Khasiat Teh Bunga Telang
Kecantikan, Kesihatan

Khasiat Teh Bunga Telang untuk Wanita | Rahsia Awet Muda

Bunga telang sering digunakan sebagai pewarna biru dalam masakan nasi kerabu. Namun, bunga telang ini juga boleh diminum dan diamalkan selalu untuk kesihatan. Terdapat banyak khasiat teh bunga telang ini khususnya untuk wanita agar kekal awet muda.

Berdasarkan laman web Root of Science, bunga telang atau nama saintifiknya ialah Clitoria Ternatea boleh didapati di kawasan Asia, Afrika, Australia, dan Amerika. Di Asia, bunga telang digunakan dalam perubatan tradisional. Bunga telang juga dikenali sebagai butterfly pea, blue pea, Asian pigeonwings, dan sebagainya.

Khasiat Teh Bunga Telang

Khasiat Teh Bunga Telang

#1 Bersifat Antioksida

Bunga telang bersifat antioksida di mana ekstraknya dapat melindungi sel darah merah daripada kerosakan.

#2 Menyembuhkan Luka

Berdasarkan laman web Root of Science, ekstrak biji dan akar bunga telang dapat menyembuhkan luka. Terdapat satu kajian yang menunjukkan ekstrak biji dan akar bunga telang dapat menyembuhkan tiga jenis luka jika dimakan atau disapu sebagai ubat.

#3 Melancarkan Haid | Khasiat Teh Bunga Telang

Bagi melancarkan kitaran haid, bahagian akar dan kelopak bunga telang perlu dipanaskan bersama air dan dijadikan sebagai teh. Amalkannya di setiap petang agar dapat melancarkan kitaran haid sekali gus dapat mengecutkan rahim.

#4 Meningkatkan Sistem Neurologi

Terdapat kajian terhadap haiwan menggunakan ekstrak akar bunga telang ini. Kajian tersebut mendapati bunga telang ini dapat meningkatkan fungsi otak dan kebolehan kognitif. Ini menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak akar bunga telang secara konsisten mampu meningkatkan memori.

#5 Mencegah Jangkitan Bakteria

Daun pokok bunga telang dipercayai bersifat antimikrobial, iaitu dapat mengubati beberapa penyakit berjangkit seperti jangkitan Bassilus cereus dan S. enterica serovar.

Resipi Teh Bunga Telang | Khasiat Teh Bunga Telang

Petua orang tua-tua dahulu untuk kekal awet muda dan menegangkan kulit wajah, amalkan teh bunga telang secara konsisten, iaitu seminggu dua atau tiga kali. Antara cara dan bahan yang diperlukan untuk membuat teh bunga telang adalah seperti berikut:

  • 5 kuntum bunga telang
  • 1 gelas air panas
  • 1 batang serai (pilihan)
  • Sedikit perahan lemon (pilihan)

Cara Penyediaannya

  1. Mula-mula rendamkan 5 kuntum bunga telang di dalam gelas yang berisi air panas selama 15 minit.
  2. Kemudian, keluarkan bunga dari air apabila tiada warna yang tersisa pada bunga tersebut.
  3. Masukkan serai dan tambahkan sedikit perahan lemon bagi menambah rasa masam dan warna keunguan.
  4. Siap dihidangkan!

Bunga telang ini mudah nak didapati. Biasanya kawasan rumah kampung paling mudah untuk dijumpai. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *