Ramai yang berminat dengan program eUsahawan, tapi tak tahu nak sertai bagaimana? Jika anda betul-betul berminat untuk mengetahui cara daftar eUsahawan, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sehingga habis ya.
Untuk pengetahuan anda, program eUsahawan ini merupakan sebuah peluang terbaik untuk anda belajar tentang Digital Marketing ataupun Online Marketing secara PERCUMA! Sudahlah percuma, sijil yang diiktiraf juga akan diberikan kepada setiap peserta yang layak tau.
Jadi, jangan lepaskan peluan untuk ketahui cara daftar eUsahawan 2023 anda di sini.
Siapa yang digalakkan untuk menyertai eUsahawan?
- Individu yang mahu memulakan perniagaan, namun tidak tahu bagaimana cara untuk bermula.
- Usahawan yang mempunyai produk untuk diniagakan secara digital. Pastikan produk tidak mudah pecah dan juga mudah untuk dipos menggunakan mana-mana servis pengeposan.
- Usahawan yang ingin berkembang dalam perniagaan berbentuk servis. Hal ini kerana, sejak tahun 2020 dan seterusnya, pemasaran dalam bentuk digital adalah dilihat sangat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan.
Trainer bertauliah sedia menjadi mentor anda
Menarik sungguh barisan coach-coach eUsahawan pada tahun 2023 ni kan? Lebih-lebih lagi bila nampak nama Coach Cik Sue, makin bersemangat rasanya untuk menyertai program tersebut!
Untuk pengetahuan anda, Coach Cik Sue ini mempunyai banyak pengalaman, pengiktirafan dan sijil-sijil kemahiran yang mantap. Antaranya adalah:
– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
– SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Lead Trainer Malaysia
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology
– Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)
– Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
– Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
– Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
– Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
– Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
– Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3
Jika anda ingin mengenali Coach Cik Sue dengan lebih lanjut, jom dapatkan profile penuh beliau di sini!
“Saya berminat nak belajar dengan Coach Cik Sue, tapi bagaimana cara daftar eUsahawan 2023 ya?”
Pertama sekali sebelum mengetahui cara daftar eUsahawan, pastikan anda cukup segala syarat-syarat penyertaan seperti yang tertera:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mempunyai perniagaan sendiri.
- Boleh rekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking.
- Berminat menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach eUsahawan 2023 – Suraya Ali.
- Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.
Anda menepati syarat? Jika ya, jom sertai kelas eUsahawan MDEC 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh pilihan dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.
Untuk mendaftar kelas PERCUMA bagi tarikh-tarikh yang akan datang, anda juga boleh membuat pilihan melalui pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!
Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan MDEC 2023.
Sekian sahaja perkongsian Sis Min tentang “Coach eUsahawan 2023 Biodata Suraya Ali.” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.