Umum mengetahui bahawa, terdapat beberapa sayur dan buah yang berbahaya untuk ekzema. Siapa sangka ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus bagi orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Mari Sis Min kongsikan antara buah dan sayur yang berbahaya dimakan oleh penderita ekzema. Perkongsian kali ini Sis Min dapatkan daripada Facebook Mizhana Padzi. Semoga membantu!
Antara Sayur dan Buah yang Berbahaya untuk Ekzema
1. Tomato
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi tomato antara sayur atau buah yang berbahaya untuk penghidap ekzema kerana ia sangat tinggi histamine yang boleh menyebabkan kegatalan.
2. Jagung
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi dan antara yang berbahaya untuk ekzema.
3. Brokoli
Brokoli yang menyihatkan ini juga merupakan sayur yang berbahaya untuk ekzema dan harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG serta sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik.
4. Cendawan
Cendawan ni basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu-ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal. Cendawan juga antara sayur yang berbahaya untuk ekzema.
5. Bell Peppers | Sayur dan Buah yang Berbahaya untuk Ekzema
Bell peppers sayur yang berbahaya untuk ekzema, walaupun enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni).
6. Nenas
Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang berbahaya untuk ekzema. Dalam hal ini, ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema.
7. Kubis
Kubis antara sayur berbahaya untuk ekzema kerana mengandungi tinggi histamine dan sebabkan gatal.
8. Anggur | Sayur dan Buah yang Berbahaya untuk Ekzema
Anggur ni tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur antara buah yang sangat bahaya untuk ekzema.
9. Buah Mata Kucing
Buah mata kucing kena elakkan juga kerana berbahaya untuk ekzema walaupun ia enak namun bad for eczema healing.
10. Kiwi
Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi juga merupakan buah yang bahaya untuk ekzema.
11. Berries
Berries tak kisahlah strawberry ke blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal. Ia merupakan buah yangberbahaya untuk ekzema.
12. Buah Kering | Sayur dan Buah yang Berbahaya untuk Ekzema
Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.
Untuk membaca lanjut tentang info-info berkaitan ekzema boleh klik di sini.
Jelaslah bahawa, bukan semua jenis buah-buahan atau sayur-sayuran boleh dimakan oleh mereka yang menghidap ekzema. Oleh itu, melalui perkongsian ini Sis Min berharap ia dapat memberi kebaikan kepada mereka di luar sana yang mengalami penyakit sebegini. Dalam hal ini, ia dapat mengelakkan dari ekzema menjadi lebih serius.
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.