Diet Keto untuk diabetes? Ada ke? Boleh ke orang yang ada diabetes pun boleh amalkan diet Keto? Macam tak percaya jeee!
Tapi, Sis Min faham je kalau anda tak percaya… Selalunya, orang yang ada diabetes ni mesti akan takut-takut nak makan sebarangan kan? Jadi, kebanyakan pesakit diebetes akan memilih untuk menyekat pemakanan seharian. Namun, betul ke cara sekatan makanan anda tu? Haaa, jangan sebarangan kurangkan atau lebihkan pengambilan sesuatu dalam pemakanan tau! Takut lain pula jadinya nanti…
Oleh itu, jom baca perkongsian Sis Min tentang ‘diet Keto untuk diabetes’ ni. Mungkin boleh sedikit sebanyak membantu anda selepas ni!
Kenali Diabetes | Diet Keto Untuk Diabetes
Kebiasaannya, orang ramai lebih banyak menggunakan istilah ‘kencing manis’ berbanding diabetes. Tetapi Sis Min pasti, tak semua tahu apa itu diabetes, kan? Diabetes ni merupakan sebuah perubahan di dalam metabolisme yang menyebabkan gula dalam darah menjadi lebih tinggi, lalu menyebabkan fungsi insulin terjejas.
Jenis-jenis Diabetes
Ramai yang tahu diabetes, tapi tak ramai tahu diabetes terdiri daripada 2 kategori:
1) Diabetes Jenis 1
2) Diabetes Jenis 2
Apa bezanya, Sis Min? Bezanya adalah…
1) Diabetes jenis 1
Diabetes tahap kronik – organ pankreas menghasilkan sedikit, atau tidak dapat menghasilkan insulin sendiri. Hal ini menyebabkan pesakit diabetes untuk bergantung harap terhadap insulin yang dibekalkan oleh hospital.
2) Diabetes jenis 2
Diabetes yang sering dialami – badan menghasilkan satu tahanan terhadap insulin, atau tidak menghasilkan insulin yang secukupnya.
Tahukah Anda? | Diet Keto untuk Diabetes
Untuk pengetahuan anda, diet Keto dapat membantu pesakit diabetes seperti:
1) Menghilangkan lemak berlebihan bagi penyakit diabetes jenis 2, pradiabetes dan juga sindrom metabolik.
2) Meningkatkan sensitiviti insulin sebanyak 75%.
3) Mengurangkan tahap hemoglobin A1C (urusan pengurusan gula darah jangka panjang) secara signifikan, jika mengamalkan diet Keto selama 90 hari.
Gaya Pemakanan Diet Keto Untuk Diabetes
“Sis Min… selalunya, orang yang hidap diabetes ni akan cut gula dari pemakanan. Jadi, apa je yang boleh makan kalau amalkan diet Keto ni?”
Haaa, mesti anda tertanya-tanya soalan sebegini kan? Sini, Sis Min bagitahu antara makanan diet Keto untuk para pesakit diabetes! Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis diabetes ada sedikit perbezaan dalam pengambilan makanan diet keto ya…
Antara Makanan yang Boleh Diambil
1) Diabetes Jenis 1
Pengambilan makanan berkhasiat yang tinggi dengan vitamin dan mineral. Cadangan umum pengambilan makanan adalah:
– Lemak sihat
– Protein
– Karbohidrat padat nutrien, secara optimum
2) Diabetes Jenis 2
– Makanan kaya dengan nutrien
– Mengehadkan pengambilan karbohidrat yang ditapis (makanan yang rendah nutrien, tinggi kalori)
– Lemak sihat
Eh, sabar dulu! Lajunya baca tu, hihi… Ni Sis Min nak pesan sikit. Dalam pengambilan sesuatu makanan, anda disarankan juga rujuk pakar atau doktor.
Kenapa, Sis Min?
Sebab, pakar atau doktor akan beri panduan yang lebin tepat mengikut tahap diabetes anda. Bukan semua orang boleh nikmati perkara yang sama ya… Jadi, jaga pemakanan anda, okay? Orait, jom sambung baca!
Mana Nak Dapatkan Makanan Diet Keto Untuk Diabetes Ni?
Ada yang pening kepala memikirkan macam mana nak tahu tentang makanan bagi penghidap diabetes ke tuuu? Jangan risaulah! EATSLIM LIFESTYLE kan ada…
“EATSLIM LIFESTYLE ada menyediakan makan untuk penghidap diabetes ke Sis Min?”
Ya, betul… Sis Min tak tipu! EATSLIM LIFESTYLE ni bukan sahaja menyediakan menu atau pemakanan untuk orang yang ingin menurunkan berat badan je. Tetapi, menu atau pemakanan untuk orang yang mempunyai diabetes juga disediakan tau! Anda tak perlu risau, sebab penyediaan makanan diet Keto daripada EATSLIM LIFESTYLE adalah mengikut saranan pakar dan doktor.
Menarik kan perkongsian kali ni? Ingatkan orang sihat je boleh amalkan diet Keto ni… Rupanya, orang yang ada diabetes pun boleh amalkan diet Keto juga…
Nak Tahu Tentang EATSLIM LIFESTYLE Dengan Lebih Lanjut?
Haaa… sebelum terlupa, baik Sis Min bagitahu sekarang. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang diet Keto dengan lebih mendalam, atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ke website EATSLIM LIFESTYLE!
Untuk lebih banyak option menarik, boleh terus ke Linktr.ee EATSLIM LIFESTYLE.
Keberkesanan Diet Keto untuk Pesakit Diabetes
“Berkesan ke diet Keto ni, jika diamalkan oleh orang yang ada diabetes? Hmm… tak ada kesan sampingan ke? Tahap diabetes berkurang ke bertambah nanti?”
Ish, ish, ish… Banyak betul keraguan dan persoalan kan? Tapi anda jangan risau, Sis Min akan kongsikan juga antara kesan mengamalkan diet Keto ini terhadap pesakit diabetes. Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti:
- Diabetes jenis 1: komplikasi ketoasidosis diabetik (paras gula dalam darah meningkat tinggi dan keton berlebihan dihasilkan).
- Diabetes jenis 1 & 2: penurunan paras gula darah dengan ketara (tanpa pelarasan insulin yang betul).
Jadi, untuk menjawab persoalan anda tadi, apa yang Sis Min boleh katakan ialah, ia bergantung terhadap cara anda mengamalkan diet Keto itu sendiri. Sebab tu Sis Min pesan siap-siap, pastikan anda RUJUK pakar atau doktor terlebih dahulu ya!
Akhir kata daripada Sis Min, jika anda atau ada di antara kenalan anda yang mengalami diabetes, tetapi ingin cuba mengamalkan diet yang baik, Sis Min sarankan anda semua untuk cuba amalkan diet ketogenik daripada EATSLIM LIFESTYLE ni! Pada Sis Min, diet Keto ni sememangnya sesuai untuk penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, adalah lebih penting untuk anda utamakan kesihatan dan rawatan penyakit yang sedia ada terlebih dahulu, sebelum mengamalkan sebarang diet, okay? All the best!
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min hari ini… Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh dapatkan di portal Sis Rasa.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.