:

  • Periuk tekanan elektrik – Memasak rendang dan daging lebih cepat dan menjimatkan tenaga. Tak perlu lagi tunggu berjam-jam untuk mendapatkan daging yang empuk!
  • Blender pelbagai fungsi – Mudah untuk mengisar bahan-bahan seperti rempah, cili kering, dan juga membuat jus segar untuk hidangan Raya.
  • Dulang hidangan eksklusif – Menyajikan kuih raya dan makanan dengan lebih kemas dan elegan. Barulah nampak meriah atas meja!

Dengan menu wajib Hari Raya ini, pasti suasana Aidilfitri anda lebih meriah dan penuh dengan kenangan indah. Jangan lupa gunakan peralatan dapur yang sesuai untuk memudahkan proses memasak dan menyajikan makanan dengan lebih bergaya. Apa pun, yang paling penting adalah menikmati momen berharga bersama keluarga dan orang tersayang. Selamat menyambut Hari Raya dan selamat menjamu selera! 🎉

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Menu Wajib Hari Raya: Lauk Pauk & Kuih Raya yang Mesti Ada!” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian:Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *