Cara Bahagikan Masa Belajar
Pendidikan

Cara Bahagikan Masa Belajar dengan Baik

Dr. Nurul Shazalina Zainudin yang merupakan pengasas Genius Shop dan Genius Library Learning House telah membuat satu perkongsian di Facebooknya mengenai cara bahagikan masa belajar sebagai seorang pelajar PhD, ibu, isteri dan juga usahawan. Hal ini kerana, ada yang bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada beliau dalam satu sesi soal jawab (inspirational talk).

Baru-baru ini, Dr. Shazalina Zainudin baru sahaja menamatkan pembelajaran sebagai Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Parasitologi di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun beliau mengambil masa selama 7 tahun untuk menamatkan PhD, sedikit pun tidak pernah terdetik dalam hati beliau untuk berputus asa.

Cara Bahagikan Masa Belajar
Dr. Nurul Shazalina Zainudin

Sis Min yakin pasti pembaca Sis Rasa ingin tahu bagaimana beliau dapat menguruskan masa dengan baik, kan? Mari teruskan membaca.

Buat yang Paling Utama | Cara Bahagikan Masa Belajar

Sememangnya sukar untuk membuat banyak kerja dalam satu masa, terutama bagi pelajar yang perlu menghantar tugasan yang tidak diberikan dateline yang panjang, inikan pula Dr. Shazalina yang merupakan pelajar PhD dalam masa yang sama perlu menguruskan anak dan perniagaan. Jadi, beliau terpaksa mengorbankan sesuatu untuk menguruskan perkara yang utama.

Beliau mengatakan jika sesuatu urusan itu dalam keadaan yang kritikal, beliau terpaksa membuat pilihan. Misalnya, memilih perkara yang paling penting dan mengetepikan perkara lain.

  • Jika pelajarannya (PhD) dalam keadaan yang kritikal atau amat diperlukan, beliau terpaksa utamakan pembelajarannya. Manakala, pengurusan perniagaan, urusan anak dan suami terpaksa ditolak ke tepi.
  • Jika perniagaannya memerlukannya, tiga perkara yang lain terpaksa diketepikan.
  • Jika ada masalah dengan suami, ketepikan tiga perkara lain dan selesaikan terlebih dahulu masalah dengan suami.
  • Apabila anak-anak memerlukannya, tiga perkara lain perlu ditolak ke tepi.

Begitulah cara bahagikan masa belajar yang beliau lakukan. Walaupun beliau terpaksa mengutamakan satu perkara dalam satu masa dan mengetepikan urusan lain, namun, urusan lain itu masih tetap berjalan lancar, meskipun dalam keadaan yang agak perlahan.

Cara Bahagikan Masa Belajar
Bahagikan masa mengikut prioriti sesuatu perkara adalah sangat wajar untuk dicontohi.

Life Hack Dr. Shazalina

Cara bahagikan masa belajar yang beliau lakukan seiring dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai usahawan, isteri dan juga ibu adalah seperti berikut:

  1. Jarang mengemas rumah. Kemas rumah sekali sekala dan dibantu oleh suami.
  2. Kurang memasak kerana biasanya hanya order atau makan di luar.
  3. Layan karenah anak-anak secara bergilir (jika suaminya sibuk, beliau akan mengambil alih dan sebaliknya).
  4. Jika perniagaan mula rugi, tukar strategi supaya dapat kekalkan perniagaan.

Beliau buat begini kerana, masa yang ada itu beliau boleh uruskan pelajarannya atau dengan perkara yang lebih baik.

Tidak Bandingkan Diri dengan Orang Lain | Cara Bahagikan Masa Belajar

Dr. Shazalina tidak membandingkan dirinya dengan orang lain kerana setiap keutamaan yang dilakukan oleh beliau dan orang lain tidak sama. Misalnya, ada wanita di luar sana yang amat mementingkan rumah yang kemas, tetapi tidak bagi beliau. Hal ini kerana, beliau yang teramat sibuk dengan urusan pelajarannya, perniagaan, anak dan suami. Hal ini juga menunjukkan bahawa kehidupan dan cabaran yang beliau hadapi adalah berbeza dengan wanita di luar sana.

Beliau juga mengatakan supaya sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan perancangan Allah. Berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Hal ini kerana manusia itu tidak sempurna dan tidak akan sempurna, yang sempurna itu hanyalah Pencipta.

Sematkan dalam hati “Slowly but surely will reach the end” sebagaimana yang beliau lakukan sepanjang bergelar pelajar PhD dan pada masa yang sama merupakan ibu, isteri dan usahawan.

Sekian, itu sahaja perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel Cara Bahagikan Masa Belajar dengan Baik ini dapat membantu anda untuk menguruskan masa dengan sewajarnya sebagaimana yang dilakukan oleh Dr. Nurul Shazalina Zainudin. Semoga berjaya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *