Panduan Menulis Resume yang Betul
Pendidikan

Panduan Menulis Resume yang Betul

Panduan menulis resume yang betul perlu diketahui oleh semua orang, khususnya untuk orang yang ingin mendapatkan pekerjaan tetap dengan segera.

Selalu buat resume nak mohon kerja tapi, selalu juga tak dapat kerja! Macam mana ni? Umur dah 25 tahun tapi satu sen duit sendiri pun tak merasa lagi ni. Jangan risau semua! Sis Min yang baik hati ini nak bantu anda.

Panduan Menulis Resume yang Betul
Panduan Menulis Resume yang Betul

Ada dua jenis resume, iaitu satu muka surat dan dua muka surat. Kedua-dua resume ini adalah berbeza. Boleh baca apa perbezaan antara kedua-dua resume ini di link ini.

Perkara Utama yang Perlu Ada dalam Panduan Menulis Resume yang Betul:

Sebelum menulis resume, anda perlu memastikan resume yang ingin ditulis mengandungi perkara penting dan penulisan yang ringkas tetapi padat. Resume tidak perlulah ditulis lebih daripada dua muka surat. Berikut merupakan perkara utama yang perlu ada dalam resume:

  • Objektif
  • Maklumat Diri
  • Pengalaman Kerja
  • Pencapaian
  • Pendidikan
  • Hobi
  • Kemahiran
  • Rujukan

Contoh resume yang terbaik mengikut panduan menulis resume yang betul:

Panduan Menulis Resume yang Betul
Gambar Sekadar Ilustrasi

#1 Objektif

Anda perlu tahu apa objektif anda memohon jawatan kerja di sesuatu tempat itu. Objektif anda memohon kerja di tempat itu perlulah jelas.

“Majikan di tempat kerja mempunyai 5 hingga 15 saat untuk mengimbas dan membaca satu resume.”

Sumber: Youtube

Jika anda mempunyai objektif yang jelas seperti contoh di bawah, hal ini membolehkan majikan kenal pasti tujuan anda memohon kerja.

Contoh Objektif:
Memohon jawatan sebagai jurukimpal yang mempunyai sijil kemahiran kimpalan dan berpengalaman selama lima tahun.

#2 Maklumat Diri

Maklumat diri yang serba ringkas penting bagi memudahkan majikan untuk mengetahui serba sedikit mengenai diri anda. Apa maklumat yang diperlukan?

Panduan menulis resume yang betul memerlukan maklumat diri seperti nama, e-mel, nombor telefon, dan alamat. Kenapa ada yang letak tarikh lahir? Tarikh lahir ni adalah maklumat tambahan. Terpulang kepada tempat kerja yang anda mohon. Jika anda mohon sebagai penguatkuasa, anda perlu letakkannya kerana pekerjaan sebagai penguatkuasa memerlukan had umur yang dibenarkan.

Alamat e-mel yang anda pilih perlulah selari dengan nama anda. Tidak boleh menggunakan nama panggilan (nickname) sebagaimana yang biasa anda gunakan. Contoh yang terbaik:

Contoh Maklumat Diri:
Nama: Nama Sebenar Anda
E-mel: namasebenar.anda@gmail.com

#3 Pengalaman Kerja/ Work Experience

Pengalaman kerja yang perlu anda tulis ialah kerja yang anda lakukan dan dibayar gaji. Jika banyak kerja yang telah anda lakukan, tulis pengalaman kerja yang sesuai dengan permohonan kerja anda. Pilih pengalaman kerja yang memberikan impak positif dalam penulisan resume anda.

Jika anda memohon kerja sebagai jurukimpal, jangan pula meletakkan menjadi guru tadika sebagai pengalaman bekerja. Ianya sangat tidak sesuai.

Panduan Menulis Resume yang Betul
Resume

Bagaimana pula yang tiada pengalaman kerja seperti fresh graduate? Jangan risau, dengan adanya panduan menulis resume yang betul, anda boleh tuliskan work experience sebagai relevant experience atau other experience.

Jika anda pernah menjalankan program persatuan sewaktu di universiti atau menjalani latihan industri yang tidak berbayar, anda boleh masukkannya dalam relevant atau other experience.

Anda perlu tuliskannya sebagai skop jawatan yang pernah dilakukan sebagai contoh;

Relevant Experience/Other Experience:

  • Program Kesukarelawanan/Volunteer Work
  • Latihan Industri Tidak Berbayar/Unpaid Internship

#4 Pencapaian – Panduan Menulis Resume yang Betul

Menurut panduan menulis resume yang betul, anda perlulah memasukkan tahap pencapaian agar resume anda kelihatan lebih efektif. Cara penulisan pencapaian yang betul perlulah mengikut formula seperti masalah (problem), tindakan (action) dan keputusan (result). Boleh baca selanjutnya di link ini.

Jika anda fresh graduate, anda mesti pernah mengikuti aktiviti persatuan, kan? Anda sudah semestinya mempunyai pencapaian. Misalnya, anda dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan kertas kerja untuk mengadakan program kesukarelawanan bersama komuniti di luar negara.

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Masalah: Perlu meminta kebenaran daripada pihak universiti untuk mengadakan program di luar negara.
Tindakan: Hasilkan satu kertas kerja (proposal) dan surat iringan untuk mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) universiti.
Keputusan: Mendapat kebenaran daripada pihak BHEP universiti.

Contoh Pencapaian:
Mendapat anugerah sebagai setiausaha agung persatuan selepas mendapatkan kebenaran daripada pihak BHEP universiti dengan menghasilkan kertas kerja bagi mengadakan program kesukarelawanan bersama komuniti di luar negara.

#5 Pendidikan

Panduan menulis resume yang betul yang seterusnya ialah pendidikan. Pendidikan perlulah ditulis terbalik dari peringkat pendidikan paling tinggi hingga pendidikan rendah. Jika pointer atau CGPA anda lebih daripada 3.0, anda digalakkan tulis pointer tersebut.

Contoh Pendidikan:

Universiti Putra Malaysia
Bacelor Pendidikan (Bahasa Melayu)
Graduan kelas pertama pada tahun 2018 dengan CGPA 3.96

Sekolah Menengah Tinggi Klang
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Lepasan STPM pada tahun 2015 dengan CGPA 3.92

#6 Kemahiran

Kemahiran yang perlu anda ketahui mempunyai dua jenis, iaitu kemahiran insaniah atau dikenali sebagai soft skills dan kemahiran spesifik (hard skills). Panduan menulis resume yang betul memerlukan anda untuk menulis soft skills yang dimiliki seperti komunikasi, membuat keputusan, kepimpinan dan sebagainya.

Soft skills ini lebih kepada cara bersosial. Manakala, hard skills pula ialah kemahiran yang amat diperlukan oleh sesuatu pekerjaan, seperti akauntan, reka bentuk, dan penganalisis data.

Kedua-dua kemahiran ini penting dalam menulis resume yang betul agar majikan berminat untuk mengambil anda sebagai pekerja.

#7 Hobi

Hobi atau minat yang anda tulis di dalam resume dapat mencerminkan siapa diri anda. Majikan dapat tentukan skop jawatan untuk anda berdasarkan hobi yang anda tulis.

Contoh Hobi/Minat:

  • Games (PUBG) – Anda seorang yang bijak merancang dan menyusun strategi.
  • Hiking (Mendaki gunung dan bukit) – Anda seorang yang suka akan cabaran.

#8 Rujukan – Panduan Menulis Resume yang Betul

Rujukan anda perlu letakkan sekurang-kurangnya dua rujukan agar resume anda kelihatan lebih berkualiti dan dipercayai. Sebelum memasukkan rujukan, anda perlulah meminta izin kepada orang yang dijadikan sebagai rujukan. Misalnya, ketua jabatan, penyelia atau pensyarah. Ini juga salah satu panduan menulis resume yang betul.

Sewaktu hantar resume ni, jangan lupa juga dengan surat permohonan kerja (cover letter). Anda boleh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Anda boleh baca dan lihat contoh yang terbaik dalam menulis surat permohonan kerja di link ini dan juga di sini.

Surat permohonan kerja atau cover letter juga sama seperti resume, iaitu perlu ditulis ringkas dan padat yang hanya mengandungi satu muka surat sahaja.

Jenis Kesalahan dalam Resume – Panduan Menulis Resume yang Betul

Tahukah anda kenapa resume anda diterima tetapi seringkali permohononan kerja tidak diluluskan? Sis Min ada terbaca dalam blog Edu Bestari yang mengatakan ada beberapa jenis kesalahan yang seringkali dilakukan dalam penulisan resume. Selain daripada mengetahui panduan menulis resume yang betul, anda juga perlu peka terhadap kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan dalam penulisan resume.

Bentuk Fail Resume

Resume yang sepatutnya anda hantar adalah dalam bentuk PDF. Mungkin anda terlepas pandang sewaktu menghantar resume ini. Pastikan resume dan cover letter dihantar dalam bentuk PDF.

Lebih baik resume dan cover letter disatukan atau dimasukkan dalam link yang sama. Hal ini memudahkan majikan untuk melihat secara terus resume dan cover letter. Jika anda mengikut panduan menulis resume, anda pasti tidak akan melakukan kesalahan yang berulang selepas ini.

Kesalahan Tatabahasa dan Ejaan

Pastikan sebelum menghantar resume, anda telah menyemak tatabahasa dan ejaan. Hal ini demikian kerana, jika terdapat kesalahan tatabahasa, majikan akan berfikir bahawa anda tidak teliti dalam membuat sesuatu pekerjaan.

Tiada Rujukan

Anda perlu meletakkan rujukan dalam resume di bahagian bawah. Jika anda fresh gaduate, anda boleh meminta izin pensyarah atau penyelia anda untuk meletakkan nama, nombor telefon, dan alamat mereka untuk diletakkan di dalam resume.

Sis Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda semua dalam mencari pekerjaan tetap. Semoga berjaya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

1 Comment

  1. Khind Washer Dryer says:

    Artikel ni memang membantu untuk yang tengah cari kerja. Panduan menulis resume yang betul memang penting supaya resume kita nampak profesional. Tapi ingatlah juga untuk sentiasa semak ejaan dan tatabahasa sebelum hantar resume tu. Terima kasih Sis Min! 😊👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *