Resipi Membuat Telur Masin
Masakan

Resipi Membuat Telur Masin Tanpa “Abu Hitam”

Sedapnya kalau dapat makan telur masin dengan bubur lambuk atau bubur kosong. Sewaktu sekolah dahulu, Sis Min selalu membeli bubur kosong di kantin semasa rehat. Sedap betul telur masin yang mak cik kantin buat. Rasa lemak dan masinnya sesuai dengan selera tekak Sis Min. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan resipi membuat telur masin dengan mudah tanpa menggunakan serbuk atau abu hitam.

Telur masin yang dijual agak mahal dan Sis Min agak ragu-ragu dengan proses pembuatannya. Justeru itu, Sis Min cadangkan kepada anda untuk membuat sendiri telur masin ini. Sudah tentu jimat duit dan tahap kebersihannya juga terjaga. Segala resipi ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Mingguan Wanita.

Resipi Membuat Telur Masin

Bahan-bahan | Resipi Membuat Telur Masin

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 5 biji telur itik
  • 1 cawan cuka
  • 1 cawan garam halus

Cara Membuat

Cara membuat telur masin ini mudah sahaja. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang Sis Min kongsikan ini, pasti telur masin anda akan menjadi! Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula, basuh telur itik dengan bersih.
  2. Kemudian, masukkan cuka ke dalam satu mangkuk dan rendam telur itik ke dalam cuka tersebut selama 2 minit.
  3. Selepas 2 minit, gaulkan garam halus pada permukaan telur itik. Pastikan permukaan telur itik diselaputi dengan garam halus.
  4. Seterusnya, letakkan telur itik yang telah diselaputi dengan garam ke dalam bekas bertutup kedap udara. Biarkan telur itik diperam dalam masa 10 hingga 16 hari.
  5. Bekas yang menyimpan telur itik tadi tidak perlu dimasukkan ke dalam peti ais.
  6. Selepas telur itik diperam 10 hingga 16 hari, rebus telur itik tersebut sebelum makan. Siap dihidangkan!

Mudah sahaja kan resipi membuat telur masin tanpa menggunakan serbuk atau abu hitam? Proses membuatnya pun lebih bersih berbanding di luar.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *