Drama

Review Drama Perempuan Itu

Cik Min nak kongsi review Drama Perempuan Itu yang ditayangkan baru-baru ini. Sebanyak 30 episod baru sahaja tamat.

Review Drama Perempuan Itu

Review Drama Perempuan Itu


PEREMPUAN ITU…

Ulasan ini ialah daripada Coach Elle Filani yang merupakan seorang Relationship Coach di Malaysia. Facebook beliau di pautan ini.

Kalau nak ulas…

Banyak angle fuhhhhhh.

Tapi ending dia mmg PADU.

UNEXPECTED!

KHALISH

I was actually hoping dia balik pd Emir tapi tu la cerita tu mengajarkan Khalish ni seorang Perempuan yg berpendirian teguh. Power jugak la principle dia. Sbb dalam Master of Love And Destiny I have handled many couple cases yg sanggup je utk masih menerima walaupun pasangan dah berlaku curang. But not her. Namun, saya tak salahkan kecurangan Emir sepenuhnya.

Sbb kita kena faham, Khalish punya cinta pertama adalah Aryan. Namun dia dipaksa kawen. So Emir sebagai suami, lama ye tak merasa malam pertama dan terpaksa memujuk dan ambil hati Isteri dia dlm jangka masa yg lama utk memenangi hati isteri dia utk selesa bab ranjang ni. (dan dlm pd tu, Dr. Seira hadir – tanpa sengaja) sebagai Isteri kena faham sifir ranjang ni dlm rumahtangga.

Walaupun kita memegang 90% perfect dlm memikul tgjwb kita sebagai isteri kdg2 penyondol dpt pegang 10% FITRAH yg suami kita dahagakan. Tak faham atau ego soal benda ni, kita kena akur kalau suami kita sdn bhd mencari jalan utk mengisi kekosongan yg diperlukan.

EMIR

I believe ianya menjadi pengajaran

hebat tamparan sgt dasyat pd dia di atas kecurangan yg dia lakukan. Sbb dlm cerita ni dia bkn je hilang Isteri malah anak yg dikandungkan isteri dia asbab kerana dia berlaku curang. To me, It’s a little unfair utk dia layan 2nd wife dia half heartedly even lepas 1st wife dah set him free sebab dari sini kita belajar benda haram tu sedap agaknya SEBAB TU DIA HARAM.

Bila dah HALAL dia punya thrill tu dah gone so from here para penyondol pun boleh belajar sesuatu I believe. Sbb dari situ nanti kita akan nampak cinta dan hati dia sebenarnya utk siapa. Malah akan terus faham objective dia curang semata2 kerana apa. Atas setiap kecurangan kita tak boleh terus salahkan suami dan penyondol. Rules no 1, semak rumahtangga kita.

KECUALI Suami kau mmg buaya darat. Tu lain. That rules doesn’t apply for him! 😁 Cuma pada I, bila seorang suami curang kita kena cari punca. Dlm cerita ni, I sebenarnya kesian dgn Emir. Sebab dia suami yg SGT BAIK. Cuma keadaan Seira masa tu telah meletakkan dia dlm situasi TAK SENGAJA fall for her sebab kesian. Tapi dari kesian dah ter-developed perasaan sayang. Walaupun cinta dia hanya utk Khalish. Complicated tau soal hati. Especially bila dah melibatkan Intimacy. 🥲 Best cerita ni.

DR.SEIRA

Tak senang jadi penyondol ni tau percayalah. Sebab dia juga byk mengorbankan hati dan perasaan. Pernah dulu saya diminta utk mengupas topik ni. Saya tak terbuat sampai ke hari ni sbb fikir apa jalan

terbaik nak mengulas agar semua tak terasa sbb pd saya penyondol juga punya hati dan perasaan. Diorang pun tak suka2 sengaja dtg dgn objective nak menyondol laki kita. Bayangkan…Sebelum kawen, penat tolerated. Sbb kita kena faham dia hak org, milik org. Kita hanya dpt bersama dia hanya bilamana dia ada masa utk kita je. Bila dia dgn wife dia, kita tak boleh ganggu.

Dia dgn wife dia, kita cemburu, dia holiday kita cemburu..tapi kena telan je perasaan tu sbb sedar kita mendambakan hak org. Namun kita kena akur 10% yg Dr. Seira pegang td adalah kekosongan yg terisi oleh seorang Isteri yg gagal melaksanakan keperluan itu oleh suaminya. Kdg2 fikir mcm tak fair kan tapi nafsu dan fitrah itu tak kenal fairness.

Kalau jadi penyondol pun berkorban, kalau jadi isteri kedua pun berkorban. Dlm kes ni suami dia gila talak pun dia sampai dah xtau mcmana nak heal her husband sampai dia almost give up mengenangkan Emir dah pun meletakkan she carries little values dlm hati seorang suami walaupun dia dah jadi isteri. Kalau aku, aku pun merajuk! 😂 tapi tahniah Seira kerana prinsip Khalish, akhirnya kau menang juga. Alang2 menyondol apa brg menyondol utk kalah kan? Baik menyondol sampai dpt! 😅😌

ARYAN

Ok la watak ni wujud mulanya aku kurang senang sbb rasa tak sepadan tapi bila fikir balik cantik susunan cerita Kak Erma Fatimah ni sebab dia bagi Aryan & Khalish merasa juga membina istana mereka & bg Khalish merasa disayangi dan dihargai ikhlas oleh seorang suami yg betul2 cintakan dia. Walaupun dulu Emir juga melayani dia dgn baik tapi Aryan melayani dgn penuh kesetiaan.

Ending dia aku puas hati walaupun Aryan mati. Sbb watak Aryan ni pd aku cukup sekadar membalas kedegilan & prinsip Khalish tu je pd Emir. Supaya dia tau pd sesetengah perempuan tak semua kesalahan mampu dimaafkan begitu mudah.

CLOSURE

Aryan tinggalkan Khalish anak dan akhirnya walaupun Khalish refused bila Dr. Seira pujuk Khalish utk kembali pd Emir, diorang tetap jd kawan baik & aku assume anak Khalish jadi anak angkat diorang. Diorang besarkan bertiga sebagai kawan.

Apapun aku still harap walaupun episode 30 ni adalah pengakhirannya. Aku tetap berharap kalaulah character ni hidup dia kembali pd Emir dan bahagia hidup bersama Seira bertiga.

Walaupun utk pejuang2 anti poligami benda ni takkan berlaku walau terbalik dunia pun mereka takkan setuju. Tapi pada aku, betul it takes the whole world of courage utk redha dgn segala apa yg telah berlaku.

At the end of the day bak kata EMAN MANAN

“Siapa saya nak menolak takdirNya seandainya itu yg

terbaik buat saya” kan 🥲

Yang tiber2 dpt jodoh tu. 😂

Apapun Makcik MAMI tu mmg win la.

Walau perigi mencari timba.

Objective dia tercapai jugak utk kawen dgn Pak Ustaz.

Moga YASHMINA dipertemukan jodoh mcm tergantung pulak xtau apa jawapan budak alim kelantan tu bila Yash pinang dia. 😅

Dan semoga WARDAH end up dgn Abg Khalish. 🥰

Ps: Tahniah Penulis Skrip, Pengarah, Penerbit dan semua barisan pelakon. Zul AriffinMimi LanaSiti Hariesa BEST. Power cerita ni sbb dia mengisahkan reality kehidupan RAMAI MANUSIA. Semoga ianya menjadi pengajaran utk kita semua. 💝 yang tgh menyondol, tersondol dan disondol WAJIB tengok cerita ni supaya korang boleh predict dah apa bakal berlaku pd perhubungan korang tu. Trust me. It’s worth watching! 😂

Oh lagi satu BANGGA sekejap bila dgr suara Pak Ary Ginanjar Agustian dihujung cerita ni.

Ulasan peribadi,

Coach Elle Filani #RelationshipCoach #HappyHomeHappyLife

Semoga pembaca terhibur dengan review Drama Perempuan Itu.

Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *