Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia
Pendidikan

Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia

Kemiskinan haid berlaku apabila seseorang individu atau keluarga yang berada dalam keadaan yang tidak mampu membeli tuala wanita (pad). Hal ini kerana, mereka menghadapi masalah kewangan. Masalah kemiskinan haid di Malaysia ini sudah lama berlaku. Namun, perkara ini mula mendapat perhatian daripada beberapa pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarelawan.

Nilai tuala wanita tidaklah mahal dalam harga RM16.60 untuk 16 pads jenis maxi wings. Namun, ada dalam kalangan masyarakat terutama perempuan yang tidak mampu memiliki pad. Kali ini, Sis Min nak menulis satu perkongsian berkaitan dengan isu kemiskinan haid yang berlaku di Malaysia.

Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia

Menurut akhbar Free Malaysia Today, ada segelintir pelajar perempuan yang sanggup tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh haid. Bahkan, ada wanita yang sanggup mengandung kerana ingin mengelak daripada kedatangan haid selama 9 bulan. Hal ini kerana, mereka mengalami masalah kewangan dan tidak mampu membeli tuala wanita.

Isu Kemiskinan Haid Semakin Kritikal

Masalah kemiskinan haid di Malaysia semakin parah sewaktu musim pandemik ini. Menurut akhbar Malaysia Now, seorang suri rumah berhadapan dengan situasi di mana beliau tidak mampu membeli tuala wanita kerana kesempitan wang. Susulan daripada perkara itu,beliau terpaksa membuat sendiri tuala wanita dengan menggunakan kain perca atau tuala lama yang dipotong kecil.

Kebiasaannya, kemiskinan haid ini berlaku di pedalaman Semenanjung Malaysia dan tempat penempatan Orang Asli. Namun, pada kali ini, masalah kemiskinan haid di Malaysia berlaku pada masyarakat di bandar termasuklah golongan gelandangan. Inilah yang disebut sebagai miskin bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana, kos sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding di luar bandar. Tambahan pula, wanita di luar bandar biasanya memakai tuala wanita yang boleh dicuci dan dipakai semula. Manakala wanita di bandar menggunakan tuala wanita pakai buang. Ini apa yang telah diandaikan oleh Syarifah Fatimah Al-Zahrah Al-Attas dalam akhbar Malaysia Now.

Kemiskinan bandar yang berlaku menyebabkan mereka menggantikan tuala wanita dengan surat khabar dan kertas untuk membolehkan darah haid diserap. Tambahan pula, ramai wanita yang berasa malu untuk bercakap berkenaan dengan haid, malah lelaki juga tidak terkecuali. Syarifah Fatimah Al-Zahrah Al-Attas menerusi Free Malaysia Today, turut membuat andaian sekiranya haid ini ialah topik yang memalukan dan tidak boleh disebut di hadapan khalayak, hal ini yang menyebabkan kemiskinan haid semakin meningkat.

Pengurusan Haid | Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia

Tambahan pula, isu kemiskinan haid bukan sahaja berkaitan dengan tuala wanita, tetapi ada kaitannya dengan isu kebersihan sewaktu haid.

Haid merujuk kepada darah kotor yang keluar daripada rahim wanita. Jadi, penggunaan tuala wanita amat penting dalam elemen kebersihan. Selepas menggunakan pad, perlulah membasuh dengan air yang bersih. Tahukah anda bahawa masalah kemiskinan haid di Malaysia juga berlaku dari aspek kebersihan yang diambil secara lewa? Hal ini kerana, tiadanya pendedahan cara membersihkan pad selepas menggunakannya kepada kaum Hawa.

Walaupun tiada hadis yang mengatakan tuala wanita wajib dibasuh sebelum dibuang, namun perkara ini masih boleh dipraktikkan. Hal ini kerana, jika tidak ada tong sampah yang berdekatan, anda boleh membasuhnya terlebih dahulu sebelum membuangnya di rumah.

Terdapat dua perkara yang disarankan kepada wanita untuk menjaga kebersihan sewaktu haid berdasarkan portal Mufti Wilayah Persekutuan. Antaranya:

  1. Tuala wanita perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh, asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan.
  2. Jangan membuang tuala wanita merata-rata seperti di mangkuk tandas dan tempat yang tidak sesuai. Ini akan menimbulkan suasana yang tidak selesa.

Kesedaran Pihak dalam Membantu Wanita | Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia

Banyak pihak yang mula sedar akan kesusahan yang dihadapi oleh golongan yang tidak mampu memiliki tuala wanita ini, khususnya yang mengalami miskin bandar. Antara pihak yang boleh menangani isu ini adalah seperti berikut:

Individu

Individu perlulah peka terhadap masalah kemiskinan haid di Malaysia yang berlaku ini secara keseluruhan, bukan sahaja pada tuala wanita tetapi, kepada elemen kebersihan. Individu yang dimaksudkan adalah diri sendiri.

Ibu bapa perlulah mendidik anak lelaki dan perempuan tentang haid. Misalnya, mengajar anak cara membersihkan tuala wanita selepas menggunakannya. Manakala, mengajar anak lelaki tentang keperluan tuala wanita.

Guru pula perlu ambil cakna dalam memantau pelajar perempuan yang datang haid sewaktu sesi persekolahan. Jika tandas sekolah tidak ada air, guru perlulah memberitahu pelajar untuk menyimpan tuala wanita yang telah digunakan di dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik. Terpulang kepada guru untuk meminta mereka buang di dalam tong sampah yang khusus atau bawa balik ke rumah untuk dibasuh dan dibuang.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) | Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia

Berikan bantuan tuala wanita kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan yang ramai dan masih sekolah. NGO boleh membuat kolaborasi bersama komuniti setempat untuk mengetahui jumlah ahli keluarga yang memerlukan tuala wanita. Pemberian boleh dilakukan secara “one-off“. NGO boleh juga memberikan tuala wanita jenis Cloth Pad (CP) kerana diperbuat daripada material berkualiti dan tahan sehingga 8 dan 9 tahun. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai CP ini di link ini.

Masalah Kemiskinan Haid di Malaysia

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian Sis Min pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini memberikan kesedaran kepada anda bahawa masalah kemiskinan haid di Malaysia bukan perkara yang baharu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *