Menu Rahmah
Kesihatan

Menu Rahmah Memenuhi Keperluan Pemakanan Harian

Para profesional penjagaan kesihatan telah memuji program Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menyebutnya sebagai “penyelamat” kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Hidangan RM4.90 untuk setiap hidangan makan tengah hari dan makan malam yang kaya dengan kandungan protein seperti ikan, ayam, bahagian sayur-sayuran dan nasi putih ini pasti akan menyediakan nutrisi harian lengkap untuk rakyat Malaysia.

Apa itu Menu Rahmah?

Bagi menurunkan kos sara hidup penduduk terutama golongan berpendapatan rendah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah melancarkan program pemakanan yang dinamakan Menu Rahmah.

Hidangan makanan tengah hari atau malam yang disediakan adalah sihat dan komprehensif, merangkumi nasi sebagai sumber karbohidrat, ayam atau ikan sebagai sumber protein, dan sayur-sayuran sebagai sumber serat. Semuanya dengan harga RM 4.90 sahaja sepinggan!

Senarai Menu Rahmah

Kalau anda nak tahu, menu mereka available setiap hari tau! Berikut adalah senarai menu yang ditawarkan kepada pelanggan mengikut hari berbeza.

1) Isnin

  • Nasi Putih
  • Ayam masak kicap
  • Kacang panjang goreng
  • Air minuman 500ml
Menu Rahmah

2) Selasa

  • Nasi putih
  • Ikan kembong goreng
  • Tauge masak lemak
  • Air minuman 500ml
Menu Rahmah

3) Rabu

  • Nasi putih
  • Ayam goreng kunyit
  • Bayam goreng
  • Air minuman 500ml
Menu Rahmah

4) Khamis

  • Nasi putih
  • Sambal ikan
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml

5) Jumaat

  • Nasi putih
  • Kari ayam
  • Tauge goreng
  • Air minuman 500ml

6) Sabtu

  • Nasi putih
  • Ikan masak kicap
  • Kangkung goreng belacan
  • Air minuman 500ml

7) Ahad

  • Nasi putih
  • Ayam sambal
  • Kubis goreng
  • Air minuman 500ml

Lokasi Menu Rahmah

  1. Pasaraya Mydin Malaysia.
  2. Restoran atau premis yang ada pelekat/simbol Menu Rahmah.
  3. 12,500 restoran mamak di seluruh negara yang mana bersedia untuk menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan berpendapatan rendah.

Dapat disumpal bahawa program Menu Rahmah yang diusulkan oleh kerajaan ini merupakan sebuah idea yang efektif dalam meringankan beban rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah. Sis Min berharap lebih ramai rakyat dapat dibantu dari segi kewangan, di samping dapat menyihatkan tubuh badan dengan nutrisi yang seimbang.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *