Aksesori dan Perhiasan Wanita
Fesyen

Aksesori dan Perhiasan Wanita

Aksesori dan perhiasan sememangnya tidak asing lagi bagi seseorang wanita, kerana ia membantu menjadikan diri mereka kelihatan lebih yakin dan cantik. Aksesori dan perhiasan wanita ini juga merupakan fesyen dan trend terkini yang dapat menampilkan sesorang itu tampak lebih elegan serta berketerampilan menarik.

Sis Min pasti, terdapat pelbagai jenis aksesori dan perhiasan di dalam laci almari anda semua, kan? Agaknya, dah cukup ke koleksi aksesori dan perhiasan anda tu? Kalau belum, jom kita lihat antara perhiasan yang paling tepat untuk para wanita miliki sebagai koleksi.

Jenis Aksesori dan Perhiasan Wanita yang Wajib Dijadikan Koleksi

Terdapat berbagai jenis aksesori dan perhiasan wanita yang boleh digayakan untuk tampak lebih bergaya. Jadi, jom kita lihat beberapa jenis aksesori dan perhiasan wanita yang boleh dijadikan sebagai rujukan anda semua.

1. Rantai

Aksesori dan Perhiasan Wanita
Sumber: Shopee

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap wanita pasti menggemari rantai. Rantai ini merupakan aksesori yang ringkas, tetapi tetap tampak eksklusif apabila dipakai. Corak dan gaya rantai yang dipilih sekali gus menggambarkan personaliti diri seseorang wanita tau…

Antaranya rantai yang boleh dipilih adalah seperti emas, mutiara, silver, emas putih dan sebagainya. Apa pun, pastikan anda membeli mengikut kesesuaian dan kemampuan ya.

2. Cincin

Aksesori dan Perhiasan Wanita
Sumber: Shopee

Siapa aje tidak gemar memakai cincin, kan? Tanpa mengira status, cincin tetap bakal menjadi pilihan utama setiap wanita kerana ia mampu menjadikan jari-jemari kelihatan lebih berseri.

Terdapat pelbagai jenis perhiasan cincin yang boleh dipilih seperti emas, batu permata, kristal dan lain-lain. Tidak dinafikan, cincin juga amat sesuai dipakai pada acara-acara tertentu, malah turut sesuai dipakai secara harian untuk tampak lebih minimalis. Kalau pakai sebab nak elak dingorat pun boleh tau, hehe

3. Gelang Tangan | Aksesori dan Perhiasan Wanita

Aksesori dan Perhiasan Wanita
Sumber: Instagram @viancorpo

Gelang tangan merupakan aksesori yang nampak anggun dipakai pada pergelangan tangan kerana ia lebih mudah dinampak oleh yang melihat. Terdapat pelbagai jenis gelang tangan seperti emas, silver dan bermacam-macam lagi.

4. Anting-anting

Aksesori dan Perhiasan Wanita
Sumber: Shopee

Anting-anting merupakan aksesori yang paling hampir dengan setiap wanita dan merupakan sebahagian daripada fesyen terkini. Terdahulu, anting-anting hanya dipakai oleh mereka yang tidak berhijab sahaja. Namun kini, ia juga turut dipakai oleh wanita berhijab tau! Pada Sis Min, tiada lagi istilah ketinggalan trend kerana dengan menutup aurat pun masih boleh berfesyen.

5. Jam Tangan

Sumber: Lazada

Selain daripada aksesori yang dinyatakan di atas, jam tangan juga merupakan aksesori bagi menambahkan sosok keterampilan wanita yang bergaya. Walaupun jam tangan ini kelihatan ‘cliche‘, namun pemilihan reka bentuk jam yang betul boleh membantu para wanita untuk tampil lebih bergaya. Untuk dapatkan tips pemilihan jam, anda boleh lihat di sini.

6. Beg Tangan

Sumber: Shopee

Beg tangan merupakan aksesori wajib yang pasti dimiliki oleh setiap wanita. Hal ini kerana, beg tangan memainkan peranan besar dalam hal-hal penyimpanan dompet, telefon, kunci, malahan alat solek tau! Itu belum lagi kalau Encik Suami minta tolong simpankan barang-barang dia sekali, haha

Tampil Lebih Cantik & Yakin Dengan Pemilihan Aksesori dan Perhiasan Wanita yang Tepat

Pada Sis Min, wanita akan tampil lebih elegan, cantik dan yakin dengan adanya penggayaan aksesori yang bersesuaian untuk setiap perkara yang dilakukan. Hal ini kerana, pemilihan aksesori ini juga dapat menggambarkan personaliti seseorang individu tersebut. Oleh itu, pastikan anda membuat pilihan yang tepat dalam berfesyen ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Aksesori dan Perhiasan Wanita”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *