Hilang Lebih 20kg
Kecantikan, Kesihatan, Pendidikan

Hilang Lebih 20kg, Wanita Obes Kongsi Perjalanan Diet

Kalau nak cari petua atau tips diet di Internet, Sis Min yakin, sudah ramai orang yang kongsikan… Dan sudah pasti, anda juga tahu cara asas bagi menurunkan berat badan. Namun, tanpa motivasi dan semangat, terutamanya daripada orang sekeliling, sudah pasti sukar untuk anda memulakan diet atau gaya hidup yang lebih sihat. Jom Sis Min kongsikan satu pengalaman oleh seorang wanita obes yang sudah hilang berat lebih 20kg ini!

Asyiqin Ilias merupakan seorang wanita yang pernah dikategorikan obes tahap kedua. Menurutnya lagi, tahap obesnya itu menghampiri tahap 3! Jadi, bagaimana beliau bertekad untuk berubah 180 darjah daripada cara pemakanan yang tidak sihat, sehinggalah mencapai berat badan ideal?

Menurut Asyiqin Ilias dalam Facebook miliknya, beliau mengalami masalah keputihan melampau semasa mengandung anak ketiga. Bermula dengan masalah yang dialaminya itu, cuba untuk mengawal pemakanan seharian. Jadi, dengan sokongan daripada emak beliau yang menasihatinya untuk menjaga pemakanan semasa hamil, beliau pun perlahan-lahan memulakan misi diet untuk hilangkan lebih 20kg tersebut. Tambahan pula, semangatnya lebih membara apabila mudah rasa letih semasa melakukan kerja, walaupun kerja yang dilakukan itu adalah ringan.

Hilang Lebih 20kg

Beliau juga menyatakan bahawa sepanjang 31 tahun hidupnya, sudah bermacam-macam cara beliau cuba, seperti mengambil ubat atau produk kurus. Namun, hasilnya hanyalah mengecewakan! Hasil tiada, duit sahaja yang melayang… Selepas melahirkan anak, beliau tekad untuk memulakan misi diet tanpa bermain-main lagi. Bermula sahaja tempoh berpantang, berat gadis ini sudah turun sehingga 97kg dari 100kg+ dalam masa sebulan.

Walaupun ada terasa nak makan kek coklat, cheesecake, dan sebagainya, beliau hanya makan dalam kuantiti sedikit sahaja. Untuk mengawal tabiat makan tanpa henti, beliau kawal pemakanan seharian dengan lima kali makan sehari! Tiga waktu makanan berat (pagi, tengah hari, dan malam) dan dua lagi waktu snacking. Lazimnya, waktu snacking, beliau hanya menikmati buah, biskut atau kek sahaja.

Setelah empat bulan diet, badan beliau terasa lebih ringan. Tidak lupa juga sesi senaman kerana orang kata 80% pemakanan dan 20% senaman. Bagi jenis senaman yang dilakukannya adalah berbeza bagi setiap hari, seperti kardio atau total weight. Apabila badan terasa ringan, maka tidak mudahlah terasa letih. Bagi setiap senaman, beliau membuat sesi selama satu jam dengan memulakan enam minit panaskan badan, 30-40 minit sesi workout, dan kemudian enam minit sejukkan badan.

Hasil usaha gadis ini, akhirnya, beliau berjaya hilang lebih 20kg berat badan! Hebat, bukan? Jadi, tiada apa yang mustahil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tak begitu?

Hilang Lebih 20kg
Puan Asyiqin selepas hilang lebih 20kg

Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat untuk anda hilang lebih 20kg berat badan juga pada masa akan datang!

Sumber: Nur Asyiqin Ilias II

Jom Bergaya Dengan Blouse Panda Eyes Bila Dah Hilang Lebih 20kg Nanti!

Kalau anda nak kelihatan lebih menarik lepas dah kurus nanti, pakai sahaja blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

•••

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *