Diet Bulan Puasa
Kesihatan, Pendidikan

Diet Bulan Puasa dan Turun Berat Badan dalam Sebulan!

Ramadan bakal tiba lagi! Ini merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam. Ramai juga yang bercadang untuk menurunkan berat badan pada bulan ini. Namun, ada juga yang sudah berpuasa tapi masih susah untuk turunkan berat badan, malah makin naik. Di manakah silapnya? Jom cuba 7 tips diet bulan puasa ini, bagi anda yang ingin turunkan berat badan sepanjang bulan Ramadan.

1. Diet bulan puasa | Kawal jumlah calorie intake

Diet Bulan Puasa

Kebanyakan antara kita memang susah nak faham bab calorie intake, terutamanya dalam kalangan diet beginner. Oleh itu, anda boleh muat turun salah satu aplikasi yang boleh membantu anda untuk mengira kalori harian. Anda hanya perlu masukkan berat badan semasa, tinggi serta berat badan sasaran, dan aplikasi ini akan mengira purata kalori harian yang diperlukan oleh tubuh badan. Penggunaan aplikasi ini boleh membantu anda untuk lebih berdisiplin dalam mengawal jumlah calorie intake seharian.

Antara aplikasi yang boleh anda muat turun ialah:

  • MyFitnessPal – aplikasi paling universal dan terluas di dunia setakat ini
  • MyNutriDiari – diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Lose It! – salah satu feature menarik ialah aplikasi ini dapat mengenal pasti dan mengira kalori dengan hanya memuat naik gambar makanan

2. Minum 8 gelas air kosong sehari

Macam mana nak cukupkan 8 gelas air kosong setiap hari pada bulan puasa? Jom kita cuba cadangan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini:

  • 1 gelas selepas bangun untuk bersahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Tarawih
  • 1 gelas sebelum tidur

3. Diet bulan puasa | Jangan skip sahur

Diet Bulan Puasa

Anda jangan berfikir skip sahur dapat mengurangkan pengambilan kalori dan membantu anda untuk kurus. Sebaliknya, jika anda skip sahur, kemungkinan untuk anda makan lebih banyak semasa berbuka adalah lebih tinggi dan boleh merosakkan rancangan diet bulan puasa anda. Anda boleh bersahur hanya dengan buah kurma. Ingat, amalan bersahur merupakan sunnah dan amat digalakkan dalam Islam!

4. Pengambilan protein mencukupi

Diet Bulan Puasa

Anda juga boleh mengambil protein semasa bersahur agar anda mempunyai tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Antara pilihan terbaik yang boleh anda cuba ialah telur putih, daging bakar, ikan stim/asam pedas, atau ayam kukus. Jika anda ingin makan nasi atau mi, anda boleh mengambilnya dalam kuantiti sederhana atau segenggam saja.

5. 2 hours rule

Selepas bersahur, selalunya kita akan tidur. Selepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur. Tabiat ini yang menyebabkan susah untuk turun berat badan pada bulan puasa dan merosakkan rancangan diet bulan puasa anda. Jika anda sering lakukan begini, hentikan! Tabiat ini menyebabkan lemak berkumpul dalam tubuh, mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Apa yang anda perlu lakukan ialah tunggu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

6. Diet bulan puasa | Kekal aktif

Diet Bulan Puasa

Jangan gunakan alasan berpuasa untuk anda tidur dan bermalasan sepanjang hari. Lakukan aktiviti harian untuk kekal aktif, seperti bergotong-royong, membantu ibu bapa, atau membuat senaman ringan. Solat tarawih juga boleh membakar kalori dan meringankan badan yang ‘berat’ selepas diisi dengan pelbagai makanan, di samping mendapat pahala. Menurut Kevin Zahri, solat tarawih dapat membakar 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid.

Namun, diingatkan bahawa solat tarawih adalah untuk mencari keredaan Allah, bukan hanya untuk turunkan berat badan pada bulan puasa.

7. Gantikan snek sihat

Diet Bulan Puasa

Bulan puasa ini sudah tentu bazar ramadan dipenuhi dengan juadah manis-manisan seperti kuih-muih, kek dan sebagainya. Anda boleh menikmatinya dalam kuantiti sedikit. Namun, anda digalakkan untuk gantikan manis-manisan tersebut dengan snek sihat seperti kekacang tanpa garam, smoothie buah-buahan tanpa gula, kismis, dan salad buah-buahan.

Berdasarkan salah satu kajian Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayu-sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang untuk berasa cepat kenyang, walaupun makan dalam kuantiti sedikit. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut ialah:

  • Brokoli
  • Kubis / Kubis bunga
  • Bayam
  • Timun
  • Tembikai
  • Epal
  • Strawberi
  • Pear

Berpuasalah dengan ikhlas dan untuk kesihatan badan, bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

وَصُومُوا تَصِحُّوا

Maksudnya: “Dan berpuasalah, maka kamu akan sihat”. 

Riwayat al-Thabarani (8312)

Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat dan membantu anda untuk diet bulan puasa ini nanti, serta meningkatkan kesihatan diri.

Sumber: Sirap Limau

Warga Chubby Pun Boleh Pakai Blouse Ala-ala Korean Style Ni Tau!

Kalau anda seorang yang sangat meminati Korean style, pakai sahaja blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

•••

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *