Manfaat Bedak Sejuk
Kecantikan

Manfaat Bedak Sejuk – Kecantikan Secara Alami

Pemakaian bedak sejuk telah diamalkan semenjak zaman nenek moyang lagi. Apabila sebut sahaja mengenai bedak sejuk, Sis Min teringat satu cerita daripada arwah nenek Sis Min. Sewaktu muda, nenek Sis Min mengatakan pemakaian bedak sejuk merupakan satu hal yang wajib dan digunakan sebagai masker. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak manfaat bedak sejuk yang boleh menjadikan kulit lebih sihat.

Bedak sejuk amat terkenal dalam kalangan para wanita pada zaman dahulu kerana ia merupakan salah satu rawatan untuk mendapatkan kulit yang mulus. Kini, bedak sejuk kurang digunakan berikutan terdapat banyak produk kecantikan yang berada di pasaran.

Walaupun begitu, bagi Sis Min, pemakaian bedak sejuk adalah bagus kerana ia mampu menjadi penawar yang mujarab untuk mengurangkan jerawat.

Manfaat Bedak Sejuk pada Kulit

Terdapat banyak kelebihan memakai bedak sejuk pada kulit, terutama untuk mendapatkan kulit yang mulus. Segala maklumat berkenaan kelebihan bedak sejuk ini, Sis Min dapatkan daripada YouTube glowwe dan beberapa laman web lain.

#1 Mengurangkan Minyak atau Sebum

Lebihan sebum atau minyak yang dihasilkan oleh kulit boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Oleh itu, bedak sejuk dapat mengurangkan minyak yang terdapat pada kulit.

#2 Menanggalkan Sel Kulit Mati

Pemakaian bedak sejuk secara konsisten dapat menanggalkan sel kulit mati. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat proses penapaian semasa pembuatan bedak sejuk di mana terhasilnya lactic acid. Lactic acid adalah sejenis Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang berupaya menanggalkan sel kulit mati.

Jika di pasaran, produk yang mengandungi lactic acid ini harganya agak tinggi. Kepada anda yang ingin menjimatkan wang, sekali gus mendapatkan kulit yang bersih, anda boleh gunakan bedak sejuk.

#3 Mengurangkan Keradangan Kulit | Manfaat Bedak Sejuk

Bedak sejuk bersifat antioksidan dan anti-radang yang mampu mengurangkan keradangan mahupun kemerah-merahan pada kulit akibat sensitif atau sunburn. Tambahan pula, bedak sejuk mengandungi 17 fatty acids dan salah satunya ialah linoleic acid yang merupakan fatty acid tertinggi.

Linoleic acid adalah sejenis Vitamin F yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV serta menjadikan kulit lebih lembap, dan gebu.

Manfaat Bedak Sejuk

#4 Menyejukkan dan Melembutkan Kulit

Bedak sejuk juga berupaya menyejukkan dan melembutkan kulit kerana mengandungi amino acid. Amino acid ini mampu mengekalkan struktur kulit agar kelihatan lebih anjal, halus, dan lembut dengan penggunaan secara konsisten.

#5 Mengurangkan dan Mengelakkan Jerawat

Pemakaian bedak sejuk secara konsisten juga berupaya mengurangkan masalah jerawat. Hal ini dikatakan demikian kerana, bedak sejuk mengandungi lactic acid, fatty acid, dan amino acid yang sememangnya mampu menjadikan kulit lebih sihat dan bebas jerawat.

Selain itu, bahan yang terkandung dalam bedak sejuk juga mampu mencerahkan bekas jerawat dan menjadikan kulit lebih cerah.

Cara Memakai Bedak Sejuk | Manfaat Bedak Sejuk

  1. Pastikan tangan dan wajah kering.
  2. Gunakan tiga biji bedak sejuk dan titiskan sedikit air sehingga menjadi paste.
  3. Kemudian, ratakan ke seluruh wajah.
  4. Biarkan sehingga kering dalam 15 minit. Kemudian, bilas wajah dengan air bersih.
Manfaat Bedak Sejuk

Elakkan pemakaian bedak sejuk secara semalaman. Hal ini dikatakan demikian kerana, serbuk-serbuk halus bedak sejuk yang telah kering boleh menyumbat liang pori.

Banyak manfaat bedak sejuk sekiranya dipakai secara konsisten. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda. Sis Min doakan agar anda mendapatkan kulit yang diimpikan.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *