Panduan Penjagaan kereta
Hiasan Rumah

Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita: Jangan Tunggu Rosak Baru Servis!

Pernah tak kita pandu kereta sambil doa jangan ada bunyi pelik? Atau bau hangit keluar dari aircond dan kita buat-buat tak tahu? Kalau ya, itu tanda kita memang perlukan sangat panduan penjagaan kereta yang mudah, praktikal dan khas untuk wanita macam kita yang sibuk, tapi tetap nak jadi pemandu yang bijak.

Zaman sekarang, tak semestinya lelaki je tahu pasal kereta. Wanita pun boleh ambil tahu dan urus sendiri basic car maintenance. Jom, Sis Rasa kongsikan tips yang senang difahami dan boleh bantu elak masalah besar di jalan raya.


1. Jump Starter Portable – Penyelamat Saat Kecemasan

Bayangkan bateri kereta ‘kong’ masa nak hantar anak ke sekolah atau pergi kerja. Jangan panik! Dengan Jump Starter Portable ni, sis boleh hidupkan kereta sendiri tanpa perlu tunggu bantuan. Kecil, ringan dan mudah digunakan. Memang wajib ada dalam kereta!

Cara nak gunakan pun senang je. Anda hanya perlu pastikan starter sudah di cas penuh sebelum digunakan. Padankan pada tempat yang betul pada bateri kereta, dan tekan button “on” pada device jump starter tersebut. Mudah kan?

Panduan Penjagaan Kereta

2. Tayar Lemah? Guna Mini Portable Air Pump | Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita

Ramai wanita tak suka pegang pam angin kat stesen minyak. Tapi dengan Mini Portable Air Pump ni, kita boleh isi angin tayar dari rumah je. Ia juga berguna bila tayar pancit perlahan-lahan semasa travel. Salah satu item penting dalam penjagaan kereta yang ramai abaikan!

Nak ke tempat yang seterusnya untuk berhenti, anda perlu pam emergency ni untuk isi angin tayar buat sementara. Guna air pump portable ni sangat senang, anda hanya perlu buka nut pada tayar, letakkan muncung pam pada tayar dengan betul dan mula tekan “on” pada device. Ianya akan mula untuk pam tayar anda perlahan-lahan dan auto stop jika angin dalam tayar sudah penuh. Fuh! Senang je nak guna kan? Anda berseorangan pun boleh settle!

Panduan Penjagaan Kereta

3. Rakam Perjalanan Guna Dash Cam

Kalau berlaku kemalangan atau situasi pelik atas jalan, rakaman dari Dash Cam ini boleh jadi bukti paling berguna. Selain keselamatan, ia juga bantu kita lebih berhati-hati ketika memandu. Dalam dunia digital hari ini, video proof sangat berharga.

Panduan Penjagaan Kereta

4. Car Emergency Kit – Lengkap & Praktikal

Setiap wanita perlu ada Car Emergency Kit dalam kereta. Dalam kit ini biasanya ada kabel jumper, lampu kecemasan, alat asas dan kadang-kadang juga first aid kit. Ia sebahagian daripada Panduan Penjagaan Kereta yang wajib dipraktikkan – terutama untuk mereka yang selalu memandu jauh.


Kenapa Wanita Perlu Ambil Tahu? | Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita

Sebab kita tak tahu bila kereta akan ‘buat hal’. Kalau tahu asas penjagaan kereta, kita boleh kurangkan risiko terkandas, elak ditipu bengkel dan lebih yakin di jalan raya. Ini juga satu bentuk self-empowerment – tak perlu bergantung pada orang lain untuk selesaikan perkara kecil.


Jadikan Penjagaan Kereta Gaya Hidup

Sis tak perlu jadi pakar mekanik pun. Tapi bila kita konsisten ikut panduan penjagaan kereta kereta dengan betul, hidup jadi lebih tenang. Jangan tunggu rosak baru servis, okay? Cukup dengan jadual ringkas untuk servis minyak hitam, periksa tayar, bateri dan lampu, sis dah jauh lebih bersedia dari pemandu lain.


Jadi, jom mula ambil tahu pasal kereta kita hari ini. Share artikel ni dengan rakan wanita lain supaya lebih ramai jadi smart lady drivers. Dan jangan lupa dapatkan semua item wajib kat atas ni, senang klik je link. πŸ’ͺπŸš—

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang β€œPanduan Penjagaan Kereta untuk Wanita: Jangan Tunggu Rosak Baru Servis!” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian:Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *