Diet Suku Suku Separuh
Kesihatan

Diet Suku Suku Separuh

Anda mungkin sudah biasa dengar diet suku suku separuh, dan tahu bagaimana diet ini boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya, sudah ramai yang berkongsi pengalaman mengamalkan diet ini dan telah berjaya menurunkan berat badan.

Apa itu diet suku suku separuh?

Diet Suku Suku Separuh

Diet suku suku separuh adalah satu konsep dalam Panduan Pinggan Sihat Malaysia yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat.

Jom Sis Min kongsikan panduan konsep diet suku suku separuh.

1. Suku karbohidrat – nasi, mi, bijirin penuh

Kumpulan karbohidrat merupakan pembekal utama tenaga untuk diri kita. Lazimnya, masyarakat Malaysia menjadikan nasi sebagai sumber karbohidrat utama. Namun, untuk mengamalkan pemakanan lebih sihat, anda boleh cuba menggunakan beras perang atau roti wholemeal yang tidak diproses sebagai sumber karbohidrat utama.

2. Suku protein – ayam, ikan, daging

Protein, kebiasaannya digunakan oleh badan untuk membina dan memulihkan tisu-tisu tubuh badan. Protein boleh diperoleh daripada haiwan atau tumbuhan seperti tauhu, brokoli, kekacang dan sayur. Jika anda ingin mengambil ayam atau daging, digalakkan untuk memilih bahagian yang kurang lemak agar paras kolesterol anda terjaga.

3. Separuh sayur & buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan serat, mineral dan pelbagai khasiat lain. Anda boleh mencuba memasak sayur dengan cara kukus, celur atau stir fry yang lebih sihat.

Contoh hidangan

Nasi putih, sambal bilis sihat, ayam bakar berempah, dan sayur campur goreng minyak 1 sudu kecil (brokoli, kubis bunga, lobak dan tomato ceri).

Nasi putih, telur rebus air asam, dan sawi tumis air.

Nasi putih, telur dadar, bebola daging bistik, timun, salad, dan mangga

Nasi putih, ayam bakar paprika madu, terung bakar, tomato, timun, dan cili

Nasi putih, sambal sihat, ikan kunyit air fryer, petola masak air, dan epal merah.

Tak ada lagi alasan diet tak boleh makan sedap. Kini, anda juga boleh menikmati makanan kegemaran semasa diet. Yang penting, anda kawal pengambilan dan tidak mengambil secara berlebihan. Jom amalkan diet suku suku separuh untuk gaya hidup yang lebih sihat!

Sumber: Lets Kurus Online

Jom Bergaya Dengan Blouse Panda Eyes, Khas untuk Mereka yang Bersaiz Chubby!

Kalau anda nak kelihatan lebih menarik ke tempat kerja nanti, pakai sahaja blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

•••

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *