5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming
Masakan

5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming

Hey, what’s up, guys? Pasti anda terngiang-ngiang suara jejaka cooking influencer yang terkenal dalam media sosial ini. Tak lain, tak bukan, Khairul Aming! Seperti yang kita sedia maklum, pada bulan Ramadan tahun lepas, beliau ada kongsikan 30 Hari 30 Resepi di Instagram miliknya. Memandangkan bulan Ramadan bakal tiba, jadi Sis Min ingin kongsikan 5 menu berbuka puasa Khairul Aming. Jom kita throwback resepi yang dikongsikan oleh beliau!

Sis Min dapat 5 menu berbuka puasa Khairul Aming ini daripada Instagram miliknya.

1. Ayam Tiram Thai | 5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming

5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming
Sumber: Instagram

Bahan-bahan yang diperlukan:

[Ayam Tiram]

  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • 5 sudu sos tiram Mahsuri
  • 1 sudu kicap manis pedas Mahsuri
  • 1/3 cawan minyak masak

[Sos Thai]

  • 6 biji cili
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 3 sudu gula
  • 3-4 biji limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

[Ayam Tiram]

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.
  2. Kemudian, gaulkan ayam tadi dengan 5-6 sudu sos tiram Mahsuri dan 1 sudu kicap manis pedas Mahsuri.
  3. Masukkan 1/3 minyak masak dan gaulkan.
  4. Masukkan ayam ke dalam air fryer pada suhu maksimum 200°C selama 20 minit.

[Sos Thai]

  1. Tumbuk 5 ulas bawang putih dan 6 biji cili.
  2. Masukkan 1 sudu sos tiram, 2 sudu sos ikan dan 3 sudu gula.
  3. Perah 3-4 biji limau nipis.
  4. Kemudian, masukkan daun ketumbar.
  5. Tuangkan sos ke atas ayam tiram tadi.

2. Siakap Stim Limau

Sumber: Instagram

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu gula melaka
  • 7 ulas bawang putih
  • 5 biji cili
  • 2 sudu sos ikan
  • Jus 3 biji limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Kelarkan ikan siakap.
  2. Kemudian, masukkan 3 batang serai, 1 inci halia, dan 2 helai daun limau purut ke dalam perut ikan siakap tadi.
  3. Kukus ikan tadi selama 10-15 minit.
  4. Campurkan air, 1 kiub pati ayam dan 2 sudu gula melaka.
  5. Apabila kuah sudah sedikit sejuk, masukkan 7 ulas bawang putih, 5 biji cili, 2 sudu sos ikan, jus 2 biji limau nipis dan ketumbar.
  6. Setelah selesai gaul, tuangkan atas ikan yang telah dikukus tadi.
  7. Tambahkan sedikit hirisan limau nipis.
  8. Kemudian, kukus lagi sekali selama 3 minit.

3. Puding Gula Hangus | 5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming

Sumber: Instagram

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 sudu gula
  • 2 sudu air
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan:

  1. Cairkan 4 sudu gula.
  2. Apabila sudah berbuih sedikit, padamkan api dan masukkan 2 sudu air. Kemudian, gaulkan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
  4. Pada bekas lain, masukkan 1 tin susu cair, 4 biji telur, 3 sudu pekat manis, dan 1 sudu kecil esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Tuangkan campuran ke dalam loyang tadi. (Tips tambahan: Tapis untuk elakkan keladak)
  6. Balutkan loyang dengan plastik.
  7. Kukus selama 30 minit.

4. Puding Roti Coklat Pisang

5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming
Sumber: Instagram

Bahan-bahan yang diperlukan:

[Puding Roti]

  • 8 keping roti sandwic
  • 1 cawan coklat separuh manis
  • 2 biji pisang
  • 2 cawan Nestlé Just Milk Full Cream
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu mentega

[Sos Kastard]

  • 2 cawan Nestlé Just Milk Full Cream
  • 2 sudu tepung kastard

Cara penyediaan:

  1. Carikkan 8 keping roti sandwic. Kemudian, masukkan coklat separuh manis dan pisang. Ulang langkah 1 sekali lagi.
  2. Masukkan 2 cawan Nestlé Just Milk Full Cream, 2 biji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 cawan gula, dan 2 sudu mentega.
  3. Gaulkan di dalam kuali sehingga panas.
  4. Tuangkan ke atas roti tadi.
  5. Kemudian, bakar roti tadi pada suhu 180°C selama 50 minit.
  6. Untuk sos kastard, gaulkan 2 cawan Nestlé Just Milk Full Cream dan 2 sudu tepung kastard. Tuangkan ke atas roti yang telah dibakar tadi.

5. Sirap Bandung Float | 5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming

5 Menu Berbuka Puasa Khairul Aming
Sumber: Instagram

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ais
  • Sirap
  • Air aiskrim soda
  • Aiskrim vanila
  • Susu cair

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ais ke dalam cawan.
  2. Kemudian, tuangkan sirap dan air aiskrim soda. (Tips tambahan: Tuangkan lebih sedikit sirap untuk rasa lebih sedap)
  3. Tuangkan susu cair dan letakkan aiskrim vanila sebagai topping.

Jadi, dengan adanya 5 menu berbuka puasa Khairul Aming ini, ibu-ibu tidak perlu pening lagi nak masak juadah apa untuk berbuka puasa nanti. Bagi memudahkan anda, Sis Min sertakan juga pautan video masakan pada setiap gambar menu. Anda hanya perlu klik pada pautan tersebut.

Sis Min berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba kesemua 5 menu berbuka puasa Khairul Aming dan selamat berpuasa!

Keyboard Sedia Ada Anda Kurang Best Digunakan untuk Menaip?

  • Pemain Bola Sepak Kacak Korea

Kalau anda seorang yang kerap menggunakan laptop, komputer atau PC, anda pasti tahu bahawa keyboard sedia ada mereka kurang sedap untuk digunakan. Betul tak?

Untuk memudahkan urusan anda, guna aje wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penaipan! Confirm smooth je anda nak type “5 menu berbuka puasa Khairul Aming” dekat Google nanti, hihi… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *